ads1
Jumaat, 4 Mei 2018
''Ingatkan Bekas Gigitan Nyamuk, Rupanya Kanser Bila Tangan Bengkak Ibarat Lengan Animasi Popeye'', Gadis Ini Terima Hakikat Lengan Kirinya Harus Dipotong
Satu pertarungan yang tiada kesudahan dengan kanser selama lima tahun menyaksikan gadis ini terpaksa menanggung derita mengusung tangan kirinya yang membesar persis lengan watak utama animasi popular, Popeye.
Joy Arcilla, 21, yang berasal daripada Filipina pada asalnya mendapati wujudnya satu ketulan kecil pada bahagian bicep tangan kirinya pada tahun 2012. Cuma pada waktu, sangkanya ketulan kecil itu hanyalah disebabkan gigitan nyamuk.
Namun, entah dimana silapnya, ketulan tersebut terus membesar hinggalah dia mendapat tahu ia bukanlah gigitan nyamuk, sebaliknya adalah kanser Ewing's Sarcoma. Ketika dia disahkan menghidapi kanser, umurnya baru sahaja 16 tahun.
Pada tahun 2013, dia menjalani pembedahan dan doktor memberitahu penyakit kanser tersebut telah sembuh. Malangnya, ia datang lagi setahun kemudian memaksa dia menjalani kemoterapi berulang kali.
Disebabkan tidak dapat menahan derita kesan sampingan kemoterapi, gadis ini membuat keputusan untuk menghentikan rawatan tersebut. Hasilnya, ketulan tersebut terus membesar dengan saiz luar biasa.
Selepas mencuba pelbagai rawatan termasuklah rawatan alternatif, tumor tersebut tetap menyerangnya lagi sebanyak 4 kali. Akhirnya keputusan nekad di buat, potong tangan yang diserang kanser itu adalah pilihan terakhir dan ia perlu dilaksanakan pada Disember tahun lalu.
''Saya perasan kewujudan biji kecil pada tangan kiri saya, tetapi saya fikir ia kesan gigitan nyamuk jadi saya biarkan saja. Namun selepas seminggu, saya dapati ia tidak hilang dan seperti membesar. Ketulan itu keras tetapi tidak sakit.
''Apabila saya mengetahui saya menghidapi kanser, saya sangat takut dan menangis. Saya teringat masa depan saya dan segalanya. Saya berhenti belajar supaya saya dapat menumpukan pada proses rawatan,'' kata Arcilla.
Ketika cubaan pertamanya mendapatkan rawatan kemoterapi, dia hanya mampu bertahan selama lima pusingan sahaja.
''Dalam pusingan kelima atau keenam kemoterapi saya, saya sangat lemah dari segi fizikal, emosi dan mental,'' katanya lagi.
''Saya mencuba pelbagai rawatan alternatif, malah saya sangat menjaga pemakanan saya. Saya ubah gaya hidup dan makan sayuran serta buah-buahan.
''Tetapi ia datang semula dan agresif.
''Kemudian saya sedar, tangan kiri saya perlu dipotong, dan ia dilakukan tahun lepas.
''Saya akui saya amat sedih, tetapi ia perlu dilakukan supaya kanser tersebut tidak merebak ke anggota badan yang lain.
''Ada kalanya saya merasa amat tertekan. Tetapi dengan kasih sayang dan semangat keluarga, saya berjaya laluinya.
''Inspirasi bagi saya apabila melihat kanak-kanak yang menderita penyakit kronik masih tetap tersenyum riang.''
Sumber : Dailymail
Kredit:siakapkeli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan