Jika anda seorang yang tidak percayakan takdir, anda mungkin akan berubah fikiran setelah membaca kisah ini.
Kebiasaannya, mana-mana ibu bapa yang memasang hajat untuk mengambil anak angkat akan melalui proses dan prosedur tertentu tanpa mengetahui identiti anak yang bakal mereka pelihara.
Di Amerika Syarikat misalnya, majoriti ibu bapa yang berkelayakan dalam proses pengambilan anak angkat akan mengambil anak-anak dari negara-negara tertentu seperti China yang menempatkan ramai kanak-kanak dalam kesusahan.
foto: Staci Maneage
Staci dan James Maneage bersepakat untuk mengambil anak angkat setelah melahirkan tiga anak lelaki mereka. Pasangan yang berasal dari Missouri ini kemudian mendapat perkhabaran bahawa terdapat seorang kanak-kanak yatim piatu dari China yang bernama Elliana.
foto: Staci Maneage
Elliana, 10 tahun dikatakan menghidap satu keadaan kesihatan yang berkaitan dengan gangguan otak. Sementara isu kesihatan ini membuatkan ramai ibu bapa menarik diri daripada menjadikan Elliana sebagai anak angkat, perkara ini ternyata tidak menghalang Staci dan James.
foto: Staci Maneage
Malah, mendengarkan mengenai keadaan Elliana terus membuatkan mereka mahu membantunya secara menyeluruh.
Tidak beberapa lama kemudian, Elliana berjaya dijadikan sebagai anak angkat dan dibawa tinggal bersama di Weldon Spring, Missouri. Namun begitu, Staci dan James tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah lagi keluarga yang tinggal berdekatan turut mengambil seorang anak perempuan dari China bernama Kinley sebagai anak angkat
.
foto: Paige Paskell Galbierz
Lebih menarik lagi, Kinley yang berusia 7 tahun juga menghidap penyakit gangguan otak yang sama seperti Elliana.
Kedua-dua buah keluarga ini tinggal berdekatan dan sering pergi ke gereja yang sama. Justeru, kedua-dua Elliana dan Kinley menjadi teman rapat. Walaupun berasal dari dua bandar yang berbeza di China, kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dan rupa yang mirip!
foto: Paige Paskell Galbierz
Tambahan pula, Elliana dan Kinley berjaya membentuk perhubungan yang akrab ibarat adik-beradik sekali gus mencetuskan persoalan kepada kedua-dua ibu bapa angkat mereka.
foto: Staci Maneage
Oleh demikian, keluarga ini mengambil keputusan untuk menjalankan ujian DNA ke atas kedua-dua anak angkat mereka. Setelah keputusan ujian dikeluarkan, ternyata ramai yang ternganga!
Hasil ujian mengesahkan Elliana dan Kinley merupakan adik-beradik kandung yang berkongsi DNA sama hampir 99.9%.
foto: Staci Maneage
Nampaknya takdir berjaya menemukan dua beradik yang terpisah sejak kecil. Daripada menjadi anak angkat kepada dua buah keluarga yang berlainan tetapi tinggal berdekatan, kemudian menjadi kawan baik dan akhirnya menjadi pasangan adik-beradik.
foto: Staci Maneage
Menarik sungguh kisah tentang bagaimana takdir mempertemukan semula Elliana dan Kinley ini…Erabaru
Sumber: NTD Inspired
Kredit : lubukviral via rosesmediadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan