ads1

Jumaat, 2 Mac 2018

Bayi kembar berkepala tanpa badan



Bayi kembar berkepala tanpa badan|Menakjubkan bayi kembar yang lahir awal pagi tadi di Kampung Batu-4, Jalan Apas, Tawau, dengan salah seorang bayi kembar tersebut hanya memiliki kepala dan tidak memiliki badan.
Manakala pasangan kembarnya lahir cukup sifat dan memiliki fizikal yang normal dan berjantina perempuan.
Walaubagaimanapun, bayi kembar tidak memiliki badan berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada hidup atau telah meninggal dunia, begitu juga jantinanya tidak dapat ditentukan memandangkan bayi berkenaan tidak memiliki badan.
Anak ke-10 lahir, bayi kembar tidak memiliki badan tersebut tular di laman sosial facebook sejak pukul 11 pagi tadi dan pemberita RTM masih lagi berusaha bertemu ibu bayi kembar berkenaan.
Kredit : eberita
RISIKO KELAHIRAN BAYI PRAMATANG
Semua bakal ibu ingin melahirkan anak yang sihat, tapi tahukah anda yang setiap ibu mempunyai risiko untuk melahirkan bayi pramatang?
Risiko ini boleh disebabkan oleh pemakanan, cara hidup serta faktor-faktor lain seperti genetik ibu terbabit dan tindak balas kimia dalam badannya.
Artikel ini bukan untuk menakut-nakutkan anda dengan kelahiran pramatang.Namun, semua ibu hamil harus tahu tentang risiko ini untuk kebaikan diri dan keselamatan janin.
Di sini kita lampirkan 9 faktor yang boleh meningkatkan risiko ibu melahirkan bayi pramatang seperto yang dikongsi oleh Julie Revelant dalam laporan Fox News.
1. PERNAH MELAHIRKAN BAYI PRAMATANG SEBELUM INI
Menurut Dr. Jill Hechtman, pengarah perubatan Tampa Obstetrics di Tampa, Florida, sejarah ibu yang pernah melahirkan bayi pramatang adalah salah satu tanda ia mungkin akan berlaku semula.Kajian mendapati 30-50% wanita yang pernah mengalami kelahiran pramatang akan melahirkan bayi pramatang untuk anak seterusnya.
2. JARAK KEHAMILAN
Risiko kelahiran pramatang akan bertambah jika jarak kehamilan antara dua anak terlalu dekat.
Menurut kajian di BJOG: Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, hampir separuh wanita yang hamil semula 12 bulan selepas melahirkan anak, akan melahirkan anak seterusnya sebelum minggu ke-39.
“Jika anda hamil 18 bulan selepas bersalin, kemungkinan anak lahir cukup umur dan sihat akan jadi lebih tinggi.”
Itu kata Dr. Scott D. Berns presiden dan CEO National Institute for Children’s Health Quality (NICHQ) di Boston, Massachusetts.
3. PROSEDUR IVF
Pakar masih kurang pasti mengapa wanita yang hamil melalui prosedur IVF mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak pramatang.
4. ANAK KEMBAR ATAUPUN LEBIH
Salah satu komplikasi yang paling biasa apabila ibu hamil anak kembar ataupun lebih, adalah kelahiran pramatang.
Menurut organisasi March of Dimes, hampir 50% anak kembar dilahirkan pramatang.
Manakala bayi kembar tiga, kuadruplet, dan bilangan gandaan yang lebih tinggi pula memiliki peluang kelahiran pramatang sehingga 90%.
5. SERVIKS YANG PENDEK
“Wanita dengan serviks yang pendek selepas melakukan prosedur loop electrosurgical excision procedure (LEEP) —sejenis ujian untuk mengesan sel pra-kanser atau sel yang tidak normal – mempunyai risiko yang lebih tinggi,” kata Julie.
6. MASALAH KEMURUNGAN
Menurut kajian dalam BJOG: Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, ibu-ibu yang mengalami kemurungan biarpun baru mengalaminya atau yang berulang, mempunyai risiko kelahiran pramatang sebanyak 30% hingga 40%.
Bapa yang kemurungan juga boleh memberi kesan dengan kajian menunjukan kenaikan risiko sebanyak 38%.
7. KURANG BERAT BADAN
Walaupun wanita akan bertambah berat badan semasa hamil, namun 21% daripada mereka tidak mencapai berat badan yang sihat.
Mengikut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obstetrics and Gynecology, wanita yang kurang berat badan juga berisiko melahirkan bayi pramatang.
8. JANGKITAN
Jangkitan semasa hamil juga boleh meninggikan risiko melahirkan bayi pramatang terutamanya bagi jangkitan seperti mycoplasma dan ureaplasma.
Wanita dengan streptococcus kumpulan B lebih kurang risikonya, kata Dr. Jill Hechtman. Walaupun ibu hamil didapati mempunyai jangkitan ini, kemungkinan untuk melahirkan bayi pramatang adalah sangat rendah.
9. PENCEMARAN UDARA
Menurut kajian NYU Langone Medical Center, 16,000 kelahiran pramatang telah dikaitkan dengan pencemaran udara di Amerika Syarikat. Kawasan yang mempunyai kes yang paling banyak adalah di bandar di mana populasi orang sangat banyak.
Jadi, ibu-ibu yang baru hamil di luar sana – anda dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri malah memakan diet yang seimbang untuk mencegah kelahiran pramatang.
Semoga semuanya selamat saja buat anda! Amin.
Sumber :Fox News, Bored Panda, Flickr/ ZEISS Microscopy, Flickr/Lloyd Morgan
Kredit : TheAsianParentMalaysia
#bajubabyboutique

Tiada ulasan:

Catat Ulasan