ads1

Khamis, 12 April 2018

Lelaki ini berkongsi klip video yang menyentuh hati membesarkan haiwan eksotik – daripada telur hingga ke udara

Seorang pencinta haiwan yang tinggal di Indonesia ini telah memuat naik video yang menyentuh hati tentang bagaimana beliau membesarkan beberapa ekor burung spesies hyacinth macaw, yang merupakan spesies burung nuri terbesar di dunia.
Dalam klip video 10 minit berkenaan, beliau menunjukkan keseluruhan proses selama beberapa bulan, daripada telur hingga ke udara. Beliau berkata cara yang terbaik untuk membesarkan burung-burung ini adalah dengan membiarkan mereka melepaskan sayap mereka dengan bebas apabila sudah dewasa.
Beliau dikenali sebagai Andy Hoo di Instagram. Dengan memaparkan banyak gambar dan video haiwan eksotikn di laman Instagram miliknya, tidak hairanlah beliau mendapat 23,300 pengikut.
Bukan burung eksotik sahaja, beliau juga membesarkan spesies-spesies haiwan eksotik yang lain.
Gambar Hoo duduk bersama tiga ekor burung crimson-blue macaw yang dibesarkan olehnya mendapat 1,200 like dan video beliau yang menunjukkan proses pembesaran burung telah meraih lebih daripada 2.2 juta tontonan.
Hoo merakamkan keseluruhan proses bagaimana beliau membesarkan hyacinth macaw dengan penjagaan yang penuh kasih sayang, bermula daripada telur.
Seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, kita dapat melihat proses bagaimana burung-burung itu daripada belum tumbuh bulu sehingga secara beransur-ansur bulu tumbuh, sehingga menyerlahkan warna yang menakjubkan, akhirnya menjadi burung biru yang cantik sekarang ini.
Menjadi spesies burung nuri yang terbesar di dunia, hyacinth macawboleh membesar sehingga 100 sentimeter (lebih kurang 39 inci) panjangnya. Pada hari ke 110, Hoo menulis, “anda bukan lagi bayi.”
Selepas berbulan-bulan membesarkan burung-burung ini, ganjaran terbesarnya adalah pada hari beliau membiarkan mereka menyebarkan sayap mereka dan terbang di luar rumah. Beliau mengucapkan selamat tinggal, kerana sudah tiba waktunya bagi mereka untuk tinggal di habitat semula jadi sebenar mereka.
“Tidak ada kata-kata, selain mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana membiarkan saya melihat burung-burung saya terbang bebas,” katanya yang ditulis dalam video itu.
Walaupun video Hoo sebahagian besarnya popular, dengan kebanyakan orang yang menyatakan kekaguman untuk kerja yang dilakukan olehnya dengan baik, ada yang prihatin bertanyakan di mana dia memperoleh telur tersebut. Hoo menjawab dengan mengatakan telur tersebut diperolehi dari ladangnya.
Seorang pemilik burung sangat menghargai video Hoo dan menulis: “Secara peribadi saya memiliki sepasang burung nuri Senegal, dengan melihat video ini membuat saya benar-benar percaya bahawa burung saya akan bertelur dan mempunyai kehidupan yang indah seperti burung-burung yang indah tersebut. Hyacinth macaw adalah salah satu spesies burung nuri kegemaran saya dan saya menghormati anda untuk membuat video ini kerana ia mengajar bahawa banyak perjuangan perlu dilakukan untuk membesarkan burung sehingga dewasa. “
Tonton video di bawah:
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan