ads1

Khamis, 12 April 2018

'Mama suruh tunggu kat depan' - Jam 12 pagi, anak dibiar bersendirian di luar, sementara ibu bapanya layan filem Dukun


Entah apa jenis ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan ini yang sanggup meninggalkan anak mereka berusia sekitar 6-9 tahun bersendirian menonton wayang dan menunggu mereka di luar panggung dalam sekitar jam 12 tengah malam. 

Difahamkan, ibu bapanya berbuat demikian hanya semata-mata mahu menonton filem yang sedang menjadi bualan orang ramai, Dukun. Mujur wanita ini menyedari insiden itu dan menasihatkan agar kanak-kanak perempuan berkenaan duduk di kawasan yang selamat sementara menunggu ibu bapanya. 

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB 

Watching a late night movie di MBO Kecil, Kuantan City Mall. Ada couple ini bagi anak dia duduk di depan kami. Ingatkan mereka pergi duduk di bahagian atas. Rupa-rupanya pergi tengok cerita lain. 

Dari dalam panggung wayang lagi dia asyik memandang-mandang kami sebab masa itu tengok filem Pasific Rim (durasi 10 malam - 12 tengah malam), agaknya dia macam takut dengan monster bagai dan dalam panggung itu hanya ada lapan orang sahaja termasuk kami.

Masa filem yang kami tonton sudah habis, budak itu pun berjalan keluar dengan nampak seperti tidak tahu nak pergi ke mana. 

Saya pun tegurlah, "Mama papa mana dik?"

"Diorang pergi tengok cerita Dukun (tayang tamat jam 1.50 pagi)," jawabnya.

"Adik nak pergi mana?" soal saya lagi. 

"Mama suruh tunggu di depan," jawabnya. 

Kemudian saya cari kawasan yang berada dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berulang kali memberitahu dia duduk saja di situ dan jangan pergi ke mana-mana atau mengikut sesiapa. 

Saya ajak suami patah balik, tetapi suami kata tak payah sebab nanti ibu bapanya pula kata kami kepochi. Sebab memang tinggal cleaner lelaki Bangladesh dan Pakistan sahaja. Tak tenang dibuatnya. Orang kita selagi tak terjadi, selagi itulah mereka ambil mudah.

Jam 12 tengah malam, dia hanya seorang diri berada di situ. Anak perempuan awak bersendirian di luar panggung wayang yang senyap dan sunyi. Hanya ada beberapa pekerja pembersihan sahaja yang berada di situ pada waktu itu. 

Saya cuma nak cakap, awak (ibu bapa kanak-kanak berkenaan) tidak layak untuk menjadi ibu bapa jika hiburan lebih penting dari keselamatan anak perempuan awak sendiri. Belajarlah dari kes sebelum ini dan jangan ambil mudah. 




Sumber: Maya Zehra
kredit:The Reporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan