Apakah perasaan anda jika tanpa sengaja menemui ikan yang mati akibat serangan hidupan laut lain? Lebih-lebih lagi jika ikan tersebut sedang bunting?
Satu kejadian tidak dijangka telah berlaku apabila seorang nelayan telah menangkap seekor ikan jerung yang bunting. Nelayan yang dikenali sebagai Mathew Orlov, 46 tahun dikatakan telah menangkap jerung berkenaan di teluk Barwon Heads, Victoria, Australia.
Menurut Mathew, jerung berkenaan telah diserang oleh jerung lain dan mati sebelum dia berjaya mendaratkan jerung betina yang malang itu. Setelah berjaya mendaratkan jerung itu, Mathew menyedari sesuatu yang mengejutkan!
Bahagian perut jerung yang sudah mati itu didapati bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang hidup di dalamnya.
“Apabila saya melihat perutnya bergerak, saya terus melakukan apa yang sepatutnya. Saya tidak pernah lakukan apa-apa seperti ini tetapi saya sudah lama memancing dan saya tahu saya perlu keluarkan anak-anaknya secepat mungkin”.
Mathew mengambil keputusan yang berani dan bijak pada masa yang sama. Dia telah melakukan pembedahan ke atas jerung berkenaan dan mengeluarkan sebanyak 98 ekor anak ikan jerung ke lautan.
“Ia satu keterujaan apabila mereka mula keluar. Saya sangat tergamam kerana ia begitu banyak. Kami kira terdapat 98 ekor kesemuanya!”
Tonton video penyelamatan anak-anak jerung di bawah:
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan