Sharon Carter merupakan pemilik bagi satu perniagaan menjual kek cawan secara kecil-kecilan dikenali sebagai Mrs. C’s Cupcakes.
Ibu kepada empat orang anak yang masih kecil ini telah melalui pelbagai halangan dan rintangan sepanjang hidupnya.
Pada mulanya, Carter disahkan menghidap kanser ovari. Tidak lama kemudian, dia kehilangan adik bongsunya. Beberapa tahun selepas itu, salah seorang anak lelakinya pula disahkan menghidap penyakit sakit tulang belakang.
Dugaan yang terus-terusan melanda kehidupan Carter membuatkan kewangannya semakin berkurangan memandangkan dia perlu menampung bil perubatan diri serta anaknya.
Pada suatu hari, seorang pelanggan datang ke kedainya untuk memulangkan sekotak kek cawan yang dibeli dari kedai Carter. Menurut pelanggan wanita tersebut, kesemua kek cawan itu sudah basi dan tidak elok untuk dimakan.
Carter kemudiannya cuba untuk membetulkan keadaan dan menawarkan untuk memberikan kek cawan yang baru atau memulangkan semula wang kepada pelanggan tersebut.
Pelanggan wanita berkenaan kemudiannya menghubungi majikannya dan meminta supaya majikannya memasuki kedai tersebut untuk berbincang mengenai masalah tersebut.
Sebagai pemilik kedai, pastinya Carter berasa sangat gementar. Sebaik sahaja majikan wanita berkenaan tiba, Carter berkata, “Saya mahu pelanggan saya gembira. Jadi saya sanggup untuk…”
“Kek awak memang akan basi dalam masa satu hari ke? Tiada sesiapa pernah mengadu tentang ini?”
Belum sempat Carter berbicara, majikan wanita berkenaan mula menyampuk dan seolah-olah mahu memarahi Carter kerana memberikan kek cawan yang sudah tidak elok dimakan.
Pelanggan tersebut turut mendakwa kek cawan Carter mempunyai rasa sabun. Mendengarkan komen tersebut, Carter hampir sahaja rebah. Sejujurnya dia tidak menyangka akan menerima dugaan seperti itu di dalam kedainya.
Beberapa minit kemudian, pelanggan berkenaan meminta Carter untuk merasai sendiri kek cawan yang dibuatnya. Mahu atau tidak, Carter terpaksa bersetuju dan sebaik sahaja dia membuka kotak kek cawan berkenaan…
“Tidak!!!!!”, jerit Carter.
Carter ternyata sangat terkejut kerana mendapati terdapat lambakan wang tunai bernilai RM32,484 di dalamnya. Terkejut dan tidak mempercayai apa yang baru berlaku, air mata Carter terus mengalir.
Rupanya, pelanggan berkenaan merupakan seorang pengacara radio di Australia yang lebih dikenali dengan nama Jackie O. Menurut beliau, dia mendapat tahu mengenai kepayahan hidup Carter lalu memutuskan untuk menghulurkan bantuan.
“Tahun ini adalah tahun yang sukar bagi saya,” ujar Carter.
“Bolehlah saya pulang ke rumah untuk menyambut Hari Natal. Akhirnya kami boleh melakukan sesuatu yang anak saya mahukan”.
Menyentuh perasaan! Saksikan video penuh ‘prank’ di bawah.
Sumber : erabaru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan