ads1

Rabu, 14 Mac 2018

LELAKI INI JUMPA GELEMBUNG MISTERI DI HALAMAN RUMAH. ANDA MESTI TAK PERCAYA APA YANG BERADA DI BAWAH GELEMBUNG ITU



Seorang lelaki telah menemui satu kejadian aneh apabila sebahagian kecil kawasan di halaman rumahnya ‘mengembung’ selepas kawasan tersebut ditimpa hujan yang lebat.
“Saya jumpa gelembung aneh di belakang rumah. Pelik tetapi menarik”.
Lelaki ini dikenali sebagai James Callender kemudiannya telah menggunakan dahan kayu untuk meletupkan belon air tersebut di rumahnya yang terletak di Cambridge Springs, Pennsylvania.
Kejadian gelembung misteri ini dikatakan berpunca apabila ada air terperangkap di antara lapisan rumput dengan membran yang diletakkan di bawah lapisan rumput berkenaan bagi mengehadkan pertumbuhan rumput. Apabila hujan lebat, air tidak dapat mengalir keluar sekali gus menyebabkan tanah mengembung seperti belon.
Sewaktu menyucuk gelembung berkenaan dengan menggunakan dahan kayu, air yang terperangkap di dalamnya masih tidak dapat dikeluarkan. Perkara ini membuatkan James terpaksa berdiri di atas gelembung tersebut bagi mengeluarkan airnya.
Ketika James berjalan di atasnya, ia kelihatan berombak-ombak dan beralun. James terus-terusan menyucuk gelembung itu dengan kayu dan akhirnya, gelembung itu pecah lalu mengeluarkan semua air yang tersimpan di dalamnya.
Peristiwa yang mungkin menyeronokkan untuk ditonton.
Sumber: Daily MailYouTube
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan