GAMBAR HIASAN, KREDIT THIERRYCOULON.COM
Saya di sini bukan mahu membuka aib sendiri dan isteri. Saya ini sudah berkahwin hampir 20 tahun. Saya berkahwin di dalam usia yang muda, sekitar awal 20-an.
Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata. Pada awal perkahwinan kami, kehidupan kami memang tidak ubah seperti pasangan yang bahagia. Biasalah resam rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Itu saya akui.
Bila lahirnya anak pertama kami, hubungan intim saya dengan isteri masih okay, tetapi apabila lahirnya anak kedua kami, hubungan kelamin kami menjadi semakin hambar dan situasi menjadi bertambah teruk selepas kelahiran anak ketiga kami.
Hubungan kami menjadi semakin dingin dan tiada lagi kemesraan di antara kami. Saya pun tidak tahu di manakah puncanya. Pejam celik, rupanya sudah bertahun saya tidur tanpa teman. Kisah ini berpunca apabila mula kelahiran anak yang kedua, isteri kata anak selalu bangun tengah malam, susah mahu buat susu.
Maklumlah, rumah kami dua tingkat. Jadi saya pun memberikan kebenaran untuk isteri tidur di tingkat bawah. Tetapi apabila saya mengajak isteri untuk bersama, bermacam-macam alasan yang diberinya. Adalah di dalam tempoh tiga hingga empat bulan, kami persama sekali dua.
Perkara ini berlanjutaan sehingga lahirnya anak kami yang ketiga. Saya mula mengira dan menanda malam-malam yang hambar apabila kemahuan saya untuk bersama isteri sering ditolak. Saya cuba untuk menjadi seorang yang redha dengan ketentuan yang diberikan.
Walaupun di dalam masa yang sama, bisikan syaitan sentiasa berlegar di dalam kepala, saya kuatkan diri untuk tidak mula belajar ‘makan’ di luar. Saya sayang isteri dan keluarga saya. Saya tidak pernah tinggal solat untuk saya menghindari perbuatan keji dan mungkar. Saya tetap mencuba. Saya cuba biasakan diri dengan keadaan ini.
Tiba-tiba saya terperasan sendiri kenapa saya tiba-tiba tiada lagi perasaan ataupun nafsu untuk bersama dengan isteri. Perasaan itu hilang secara tiba-tiba. Saya cuba untuk bersama isteri, namun masih sama jawapan daripada isteri. Begitulah,
Saya takut saya akan hilang terus rasa dan nafsu untuk isteri. Entah takdir tuhan tiba-tiba menjengah saya. Dipendekkan cerita, saya mula mengenali seorang wanita yang berstatus janda anak seorang, orangnya solehah, ibu yang baik. Satu ciri yang kurang pun saya tidak nampak.
Pada mulanya, saya hanya berkawan sahaja dengannya walaupun kadang-kadang dia cuba untuk mendapatkan kepastian sama ada saya benar-benar berminat dengannya atau pun sekadar mahu berkawan saja.
Jujur saya tiada perasan apa-apa untuk wanita ini kerana hati saya masih untuk isteri dan anak-anak saya. Tetapi bila memikirkan kehendak nafsu, semua pun boleh jadi.
Saya pun bermuhasabah diri sendiri, beristiqomah dan sering meminta supaya ditunjukkan ke jalan yang benar. Pernah juga saya beritahu kepada isteri saya bahawa saya ada mengenali seorang wanita lain. Mungkin isteri saya ingatkan saya hanya berjenaka semata-mata.
Sumber: sehinggit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan