Seorang pedofilia mengalami kecacatan seumur hidup selepas perbuatannya memanjat tingkap bilik dua kanak-kanak disedari oleh anjing belaan keluarga itu yang kemudiannya menggigit alat sulit suspek sehingga putus.
Menurut sumber, lelaki berusia 52 tahun, Randle James dari Saline, Arkansas di Amerika Syarikat memanjat tingkap tingkat satu rumah kecil keluarga berkenaan, menuju ke bilik dua kanak-kanak perempuan selepas melalui kawasan itu dan mendapati tingkapnya terbuka.
Selepas James memanjat ke bilik adik beradik yang berusia tiga dan enam tahun itu, seekor anjing jenis Pit Bull Terrier menerkam suspek bagi melindungi kanak-kanak terbabit. Anjing itu menggigit alat sulit James lalu menelan seluruh bahagian kemaluannya.
James dikejarkan ke hospital dan malangnya alat sulit itu tidak dapat diselamatkan kerana telah ditelan oleh anjing tersebut.
"Keluarga yang enggan identiti mereka didedahkan itu berkata, mereka bersyukur kerana anjing mereka berada di bilik itu untuk menyelamatkan anak-anak mereka. Ibunya berkata:
"Dia hero kami. Dia akan makan stik selama seminggu mulai sekarang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan