ads1

Ahad, 6 Mei 2018

Kisah Gajah Betina Tyke, Yang Menjadi Simbol Menentang Penderaan Haiwan Sarkas

membuat persembahan sarkas antarabangsa di Honolulu, Hawaii. Asalnya pada tahun 1973, Tyke ditangkap semasa masih baby dan kemudian dihantar ke USA untuk menjadi haiwan pertunjukan di sarkas.
Pada usia Tyke 20 tahun iaitu 21 April 1993, Tyke melepaskan diri melalui pintu depan Jaffa Shrine Centre, di Altoona Pennsylvania semasa sedang membuat satu persembahan dan dibiarkan saja mengamuk selama sejam. Ini menyebabkan kerosakan berjumlah USD 14,000. Satu afidavit yang didapatkan dari seorang pekerja sarkas oleh USDA hari berikutnya menyatakan bahawa Tyke telah menyerang seorang pelatih harimau semasa pertunjukan di Altoona. Pada 23 Julai 1993, Tyke mengamuk dalam satu festival di North Dakota, memijak dan mencederakan seorang jurulatih dan menakutkan orang ramai apabila berlari tanpa kawalan selama 25 minit.
Menurut dokumen USDA dan penguatkuasaan undang-unang Kanada, semasa Tyke membuat persembahan dengan Sarkas Tarzan Zerbini, jurulatih Tyke dilihat memukul gajah itu di hadapan orang ramai ke tahap gajah itu menjerit dan membongkokkan badan menggunakan tiga kaki untuk mengelak pukulan jurulatihnya. Tyke dikatakan terlalu takut sehinggakan dia menjerit dan cuba menjauhkan diri apabila jurulatihnya berjalan berdekatan dengannya.
Pada 20 Ogos 1994, semasa satu persembahan yang dihadiri ramai orang termasuk kanak-kanak di Pusat Neal Bleisdell, Honolulu, Hawaii, Tyke telah menyerangnya juruhiasnya, Dallas Beckwith dengan menendang dan memijak lelaki itu. Dallas kelihatan tidak melawan dan seolah-olah seperti patung ditolak-tolak oleh Tyke dengan kaki.
Pada masa ini, orang ramai mulai panik dan jurulatih Tyke, Allan Campbell telah memasuki gelanggang dan cuba menghentikan Tyke. Namun Tyke telah menyerang Allan, dengan memijak, menendang dan menekan dada Allan dengan belalainya sehingga Allan tidak bergerak lagi.
Kemudian, Tyke masih sambung menyerang David, sebelum keluar dari bangunan itu. Tyke kemudiannya, merempuh keluar pagar ke jalanan pusat perniagaan daerah Kakaako selama lebih setengah jam. Pada masa ini, Tyke cuba menyerang Steve Hirano yang cuba menghentikannya, Steve hampir dipijak oleh Tyke sebelum polis melepaskan tembakan. Disebabkan itu, Tyke menjauhkan diri dari Hirano. Gagal untuk menenangkan gajah itu, polis tempatan seterusnya melepaskan tembakan ke arah Tyke.
Tyke terima 86 das tembakan dalam masa 30 minit, menyebabkan dia akhirnya jatuh di jalan raya dan mati. Amukan Tyke dirakamkan oleh pelawat dan saksi menggunakan perakam pita video, terdapat juga satu rakaman profesional yang dibuat Steve (yang merupakan seorang penerbit tempatan) dan juga insiden Tyke ditembak (yang berlaku di luar bangunan).
Berikutan insiden itu, Tyke menjadi simbol tragedi sarkas dan simbol hak haiwan. Saman telah difailkan terhadap Bandar Honolulu, negeri Hawaii, pertunjukan sarkas itu, pemilik Tyke, John Cuneo Jr. dan syarikatnya Hawthorn Corp.
Peguam Honolulu, Fenton Sink telah menyaman Cuneo bagi pihak ramai plaintif, termasuk kanak-kanak, yang mengalami trauma psikologi setelah menyaksikan Tyke dibunuh. Kes saman ini kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah, untuk sejumlah pampasan yang tidak didedahkan amaunnya kepada umum.
Autopsi Allen Campbell mendedahkan bahawa kematiannya disebabkan kecederaan dalaman yang teruk, termasuk keretakan tempurung kepala dan tulang dada. Alkohol dan dadah kokain juga ditemui dalam darah Allen. Staf Zoo Denver mengesahkan terdapat aduan mengenai penderaan haiwan yang difailkan terhadap Campbell di hujung 80-an apabila dia melatih perkhidmatan menunggang unta dan seekor gajah di bandar itu.
Insiden Tyke ini mengingatkan kita, bahawa perosak muka bumi ini, tak lain an tak bukan ialah manusia. Untuk hiburan kita, haiwan seperti Tyke dipisahkan dari ibunya dan kumpulannya, diseksa supaya mengikut kata dan mempersembahkan pelbagai tricks di pertunjukan sarkas. Gajah macam Tyke memberontak dan akhirnya meletus macam gunung berapi yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Semasa Tyke ditembak, ada yang menangis melihatnya di tepi jalan. Ini tak mengubah hakikat bahawa Tyke telah mati tetapi perubahan boleh bermula bila kita semua ada kesedaran. Apa yang kita boleh buat, ialah boikot sebarang bentuk perusahaan yang mendera haiwan untuk hiburan.
Kalau nak tengok sarkas, jangan tengok yang ada haiwan. Kalau melancong, elakkan dari menunggang sebarang jenis haiwan. Apabila tiada permintaan maka tiada penawaran. Dengan itu, tidak akan ada Tyke yang lain di masa akan datang.
Satu lagi yang kita patut sedar, haiwan macam gajah sebenarnya mempunyai kepintaran sendiri dan emosional. Mereka boleh berfikir, mempunyai perasaan dan mengimpikan sesuatu, sama macam kita. So naturally, mereka juga mahukan kebebasan, hidup dengan keluarga, serta dihormati sama macam kita.
Sumber : Santeira
Kredit:Taiko Tai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan