ads1

Rabu, 14 Mac 2018

“Pak cik, wang tambang saya tidak cukup, hanya ini sahaja yang saya ada,”- kisah pemandu jip ini penuh dengan iktibar hingga terima pujian ramai!

“Pak cik, wang tambang saya tidak cukup, hanya ini sahaja yang saya ada,”- kisah pemandu jip ini penuh dengan iktibar hingga terima pujian ramai!
Kisah penuh pengajaran ini dikatakan telah menjadi tular di media sosial di Filipina. Seorang pemandu pengangkutan awam ini telah menerima pelbagai pujian atas apa yang dilakukannya.
Kisah ini telah diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dari Filipina yang bernama Jonee Canada. Menurutnya, dia sangat beruntung kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang penuh dengan pengajaran itu walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang pemandu jip.
“Pak cik, wang tambang saya tidak cukup dan hanya ini sahaja yang saya ada,” ujar seorang budak lelaki sambil menunjukkan duit yang ada di tangannya.
“Itu sahaja yang kamu ada?” tanya pemandu bas itu semula.
Walaupun dia tahu budak itu tidak mempunyai wang tambang yang tidak cukup namun dia tetap membenarkan budak itu menaiki bas tersebut. Budak itu kemudian naik ke atas bas dengan gembira. Dia juga tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu.
“Kamu simpan sahaja duit itu dan gunakan untuk perkara yang lebih penting.” kata pemandu bas itu.
“Jangan bergaduh dengan kawan-kawan kamu.” tambahnya lagi.
Jonne yang menyaksikan kejadian itu tersentuh hatinya. Dia kemudian berkongsi cerita tersebut di Facebook miliknya. Ribuan netizen yang membaca kisah itu memberikan pujian buat pemandu bas itu. Nampaknya masih ramai orang yang baik hati di luar sana.
Jika anda tidak menemukan mereka yang baik, jadilah orang yang baik itu!
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan