Kita tidak tahu berapa banyak masa lagi yang kita ada untuk mengabadikan memori bersama orang yang kita sayangi yang usianya sudah lanjut. Maka, seorang wanita jelita dari China bernama Fu Xuewei yang berusia 25 tahun telah berkongsi foto perkahwinan yang amat unik dan cantik di halaman media sosial, dan ia telah menyentuh hati ramai netizen. Semuanya kerana ‘pengantin lelaki’ dalam sesi fotografi perkahwinan tersebut ialah datuknya sendiri yang berusia 87 tahun.
Kredit : STD
Menurut ET Today, Fu Xuewei mengambil keputusan untuk melakukan sesi fotografi perkahwinan bersama datuknya kerana beliau ingin memenuhi hajat datuk kesayangannya ini yang mahu melihat dirinya memakai gaun pengantin.
Kredit : STD
Kata orang, wanita itu amat cantik apabila memakai gaun pengantin dan Fu Xuewei mahu datuknya mengingati dirinya dengan cara ini.
Fu bertindak merakamkan foto perkahwinannya pada masa kini kerana bimbang datuknya tidak akan mempunyai peluang melihat dirinya dalam perkahwinan sebenar memandangkan keadaan kesihatan datuk ini yang tidak mengizinkan.
Kredit : STD
Datuk Fu Xuewei mengalami masalah jantung selepas satu serangan jantung sejak dua tahun yang lalu ketika beliau sedang mandi apabila tiba-tiba terjatuh dan pengsan.
Separuh badannya tidak dapat digerakkan dan Fu menghabiskan masa di hospital selama tiga bulan dengan menjaga datuknya sehingga beliau kembali sihat.
Kredit : STD
Malangnya, pada bulan September 2017, datuk Fu mengalami strok sekali lagi yang telah menyebabkan dirinya menjadi lebih lemah dan sering terlupa.
Ini telah menyebabkan Fu menjadi lebih bimbang kerana berasa tidak bersedia untuk berpisah dengan datuk tersayang buat selama-lamanya. Tiada siapa pun yang rela berpisah dengan orang tersayang!
Kredit : STD
Fu Xuewei membuat keputusan untuk merancang dan menguruskan satu sesi fotografi perkahwinan paling cantik, mempesona dan manis bersama datuk kesayangannya pada bulan Disember 2017.
Daripada rancangan yang sepatutnya membawa datuk ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, Fu merayu manja dan membawa datuknya ke studio fotografi.
Fu Xuewei berkata beliau mempunyai pertalian yang rapat dan sangat istimewa bersama datuknya setelah ibu bapanya bercerai dan beliau tinggal bersama dengan kedua-dua datuk dan nenek semenjak kecil lagi.
Walaupun datuknya seorang yang sangat tegas, beliau amat menyayangi cucu perempuannya ini dan sering memanjakannya.
Kredit : Setn
Cucu yang sangat taat ini berkata, “Saya mahu datuk melihat bagaimana rupa saya sebagai seorang pengantin. Saya berasa sangat risau datuk tidak akan dapat melihat saya pada hari perkahwinan sebenar kelak dengan memakai gaun perkahwinan ini. Jadi saya mesti memastikan datuk dapat melihat saya memakai gaun pengantin sebelum apa-apa terjadi kepadanya”.
“Dengan cara ini saya akan dapat mengabadikan memori kami bersama dan pada masa hadapan, saya ingin menunjukkan foto-foto ini kepada suami dan anak saya, bagaimana rupa datuk yang saya sayang.” Bertuah datuk mendapat cucu perempuan seperti Fu Xuewei ini!
Kredit : STD
Apabila foto-foto perkahwinan yang cantik dan manis ini dimuat naik di media sosial, ramai netizen yang memuji sikap cucu perempuan yang taat dan penyayang ini kepada datuk kesayangannya.
Pasti ramai yang akan menyayangi dan menghargai datuk mereka dengan lebih baik kelak selepas melihat foto-foto ini.
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan