ads1

Selasa, 6 Mac 2018

Membelikan makanan untuk seorang gelandangan di McDonald’s, lelaki diusir keluar dari premis tersebut


Baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang lelaki gelandangan yang diusir keluar dari sebuah restoran McDonald’s di Amerika Syarikat telah menjadi viral.
Lelaki itu dikatakan sedang makan di sebuah restoran McDonald’s di Myrtle Beach di Selatan Carolina ketika dia diminta pergi oleh seorang pegawai polis wanita selepas dia dipanggil oleh pengurus restoran tersebut.
Dia diminta untuk meninggalkan premis tersebut dengan alasan bahawa dia telah mencerobohi restoran itu. Lelaki itu juga dituduh telah meminta wang daripada orang ramai untuk makan di situ.
Video tersebut telah ditonton lebih daripada 54 juta kali dan menerima ribuan komen dan kritikan daripada orang ramai selepas video itu dimuat naik. Video itu menunjukkan seorang lelaki yang ada di tempat kejadian, Yossi Gallo, 39 tahun.
Video yang berdurasi lima minit dan 15 saat itu telah dimuat naik pada 28 Februari lalu dan sejak itu, ia telah mencetuskan banyak komen negatif di laman media sosial.
Gallo memberitahu media bahawa dia telah ke restoran tersebut pada jam 11 pagi. Ketika itulah dia menemui lelaki gelandangan itu yang kebetulan berada berhampiran dengan restoran McD dan bertanya sama ada dia sedang lapar.
Gallo kemudian membawanya ke restoran makanan segera itu untuk membeli makanan, Gallo kemudian membayarkan makanan lelaki itu dan mereka makan di meja yang berasingan.
Kira-kira lima minit kemudian seorang anggota polis wanita datang kepadanya dan memberitahu lelaki tersebut bahawa dia telah menceroboh masuk ke dalam restoran tersebut.
Gallo yang mendengar tuduhan itu mula berasa marah dan kecewa.
Di dalam klip video itu, Gallo dengan tegas berkata bahawa dia dan seorang lelaki itu telah diusir keluar dari restoran itu kerana dia telah membelikannya makanan.
“Saya dihalau keluar dari sini kerana saya memberikan makanan kepada seorang lelaki gelandangan!,” katanya dalam video itu.
Selepas mereka berjalan keluar dari kedai makan, Gallo menawarkan diri untuk membelikan makanan buat lelaki itu di tempat lain. Gallo berkata dia juga malu kerana semua orang di McDonald’s melihat kejadian tersebut. Walau bagaimanapun dia mengatakan bahawa dia tidak menyesal kerana membantu lelaki tersebut.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan