ads1

Khamis, 10 Mei 2018

NEGARA MANA YANG PALING PEDULI TENTANG CUTI IBU BERSALIN!

NEGARA MANA YANG PALING PEDULI TENTANG CUTI IBU BERSALIN!
 Di Malaysia cuti bersalin 90 hari gaji berbayar. Bapa boleh bercuti maybe 5 days. Itupun kalau company baik hati. Yang cuti 2 hari sahajapun ada. Anymore than that kena tolak annual leave. Mari bezakan Malaysia dengan negara-negara lain dunia. Ya, kelihatan Paling power Vietnam. Negara kapir komunis laknat paling jaga kebajikan rupanya!

Sumber: awani
Cuti bersalin di Malaysia: Apa anda patut tahu
Sering kali kita dengar orang mengambil cuti bersalin, namun sejauh mana pengetahuan kita tentang hak bakal ibu tentang cuti bersalin mereka? Ikuti perkongsian ini.
Undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap Akta Kerja 1955
Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44. Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan. Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:
pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu juga layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga lima orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin

Cuti Bersalin (Meternity Leave)
Cuti Bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 hari berturut-turut. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955)
Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
Faedah Bersalin (Maternity Allowance)
Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa bagi pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin nya.
Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.
Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin
Notis rasmi cuti bersalin
Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya empat bulan dari tarikh bersalin anda. Notis rasmi ini perlu dihantat ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Gagal memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun .
Suami juga cuti bersalin?
Undang-undang rasmi seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, namun kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini. Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin tujuh hari; segelinter kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari. Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa. Apa-apa pun, cuti ‘paternity’ bergantung kepada syarikat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih jelas dengan hak anda untuk cuti bersalin nanti. Selamat membaca.
Sumber: Theasianparent

Tiada ulasan:

Catat Ulasan