ads1

Ahad, 13 Mei 2018

Baru Berusia Dua Tahun, Aksi Bayi Ini Bermain Skateboard Sambil Menghisap Puting Memang Mengagumkan

Aksi kanak-kanak memang tidak pernah menghampakan dan selalunya menghiburkan. Gelagat mereka yang sentiasa innocent itu mampu membuatkan ramai orang yang cair melihatnya.
Namun, bagaimanakah reaksi orang setelah melihat seorang bayi yang baru berusia dua tahun mampu bermain skateboard seperti gaya seorang professional?
Wyatt yang baru berusia 22 bulan dan berasal daripada New Zealand ini bukanlah seperti kanak-kanak lain sebayanya kerana memiliki berkebolehan bermain skateboard.
Di dalam video ini, Wyatt yang dilihat sedang meminum susu kemudian menghisap puting sebelum beraksi dengan papan selajunya.
Wyatt yang merupakan ahli termuda kelab Young Guns Skate School di Auckland, New Zealand ini menyertai kelab itu bersama-sama dengan adik-beradiknya yang lain.
Menurut jurulatihnya, Simon Thorp yang Wyatt sebenarnya belajar untuk bermain skateboard sambil belajar berjalan pada masa yang sama.
Di dalam klip video yang sama, boleh dilihat betapa yakinnya Wyatt mengendalikan papan selajunya itu. Memakai kostum dinosour, dia memijak naik ke atas papan itu sebelum bergerak laju seperti seorang professional.
Sumber:Taiko tai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan