ads1

Selasa, 6 Mac 2018

Selepas melihat kepada pekerjaan mereka yang sangat dahsyat ini, anda pasti akan berhenti merungut tentang pekerjaan anda sekarang!


Ramai antara kita yang sering mengeluh kerana kerja. Pekerjaan terlalu banyak, bos tidak memahami atau mungkin gaji yang sedikit sering tidak mencukupi. Tetapi sedarkah anda bahawa ada orang di luar sana yang terpaksa melakukan kerja yang lebih susah dan mencabar sehingga boleh mengorbankan nyawa mereka jika tersilap langkah?
Kerja-kerja membina jalan di tebing gunung yang berketinggian beribu-ribu kaki di atas tanah bukanlah suatu kerja yang mudah malah sangat berisiko tinggi terutama jika hanya dibekalkan dengan topi keselamatan. Itulah yang dilakukan oleh para pekerja pembinaan di daerah Pingjiang, Hunan.
Pekerja pembinaan sedang membina jalan untuk digunakan pelancong di sisi gunung di daerah Pingjiang, wilayah Hunan
Para pekerja menghabiskan hari-hari mereka dengan membawa kayu yang berat serta kereta sorong yang penuh dengan konkrit melintasi laluan kayu yang rapuh ditambah lagi dengan kekurangan dalam aspek  keselamatan.
Lihat sahajalah kepada pekerjaan mereka yang sukar itu dan dengan hanya memakai topi keselamatan mereka berhadapan risiko untuk mengalami kecederaan.
Daerah Pingjiang didominasi oleh pergunungan Mufu dan pihak pendatdbir kini berusaha untuk menarik pelanocng untuk datang ke daerah kecil ini dengan membina laluan pejalan kaki yang sukar seperti ini.
Pegawai Cina berharap agar jalan itu dapat menarik ribuan lagi pelancong untuk datang ke daerah itu kerana pemadangan yang sangat indah dapat diperlihatkan di sepanjang laluan itu.
Daerah Pingjiang sememangnya terkenal dengan gunung-ganang terutamanya gunung Mufu serta taman negara yang telah menarik kehadiran ribuan pelancong ke daerah itu.
Pihak berkuasa tempatan cuba memanfaatkan populariti ini dengan membina laluan di gunung dan laluan pejalan kaki di sepanjang permukaan tebing.
Jangan lihat ke bawah: Dengan hanya dibekalkan topi keselamatan bayangkan jika ada antara mereka yang terjatuh dari ketinggian setinggi ini…
Antara pekerja yang berani dalam melakukan kerja-kerja pembinaan dalam usaha untuk menarik pelancong ke daerah Pingjiang di selatan timur China.
Jalan itu telah dibina lebih kurang sejak tahun 2011 dan telah menyaksikan para pekerja harus menggunakan laluan pejalan kaki kayu yang rapuh sepanjang 3 kaki, beribu-ribu kaki di atas gunung.
Adalah tidak diketahui dengan tepat di mana laluan ini sedang dibina, tetapi jika dilihat rupanya hampir sama dengan laluan gunung lain yang dibina di sepanjang Gunung Shifou, di wilayah Jiangxi yang berhampiran.
Laluan itu dikatakan telah dibina lebih kurang sejak tahun 2011 dan telah menyaksikan para pekerja harus menggunakan laluan pejalan kaki kayu yang rapuh sepanjang 3 kaki, beribu-ribu kaki di atas gunung.
Seorang jurutera, Yu Ji, 48, yang telah membina laluan ini selama sedekad, berkata: “Saya tidak merasakan pekerjaan ini berbeza dengan pekerjaan lain. Ia tidaklah begitu bahaya seperti yang ramai orang fikir. Anda hanya perlu memakai tali dan semuanya OK. “
Para pekerja menghabiskan hari mereka mengangkut kayu berat dan kereta sorong penuh dengan konkrit pada ketinggian ribuan kaki di udara tanpa menggunakan peralatan keselamatan kecuali topi keselamatan.
Walaupun melakukan kerja-kerja berat yang boleh mengancam nyawa, mereka nampaknya ‘menikmati’ waktu-waktu itu dengan bekerja dengan kuat.
Satu lagi laluan bawah kaca yang dibuka di Pingjiang ialah pada tahun 2014 yang telah dibina pada ketinggian 600 kaki di atas tanah, ia sebenarnya merupakan jambatan gantung yang terbentang di antara dua puncak gunung.
Jambatan itu sebenarnya dikatakan boleh bergoyang apabila ditiup angin, menjadikannya sangat menakutkan bagi pelancong untuk melaluinya.
Ramai pelancong yang ‘terkandas’ di laluan kaca tersebut akibat terlalu takut dan oleh sebab itulah ramai pekerja yang dilatih supaya dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan ketika terkandas.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan