ads1

Isnin, 19 Mac 2018

Wanita Rusia Berjaya Melahirkan Anak Cara ‘Water Birth’ Di Dalam Laut Merah Ketika Bercuti

Beberapa keping gambar seorang wanita melahirkan anak di dalam laut telah jadi viral di internet baru-baru ini. Wanita tersebut yang dipercayai berasal daripada Rusia telah dilihat masuk ke dalam Laut Merah di Mesir hanya untuk melahirkan anak.
Di dalam gambar-gambar tersebut, dua orang lelaki dilihat sedang membantu wanita itu menjalani proses water birth itu. Seorang lelaki tua itu dilihat sedang mendukung bayi yang baru dilahirkan itu dan dibantu oleh seorang lelaki yang lebih muda.

Bayi yang masih bertali pusat dan plasenta di dalam bekas dilihat di dalam gambar ini.

Selepas melahirkan anak, wanita ini muncul daripada dalam air.

Kemudiannya pergi melihat anak yang baru dilahirkannya.

Lelaki tua di dalam gambar ini dipercayai merupakan seorang doktor, manakala lelaki yang lebih muda ini dipercayai suami kepada wanita tersebut.

Nama bayi itu tidak didedahkan kepada umum. Walau bagaimanapun, doktor ini dipercayai pakar dalam kaedah ‘water birth’.

Dipercayai insiden ini bukanlah kebetulan, sebaliknya ianya dirancang memandangkan terdapat doktor hadir di tempat kejadian.

Terdapat juga seorang kanak-kanak di dalam gambar itu yang dipercayai anak kepada wanita tersebut.

Kredit:taiko.fun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan