ads1

Rabu, 18 April 2018

'Anak-anak membesar sekali je bro di depan mata' - Ramai yang terkesan dengan teguran lelaki ini


“Anak-anak membesar sekali je bro di depan mata. Selepas tu kau akan terlepas dan tak boleh berpusing kembali” 

Di dalam sesebuah negara, jika seorang ketua negara memikul dan memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin, maka rakyat dan negara berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan, jika seorang suami menggalas tanggungjawabnya dengan baik, maka akan terbentuk sebuah keluarga yang sakinah. 

Namun, kebelakangan ini, seringkali dipaparkan isu seorang suami yang tidak bertanggjawab sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak. Walaupun isu suami mengabaikan tanggungjawab lebih dominan dipaparkan di media, tetapi masih ada lagi suami yang amat mementingkan keluarganya dari segala benda. 

Kebanyakan netizen memuji sikap yang ditonjolkan oleh saudara Shaiful Tan.  Kepenatan bekerja  dan waktu kerja yang tidak menentu tidak menghalangnya untuk lebih meluangkan masa  bersama dengan anak dan isteri. Nasihatnya kepada semua agar berubah dan hargailah setiap masa bersama dengan orang yang tersayang kerana masa telah berlalu tidak dapat diundur lagi.

BRO, dulu aku kaki lepak. Pusing bandar KL cari rezeki. Kerja sebagai longkai, cakap sahaja di mana port, aku memang akan datang. Bila kawan susah dan tersadai, memang aku dulu yang sampai. Tetapi selepas berkahwin dan ada anak, kehidupan aku 100% berubah. Aku tidak lagi lepak dan tidak berjumpa dengan kawan-kawan.

Kehidupan aku cuma adalah kerja dan bermain dengan anak-anak selagi ada masa. Anak-anak membesar sekali je bro di depan mata. Selepas tu kau akan terlepas dan tak boleh berpusing kembali. Kerja-kerja rumah selagi terdaya aku buat walaupun aku balik dari kerja pada pukul tiga pagi. Aku kasihan pada isteri aku yang telah penat menjaga anak-anak. Walaupun kadang-kadang dia tak memasak, aku tak kisah asalkan anak-anak aku dijaga dengan baik. Aku rasa amat bersyukur.

Kawan-kawan? Ramai dah jauh. Bila mereka ajak aku pergi jalan-jalan ke sana sini, aku tengok muka anak-anak aku. Aku bukan tak nak pergi, tetapi kerana kewangan aku terhad dan aku akan bazirkan pada benda yang bukan-bukan. Lebih baik aku belikan makanan RM20 dan bagitahu pada isteri aku tak perlu memasak. Hargai apa yang ada di depan mata bro. Keseronokan kau tu akan buat kau menyesal. 

Jangan jadikan cerita, lebih baik aku main game dari main perempuan. Lebih baik kau main dengan anak-anak dari main dengan game. Bila dah tua bro, anak tu yang akan jaga kau. Mereka akan buat balik apa yang kau buat pada dia. Jika buruk layanan kau bagi pada anak dan isteri kau, maka buruk lah apa yang kau dapat balik akan datang. 

Setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan bangun lebih awal dengan harapan aku boleh bermain dengan mereka sekejap kerana pada waktu malam, aku tak tahu aku akan balik kerja pukul berapa. 

Bila dah kahwin bro, tak ada lagi kepentingan diri kau. Yang utama adalah keluarga kau, anak isteri kau. Berubahlah. Masa kecil la anak-anak nak ikut kau ke sana sini. Bila dah besar nanti, puas kau pujuk untuk ikut kau pulak. Berubah lah. Masa tak mampu diputar kembali.

Kredit:thereporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan