ads1
Jumaat, 27 April 2018
Langkah Bersejarah, Kim Jong-un Jadi Presiden Korea Utara Pertama Jejak Kaki Di Negara Musuhnya, Korea Selatan
Pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong-un melakar sejarah baru apabila menjadi Presiden Korea Utara pertama yang melintasi sempadan Zon Bebas Tentera (DMZ) dan menjejakkan kaki di tanah negara 'musuhnya', Korea Selatan.
Kehadirannya di sempadan di sambut oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang bakal menjadi tuan rumah persidangan dua negara tersebut berhubung senjata nuklear. Ia merupakan perjumpaan kali ketiga melibatkan pemimpin tertinggi kedua-dua negara sejak Perang Korea meletus, 65 tahun lalu. Manakala ini merupakan kali pertama seorang presiden daripada Dinasti Kim menghadiri pertemuan di Korea Selatan.
Detik-detik bersejarah tersebut dimulai dengan jabat tangan dua pemimpin yang berdiri di wilayah negara masing-masing di DMZ. Presiden Moon kemudian menjemput Presiden Kim untuk menjejak tanah Korea Selatan. Ketika Presiden Moon mahu mengajak Presiden Kim ke tempat di mana persidangan akan diadakan, berlaku insiden tidak dijangka apabila Presiden Moon ditarik oleh Presiden Kim ke tanah Korea Utara untuk berjabat tangan sekali lagi.
Kedua-dua pemimpin tersebut kemudian dilihat mengambil gambar kenangan sebelum kehadiran Presiden Kim di persidangan tersebut disambut dengan perbarisan tabik hormat oleh Tentera Korea Selatan. Majlis tersebut turut diiringi dengan muzik dan tarian tradisional bangsa Korea.
Persidangan tersebut yang dijangkakan berlangsung pada hari ini bertempat di Peace House untuk membincangkan pembangunan senjata nuklear oleh Korea Utara hingga menimbulkan keresahan jiran tetangganya.
Malah, peningkatan aktiviti pembangunan senjata nuklear oleh Korea Utara turut mewujudkan ketegangan antara Presiden Kim dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dunia juga bakal menyaksikan pertemuan bersejarah kali pertama di dunia apabila Presiden Kim dan Presiden Trump dijangka akan bertemu susulan pertemuan yang dibuat oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo dengan Presiden Kim sebelum ini.
Kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengharapkan impak postitif daripada pertemuan tersebut setelah wujud kebimbangan mengenai keupayaan saintis-saintis di Korea Utara yang semakin menghampiri kejayaan untuk menghasilkan senjata nuklear yang mampu menjangkau hingga ke Amerika Syarikat.
Sumber : The Independent
Kredit:siakapkeli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan