Bukan mudah untuk memandu atau menunggang motosikal di jalan yang sesak penuh dengan segala macam kenderaan. Anda memerlukan kemahiran memandu yang baik (jika tidak anda akan dibuli) serta apa yang paling penting ialah kesabaran jika tidak berlaku lah kemalangan yang tidak diingini.
Kemalangan biasa sahaja berlaku di mana sahaja pada bila-bil terutama ketika waktu puncak, apabila jalan sesak dengan ribuan kenderaan.
Namun, tidak semua kemalangan mengundang air mata kerana ada ketika berlaku kemalangan yang melcukan.
Penunggang scooter ini nampaknya tiada tahu ke mana arah tujuannya. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang cuba dilakukannya, segalanya semacam tidak kena. Entah berapa kali dia telah dilanggar dan melanggar kenderaan lain, mujurlah motosikal tersebut ditunggang perlahan jadi dia tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Jika anda berhadapan dengan orang seperti ini apa yang perlu anda lakukan ialah bersabar…
Kredit :Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan