ads1

Isnin, 19 Mac 2018

Setelah disahkan tiada harapan untuk hidup, doktor mencabut semua peranti sokongan hidup pada kanak-kanak ini. Namun selepas ibunya memberikan ciuman terakhir, tiba-tiba keajaiban berlaku!

Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan, Alice, dari England dikatakan sebagai kanak-kanak perempuan yang paling beruntung di dunia.
Dia disahkan tidak dapat pulih daripada penyakit yang mengancam nyawanya. Namun, keajaiban berlaku ketika dia berada di ambang kematian!
 Apabila dia dimasukkan ke hospital, dia didiagnosis menghidap epidemic cerebrospinal meningitis.
Kesihatannya terus merosot dari masa ke masa dan menyebabkan dia mengalami strok, septisemia (keracunan darah yang berpunca daripada mikroorganisma penyebab penyakit dan toksinnya dalam darah), kegagalan buah pinggang dan komplikasi serius lain.
Doktor tidak berdaya untuk membantu mengubati keadaan Alice yang semakin merosot dan dia hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan supaya dapat meneruskan hidup.
 Beberapa bulan kemudian, doktor membuat keputusan dan memberitahu bahawa penyakit Alice tidak dapat dirawat dengan bantuan ubat-ubatan moden.
Doktor menasihati ahli keluarga Alice untuk mematikan mesin penyokong hidup tersebut supaya Alice tidak lagi menderita menanggung kesakitan.
Setelah mendengar saranan dari doktor, keluarga Alice bersetuju untuk mematikan mesin tersebut. Mereka bersedih kerana terpaksa melepaskan permata hati yang disayangi itu pergi buat selama-lamanya.
Selepas doktor mematikan sokongan hidup, ibu Alice dengan perlahan mencium anak perempuannya untuk kali terakhir.
Walau bagaimanapun, sesuatu keajaiban berlaku mengejutkan mereka sekeluarga! Alice tiba-tiba mula bernafas sendiri! Para doktor yang hadir pada masa itu juga turut terkejut dengan keajaiban itu!
Dua tahun berlalu dan Alice hidup bahagia di samping keluarganya. Dia adalah kanak-kanak yang cantik dengan pipi kemerah-merahan, tampil dengan penuh bersemangat dan senyuman menawan yang terukir di wajahnya menceriakan kehidupan mereka sekeluarga.
Dia akhirnya berpeluang untuk merakam gambar keluarga bersama ibu bapanya.
 Kesan daripada penyakit epidemic cerebrospinal meningitis, Alice tidak dapat menelan makanan keras dan dia harus diberi makanan cecair melalui tiub makan.
Dia juga mengalami pertumbuhan kaki yang tidak sama dan percakapannya terganggu. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk meneruskan hidup.
Sekarang, Alice belajar di tadika dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Pada suatu hari, Alice tiba-tiba melontarkan kata-kata yang pertama: “Mummy!” Ibu Alice sangat gembira apabila dia mendengar perkataan pertama Alice sehingga air mata mengalir di pipinya.
Ibu Alice berkata: “Setiap malam ketika anak perempuan saya tidur, saya akan selalu berfikir tentang kebahagiaan kami bersama.
Terutamanya apabila dia akhirnya memanggil saya ‘Mummy‘!” Cinta seorang ibu tentu sekali tidak mengenal batas.
 Mungkin cinta dan doa daripada ibunya yang tidak putus-putus adalah sebab yang membantu Alice untuk terus hidup dan selamat daripada penderitaan.
Selepas membaca artikel ini, kita tidak boleh menafikan betapa hebatnya kuasa cinta seorang ibu. Semoga Alice dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan yang bahagia bersama!
sumber:harianmetromy.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan