ads1

Khamis, 12 April 2018

Nak Gugurkan Kandungan Sebab Masalah Kewangan. Tapi Apa Yg Jadi Selepas Itu Buat Pasangan Ini BAHAGIA !!!

 Aku teringat kisah seorang kawan aku ni dia nak gugurkan anak selepas mendapat tahu dia mengandung untuk kali kedua.
Alasannya sebab dia masih muda, kewangan masih belum kukuh dan dia baru mendapatkan anak pertama.

Dia dan suaminya senyap-senyap merancang tanpa diketahui oleh ayah mertua untuk memandulkan anak mereka. Tapi lain yang dirancang lain pula yang terjadi.

Pagi itu dia dan suaminya mengambil cuti kerja untuk ke hospital, mereka bangun pagi untuk ke hospital bagi menggugurkan anak mereka.

Tapi sampai sahaja ke kereta dia terlupa untuk mengambil kad pengenalan, dia terpaksa berpatah balik ke rumah untuk mengambilnya. Tapi tiba-tiba dia terserempak dengan ayah mertua dia yang duduk di depan rumahnya.

Pandangan ayah mertua nya bengis seakan-akan tahu dia buat sesuatu yang buruk. Dia memanggil kawan aku dengan suara marah dan menyuruh dia untuk memanggil suaminya yang berada di kereta.

Dia dengan perasaan takut memanggil suaminya, alangkah terkejut suaminya apabila mengetahui ayahnya mengetahui yang mereka mahu lakukan pengguguran anak.

Mereka suami isteri tak pernah beritahu sesiapa bahawa dia mengandung kali kedua dan tak pernah beritahu sesiapa pun diorang nak ke hospital untuk menggugurkan anak.

Dengan perasaan takut suami isteri ini berjumpa dan menghadap mak ayah mereka. Mereka duduk berbincang, lalu si ayah mengeluarkan suara dan memarahi mereka.

“Nak pergi mana tu?”

“Nak pergi kerja ayah”

“Jangan tipu aku orang tua ni, aku tahu korang nak gugurkan yang dalam perut tu!!”

Alangkah terkejutnya mereka apabila si ayah tahu dia mengandung dan mahu menggugurkan kandungan. Mereka ingin bertanya macam mana ayah boleh tahu tapi membatalkan hasrat kerana mereka suami isteri teruk kena marah

“Aku tak besarkan kau untuk jadi bodoh macam ni, berapa ramai orang yang nak anak tapi tak dapat. Korang ni bodoh, mak bapak yang bodoh”

Ayah dan ibu mertua mereka teruk memarahi mereka dan mereka insaf dan membatalkan niat untuk menggugurkan anak mereka.

Kehidupan mereka tak mudah sewaktu baru berkahwin, dia ada cerita kenapa dia yang free hair boleh berubah pakai tudung labuh pada aku.

Satu hari dia baru sahaja berhenti kerja atas faktor kesihatan, tapi selepas dia sembuh dia telah kehilangan pekerjaan. Kalau sebelum ini dia dan suaminya bekerja. Suaminya kerja office dan dia pulak kerja jual kereta.

Gaji suaminya dalam RM 3000 manakala gaji dia pula dalam RM 20 ribu sebulan. Banyak tapi kawan aku cakap kerja dia tak pernah berkat jual kereta sesen simpanan pun tak ada.

Jadi sewaktu 4 bulan dia berhenti kerja duitnya habis. Dan suaminya juga sedang papa kedana kereta pulak kena tarik.

Almaklumlah dulu gaji RM 23000 sekarang RM 3000 jadi tanggungan bulanan mereka besar kerana lifestyle mereka sewaktu kaya.

Kawan aku cerita, birthday suaminya esok hari tapi dia langsung tak ada persiapan mahupun duit untuk hadiahkan pada suaminya.

Dia fikir seharian dan mendapat surprise yang paling indah untuk suaminya. Keesokan pagi, suaminya bangun nak siap pergi kerja.

Dia memakai tudung labuh, stokin, stongan, baju labuh di depan suaminya. Dia cakap pada suaminya

“Awak tahun ni saya tak ada apa-apa nak hadiahkan untuk awak, saya tahu awak dah lama nak nampak saya memakai tudung labuh. Tahun ni saya akan hadiahkan awak dengan saya memakai pakaian tutup aurat”

Suami dia terpana tanpa disedari suaminya menangis kerana kegembiraan lalu memeluk dia sambil mengucapkan.

“Sayang, saya dah lama nak awak tutup aurat inilah hadiah paling istimewa buat saya”

Lepas tu scene romantiklah. Sekarang harta dia makin banyak, rezeki anak dia tak tolak, lalu Allah tambah dengan rezeki duit.

Jadi buat suami isteri yang masih muda dan pening fikir soal anak dan duit. jangan risau kalau dapat anak jaga sahaja. Dulu mak ayah aku miskin tapi lepas lahir sahaja setiap seorang anak, rezeki ayah aku semakin dipermudahkan.

Sekian nak share pun boleh
Kredit:myislam.info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan