ads1

Isnin, 19 Mac 2018

ALLAHU Sedihnya. Kendong Jenazah Anak Naik Motor Sejauh 100KM.

 BIMA: Jenazah bayi warga Desa Waro, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat ini terpaksa dibawa dengan motosikal kerana keluarganya tidak mampu untuk menggunakan khidmat ambulans.
Bayi perempuan berusia lima hari itu meninggal dunia selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Rumah Sakit Umum Daerah Bima.
Ketua Desa Waro, M Ali berkata, pihak hospital memberi alasan bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan ambulan percuma ketika kejadian itu.

“Jarak rumah keluarga tersebut dengan hospital adalah kira-kira 100 kilometer. Pasangan suami isteri tiada pilihan lain kerana tidak mampu untuk membuat bayaran ambulans seperti diminta,” katanya.

Menurutnya lagi, jenazah bayi itu juga pada asalnya ditahan pihak hospital atas alasan bil hospital belum dibayar.

Susulan insiden itu, pentadbir hospital, H Ihsan telah berkunjung ke rumah keluarga bayi terbabit untuk memohon maaf kepada Jufrin dan isterinya, Suhadah yang dilaporkan turut menderita lumpuh selama 15 tahun.

Pihak hospital turut memberi pampasan kepada keluarga terbabit selain melahirkan rasa kesal terhadap kejadian tersebut. – Kompas.com

Kredit : Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan