Kalau korang tanya mana-mana perempuan yang mampu berfikir secara normal, takde siapa yang sanggup untuk dimadukan. Siapa nak berkongsi suami dengan mana-mana perempuan (ataupun lelaki)? Macam tu jugalah sebaliknya.
Tapi macam mana pulak kalau terpaksa? Bukan saja-saja, tapi memang ada alasan kukuh yang menyebabkan lelaki ni ‘terpaksa’ kahwin. Bukannya saja buat alasan konon-kononnya ikut sunnah ke apa.
Sebabnya, kali ni kitorang nak cerita pasal kisah poligami yang berlaku di sebuah kampung di India, yang menyebabkan lelaki kat sana terpaksa kahwin lebih daripada satu supaya ada orang yang ambik air dalam rumah. Terutama sekali bila salah sorang isterinya mengandung.
Kisah Bhagat, lelaki yang beristeri tiga
Kejadian ni berlaku kat sebuah kampung yang bernama Denganmal yang terletak di negeri Mahashtra, barat India. Kampung Denganmal ni takde la besar sangat, populasi yang ada cuma 500 orang je. Boleh kata satu kampung ni kenal satu sama lain.
Kisah Bhagat, lelaki yang beristeri tiga
Kejadian ni berlaku kat sebuah kampung yang bernama Denganmal yang terletak di negeri Mahashtra, barat India. Kampung Denganmal ni takde la besar sangat, populasi yang ada cuma 500 orang je. Boleh kata satu kampung ni kenal satu sama lain.
Dalam kampung ni juga, ada sebuah rumah yang diperbuat daripada tanah liat dan beberapa blok kayu. Kalau nak tahu, rumah ni adalah salah sebuah rumah terbesar di perkampungan tu. Pemilik rumah tu bernama Sakharam Bhagat, yang tinggal dengan bukan satu, tapi tiga orang isteri dan beberapa orang anak dalam rumah yang sama. Eh, tak gaduh ke isteri-isteri dia ni?
Isteri pertama Bhagat bernama Tuki, dan umur dia lebih kurang dengan Bhagat je. Masa ditanya dah berapa lama kahwin dengan Bhagat, dia cuma gelak je sebab dia kata dah lama sangat dan dia sendiri pun tak ingat. Korang pulak kalau makwe tak ingat ‘monthsary’ korang ke berapa pun dah mintak putus. *muntah hijau*
Isteri kedua Bhagat pula bernama Saakhri, dan yang ketiga pula bernama Bhaggi. Walaupun diorang semua duduk di rumah yang sama, diorang cuma dipisahkan dengan bilik tidur je. Eh, mestilah. Duduk satu rumah ni, macam bahagia je. Apa rahsia?
Disebabkan kemarau yang berlanjutan dan kekurangan air, perkara ni telah memaksa Bhagat untuk berkahwin lain
Disebabkan Kampung Denganmal ni adalah yang paling terpencil berbanding kampung-kampung lain kat sekelilingnya, diorang takde sambungan atau bekalan air macam yang kita ada kat Selangor ni.
Disebabkan kemarau yang berlanjutan dan kekurangan air, perkara ni telah memaksa Bhagat untuk berkahwin lain
Disebabkan Kampung Denganmal ni adalah yang paling terpencil berbanding kampung-kampung lain kat sekelilingnya, diorang takde sambungan atau bekalan air macam yang kita ada kat Selangor ni.
Jadi, diorang kena berjalan ke sungai atau perigi dengan membawa beberapa bekas untuk isi air. Bukan dekat-dekat tau, perjalanan tu ambik masa 12 jam pergi dan balik! Ni dah macam perjalanan dari Selangor ke Singapore kot.
Malah perkara ni jadi semakin teruk sebab kampung diorang ni terletak di kawasan panas, kering dan selalu kemarau, menyebabkan kampung tu mengalami masalah bekalan air. Bila tiba musim panas je, air telaga, sungai semua jadi cetek. Malah ada sampai satu tahap tu, air telaga dan sungai semua kering kontang yang menyebabkan binatang ternakan pun mati!
Punyalah teruk kemarau yang berlaku, bukan air je kering, tanah pun pecah-pecah. Imej dari orfonline.org
Sebelum berpoligami, diorang macam keluarga biasa di mana ada suami, isteri, dan anak-anak. Bhagat membanting tulang empat kerat dengan bekerja kat sebuah ladang di kampungnya, manakala Tuki pula seorang suri rumah. Sama macam mana-mana suri rumah yang lain, dia la yang kemas rumah, memasak, basuh baju, mandi dan bagi makan kat anak, dan macam-macam lagi.
Masa anak diorang semua kecik-kecik lagi, Bhagat dan Tuki selalu pening kepala macam mana nak dapatkan air. Yela, Bhagat kerja, dan Tuki pula kena jaga anak-anak dan buat kerja rumah. Mana boleh tinggalkan budak lama-lama kat rumah, konfem tak macam rumah dah lepas tu.
Jadi kalau suami dia pergi kerja kat ladang, dia pula ada anak-anak kecil kat rumah, macam mana pulak dia nak pergi ambik air? Ini la sebab utama kenapa dia berkahwin lagi.
“Saya terpaksa mempunyai seseorang untuk membawa air, dan berkahwin lagi adalah satu-satunya pilihan yang saya ada,” kata Bhagat, yang bekerja sebagai buruh hari di sebuah ladang di sebuah kampung berhampiran.
Tambah Bhagat lagi, sebab kenapa dia kahwin yang ketiga,
“Isteri pertama saya sibuk dengan anak-anak. Apabila isteri kedua saya jatuh sakit dan tak dapat ambil air, saya berkahwin dengan yang ketiga.”
Tapi agama Hindu sebenarnya tak benarkan kahwin lebih dari satu
Bila ditanya, bahagia ke duduk satu rumah dengan madu-madu yang lain? Isteri pertama, Tuki pada mulanya diam je. Tapi dia kemudiannya kata, hubungan diorang semuanya luar biasa dan rumit.
Bila ditanya, bahagia ke duduk satu rumah dengan madu-madu yang lain? Isteri pertama, Tuki pada mulanya diam je. Tapi dia kemudiannya kata, hubungan diorang semuanya luar biasa dan rumit.
Tapi betul la, relationship status diorang semua memang rumit pun. Sebabnya, tak macam agama Islam, agama Hindu melarang penganutnya daripada kahwin lebih daripada seorang. Eh, betul ke?
Berdasarkan apa yang kitorang tanya dekat kawan-kawan kitorang yang beragama Hindu, poligami tak dipraktikkan dalam agama tersebut. Tapi berdasarkan kitab hindu lama, pada zaman dulu, poligami pernah diamalkan oleh pahlawan berkasta tinggi, para pedagang kaya, dan orang-orang ternama. Malah, poligami pada zaman dulu lebih kepada pilihan peribadi dan juga simbol status seseorang tu.
Tapi sejak tahun 1955, India dah menggubal Akta Perkahwinan Hindu yang melarang sesebuah perkahwinan seorang Hindu kalau pasangannya masih hidup. Jadi, poligami ni tak sah di India, dan ia seragam untuk seluruh warganegara kecuali penganut agama Islam dan juga Hindu di Goa sahaja.
Bila tanya Bhagat tak takut ke langgar undang-undang, dan dia jawab;
“Saya tahu, mempunyai dua isteri atau lebih memang merupakan satu kesalahan. Tapi kami takde air dan takde siapa nak ambikkan untuk kami. Kerajaan yang patut dipersalahkan sebab tak sediakan akses air untuk kami. Jadi saya pun terpaksa kahwin tiga dengan tiga wanita untuk mendapatkan air.”- Sakharam Bhagat, semasa diinterview oleh India Times.
Kalau korang nak tahu, bukan Bhagat sorang je yang mengamalkan poligami kat kampung dia, tapi ramai lagi sebab memang dah jadi amalan kat sana.
Jadi bila dah ada tiga orang isteri ni, bolehlah diorang bergilir-gilir. Malah, diorang semua dah diberi tugas masing-masing. Salah seorang yang tak berapa sihat ditugaskan untuk memasak, manakala dua lagi isteri yang lebih kuat ditugaskan untuk mengambil air.
Diorang dah melakukan rutin yang sama selama bertahun-tahun. Setiap kali musim kemarau, Saakhi and Bhaggi akan keluar dari rumah pada setiap awal pagi dengan membawa beberapa bekas yang akan dibawa di atas kepala diorang untuk mengisi air daripada sumber air bersih.
Perjalanan diorang juga bukan mudah sebab diorang akan melalui beberapa ladang, jalan yang berlumpur dan kawasan yang berbukit untuk sampai ke sungai. Dah macam jungle trekking pula bunyinya.
Kenapa tak ambik pembantu, kenapa kena kahwin?
Kalau nak tahu, Saakhri and Bhaggi kedua-duanya adalah balu sebelum berkahwin dengan Bhagat. Jadi bila Bhagat ambik diorang sebagai isteri, Saakhri dan Bhaggi ni terselamat dan dapat status dan penghormatan balik dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, apa yang Bhagat buat adalah menyelamatkan balu-balu ni daripada dihina masyarakat.
Kenapa tak ambik pembantu, kenapa kena kahwin?
Kalau nak tahu, Saakhri and Bhaggi kedua-duanya adalah balu sebelum berkahwin dengan Bhagat. Jadi bila Bhagat ambik diorang sebagai isteri, Saakhri dan Bhaggi ni terselamat dan dapat status dan penghormatan balik dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, apa yang Bhagat buat adalah menyelamatkan balu-balu ni daripada dihina masyarakat.
India adalah salah satu negara yang agama, budaya dan kepercayaan diorang sangat kuat. Kalau korang pergi ke pedalaman India, diorang masih lagi mengamalkan pelbagai tradisi lama yang bagi kita, tak masuk akal langsung.
Salah satu tradisi lama kat negara India ialah amalan Sati, iaitu kalau sorang perempuan kematian suami, dia juga dikehendaki mati sekali. Jadi, balu akan dibakar hidup-hidup dengan mayat suaminya, sebagai sebuah pengorbanan dan pengabdian diri seorang perempuan tu (sehidup semati secara literal betul ni). Perkara ni pernah dicatatkan oleh British pada tahun 1831 oleh James Atkinson, di Pejabat Koleksi India daripada Perpustakaan British.
Walaupun dah diharamkan, tapi kehidupan balu di sana masih lagi tak terbela. Salah satu tradisi yang masih lagi diamalkan oleh sesetengah pedalaman di India ialah, perempuan yang kematian suami akan dihina oleh orang sekeliling dan ahli keluarga sendiri.
Diorang dianggap sebagai beban kepada kewangan keluarga bila diorang pergi balik ke rumah ibu bapa diorang bila dapat status balu, yang merupakan status paling rendah di sana. Malah diorang juga tak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti keagamaan atau perayaan. Kadang-kadang tu, tak boleh makan dengan ahli keluarga yang lain pun!
Perempuan yang kematian suami juga dibotakkan kepala dan dipakaikan pakaian berwarna putih. Diorang juga tak boleh berkahwin lain, tak boleh pakai sebarang perhiasan. Bukan setakat tu je, bayang-bayang diorang pun dianggap malang. Disebabkan perkara ni, ramai balu yang berpindah ke sebuah bandar bernama Vrindavan yang terletak di daerah Mathura, Uttar Pradesh. Bandar Vrindavan memang dikenali sebagai ‘Bandar balu’.
Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, kematian di Vrindavan akan membebaskan diorang dari kitaran hidup dan kematian. Setiap balu juga berharap yang kematian di situ akan menyelamatkan diorang daripada kehidupan diorang yang seterusnya daripada berlakunya perkara yang sama macam kehidupan diorang sekarang.
Bagi Bhagat dan keluarga, walaupun diorang hidup dalam kesusahan, tapi sekurang-kurangnya diorang susah senang bersama-sama. Malah sebagai madu di sebuah rumah diorang buat kerja rumah bersama, boleh makan bersama, gelak bersama dan mengamalkan kehidupan berkeluarga semula. Dan yang paling penting rumah diorang ada bekalan air dan isteri-isterinya tak dihina masyarakat sebab jadi balu.
Air adalah keperluan paling penting
India adalah negara ke-7 terbesar di dunia, tapi mempunyai populasi kedua terbesar di dunia. Masalah bekalan air di India sangat membimbangkan sebab ada yang sampai bunuh diri sebab tak sanggup teruskan kehidupan.
Kalau korang ingat, kita pernah mengalami krisis air yang teruk beberapa tahun lepas kat kawasan Lembah Klang. Masa tu punyalah teruk sebab air cuma ada setiap selang sehari je. Pastu jenuh betul nak kumpul untuk keesokan harinya. Masa tu pun dah rasa susah, apatah lagi untuk perkampungan Denganmal dan juga beberapa tempat lain di seluruh dunia yang hari-hari kena angkut air.
sumber soscili
Tiada ulasan:
Catat Ulasan