ads1

Sabtu, 12 Mei 2018

Melihat helah magik buat pertama kali, reaksi orang utan ini terus menjadi tidak tentu arah

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang pengunjung, melawat orang utan dengan niat menunjukkan helah silap mata kepadanya.
Kisah ini akan dipenuhi dengan kegembiraan! Adalah perkara biasa jika pengunjung melawat ke sebuah zoo, menunjukkan kepada orang utan benda-benda seperti cermin muka ataupun telefon bimbit untuk melihat reaksi mereka.
Namun helah itu sudah menjadi kebiasaan bagi orang utan dan mereka tidak menunjukkan rasa minat lagi. Kali ini, seorang pengunjung telah melawat seekor orang utan dan berniat untuk menunjukkan ia helah silap mata.
Apa yang dilakukan lelaki ini ialah mengambil cawan plastik kosong dan meletakkan bunga kering di dalam cawan tersebut. Selepas itu, dia menutup cawan tersebut dan mula menggoncangnya.
Apabila lelaki itu membuka kembali penutup cawan tersebut, dia menunjukkan kembali kepada orang utan itu bahawa bunga kering yang tersimpan di dalam itu telah hilang. Ia berasa sangat terkejut sehingga ia rebah ke lantai dengan tangannya terangkat tinggi.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan