Seorang doktor di India didakwa membunuh selepas tindakannya melakukan pembedahan untuk membuang kemaluan menyebabkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut.
Dr Anuj Kumar dipercayai melakukan jenayah pembedahan tersebut hanya semata-mata untuk memastikan ramalannya sebelum ini yang mengatakan bayi yang bakal dilahirkan itu sebagai bayi perempuan adalah tepat.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah klinik kesihatan persendirian miliknya di daerah Chatra, Jharkhand.
Polis yang menerima laporan daripada ibu bapa mangsa, Guriya Devi dan Anil Panda kemudian bertindak menahan doktor terbabit.
Menurut pihak polis, ibu mangsa memberitahu bahawa suspek telah melakukan ujian ultrasound terhadapnya dan mengesahkan bahawa bayi yang dikandung adalah bayi perempuan.
Pasangan tersebut mendapatkan perkhidmatan suspek dengan bayaran sebanyak RM 998 bagi proses kelahiran melalui pembedahan.
Ibu mangsa juga memberitahu bahawa suspek kemudian telah mengambil bayi tersebut selepas pembedahan selesai dijalankan.
Suspek kemudian didakwa bertindak melakukan pembedahan ‘kedua; untuk menanggalkan genital bayi lelaki tersebut. Suspek seterusnya mendapatkan ibu mangsa untuk menyerahkan bayi tersebut dengan sambil memberitahu bahawa bayi yang dilahirkannya adalah bayi perempuan. Bagaimana pun bayi tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian.
Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena cuba meminta penjelasan daripada kakitangan di klinik tersebut sebelum membuat laporan polis.
”Kami telah menghantar mayat bayi tersebut ke hospital di Chatra Sadar untuk tujuan bedah siasat. Polis yang hadir ke klinik persendirian tersebut mendapati bahawa ia ditutup,” kata Ashok Ram, jurucakap polis.
Menurut Dr. D N Thakur, pemeriksaan yang dijalankan sebelum ini terhadap klinik kesihatan suspek telah menimbulkan tanda tanya mengenai kelayakkannya.
”Suspek tidak dapat menunjukkan dokumen berkaitan yang sah. Kami ada memintanya untuk menghantar salinan lesen amalan perubatannya dan untuk menjalankan perniagaan klinik persendirian sebelum 16 April, namun suspek gagal berbuat demikian,” kata Dr. Ahok Ram.
Pihak polis masih menjalankan sisatan, sekiranya suspek didapati bersalah, dia boleh dihukum atas kesalahan membunuh dan operasi klinik miliknya boleh ditutup.
Sumber : Telegraph IndiaVia: Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan