Seorang ahli perniagaan dan juga jutawan hartanah yang terbunuh akibat ditembak telah dipakaikan barang kemas yang bernilai sebanyak AS$100,000 (RM386,000) semasa diletakkan di dalam keranda.
Jutawan itu, Sheron Sukhdeo berumur 33 tahun mati ditembak di luar rumah ibu bapa isterinya di Chaguanas, di negara Trinidad dan Tobago pada jumaat lalu.
Ketika upacara pengebumian tersebut, mayat Sukhdeo dibaringkan bersama emas bernilai AS$50,000 (RM193,000) di dalam keranda. Barangan kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas turut menghiasi mayat berkenaan.
Selain itu, mayat Sukhdeo dibawa ke tempat pembakaran mayat dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley bernilai AS$150,000 (RM580,000). Walau bagaimanapun, barang kemas yang dipakai telah dibuka sebelum mayatnya dibakar.
Menurut portal sebuah portal di negara itu, pihak polis sedang menyiasat kemungkinan Sheron dibunuh oleh ahli kumpulan jenayah Rasta City, namun ada juga yang mengaitkan masalah keluarga dengan kematian jutawan hartanah tersebut.
Kredit:www.taiko.fun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan