Pada suatu musim bunga dalam tahun 1999, Chrissy Steltz telah mengadakan satu parti bersama teman lelakinya. Ia berakhir dengan tragedi dan trauma seumur hidup apabila selaras senapang patah telah terlepas tembakan dan menghancurkan muka Chrissy sehingga menyebabkan dia menjadi buta dan kehilangan hidung.
Chrissy berkongsi menjadi tuan rumah bersama teman lelakinya, Will O’Brien apabila parti itu diadakan di rumah Will. Seorang tetamu telah menemui satu laras senapang patah di bawah sofa dan bermain dengannya. Chrissy telah meminta lelaki ini meletakkannya kembali sebelum ada sesiapa yang akan tercedera. Kawan lelakinya ini kemudian berkata, “Oh, jangan risaulah. Lihat, bukan ada peluru pun.”
Hari itu sepatutnya menjadi hari yang menyeronokkan buat Chrissy Steltz dan rakan-rakannya
Tidak lama selepas itu, satu picu telah dilepaskan dengan bunyi tembakan kedengaran dan Chrissy Steltz menjadi mangsanya. Tembakan itu mengenai pada mukanya dan darah mengalir dengan banyak di atas lantai. Chrissy hampir tidak sedarkan diri. Will O’Brien menjadi panik apabila melihat teman wanitanya telah rebah dan berlumuran darah.
Will berkata, “Saya tidak tahu sama ada kamu pernah melihat haiwan yang cedera parah sedang cuba untuk bangun. Itu yang saya lihat. Satu badan yang telah cedera parah dan tiada harapan untuk hidup, tetapi badan ini masih cuba bertahan. Chrissy sedang cuba untuk bangun.”
Chrissy Steltz tinggal bersama Will O’Brien apabila insiden tembakan tidak disengajakan itu berlaku.
Chrissy telah dikejarkan ke hospital. Pakar bedah telah bekerja bertungkus lumus dan akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa Chrissy. Akan tetapi, kerosakan pada wajah Chrissy amat dahsyat dan mengerikan.
Pakar bedah, Dr. Eric Dierks berkata, “Tembakan itu telah menanggalkan keseluruhan soket mata kirinya, merosakkan kesemua bahagian hidung dan keseluruhan struktur penahan bahagian pertengahan wajah. Mata kanannya telah rosak teruk sehingga dia akan kehilangan penglihatan secara kekal.”
Doktor pakar memberikan ubat supaya membolehkan Chrissy menjadi koma selama 6 minggu dan pakar bedah telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan struktur wajah Chrissy yang masih tertinggal.
Apabila Chrissy telah bangkit daripada koma, kecederaan yang dialaminya amat sukar untuk dijelaskan. Chrissy tidak lagi dapat menghidu atau melihat. Deria rasa dan pendengarannya juga turut terjejas.
Chrissy juga mengalami kerosakan otak. Butiran peluru kecil dari senapang patah itu telah bertaburan memasuki bahagian dalam otaknya dan para doktor tidak dapat mengeluarkannya bagi mengelak kecederaan yang lebih teruk.
Chrissy menyedari kecederaan pada wajah yang dialaminya amat serius dan berasa amat sedih. Tetapi dalam keadaan yang bersemangat luar biasa, Chrissy telah memutuskan untuk berjuang meneruskan kehidupan dengan sedaya upayanya.
Wanita tabah ini berkata, “Saya menerima kenyataan yang perkara ini telah berlaku kepada saya dengan penglihatan ini telah hilang dan ia tidak akan pulih kembali. Kalaulah saya tahu, saya boleh duduk sahaja dengan mengadakan parti yang bosan, atau bertindak balas dengan cara yang betul.”
Ketika dalam proses pemulihan, Chrissy Steltz telah mempelajari tulisan Braille dan berjalan menggunakan tongkat. Chrissy juga telah menyambung persekolahan sehingga tamat dengan mendapat keputusan cemerlang.
Will O’Brien akhirnya telah memutuskan hubungan dengan Chrissy, dan kemudian wanita ini telah jatuh cinta dengan seorang lelaki buta bernama Geoffrey Dilger.
Pasangan ini kemudian telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Geoffrey Dilger Jr.
Chrissy Steltz terpaksa memakai topeng muka atau penutup mata sepanjang masa bagi menutup mata dan hidungnya yang tiada. Pada tahun 2010, sekumpulan doktor telah menjalankan satu eksperimentasi dengan mencipta wajah prostetik yang khas buat Chrissy.
Anak lelaki Chrissy telah menjadi pendorong yang terkuat buat Chrissy meneruskan prosedur pembentukan wajah baru tersebut. Chrissy mahu anak lelakinya membesar dengan mengenali ibunya sebagai seorang yang biasa di siang hari berbanding melihatnya dengan memakai penutup mata dan topeng.
Satu silikon khas telah digunakan untuk membentuk wajah prostetik itu. Para doktor telah mengalihkan tisu yang rosak dari wajah Chrissy dan membentuk satu laluan untuknya bernafas. Implan pergigian telah ditambah pada tulang mukanya. Wajah baru itu di struktur dan dipasang menggunakan skru, plat keluli, kepingan kulit dan tulang daripada kaki kiri Chrissy.
Hasil wajah yang amat mengagumkan bersama rupa dengan tambahan alat kosmetik, yang dibakar dengan suhu yang sesuai di atas silikon itu.
Para doktor dan jururawat menghabiskan banyak masa dan tenaga mereka secara percuma dalam pembentukan prosedur wajah ini berikutan syarikat insuran Chrissy tidak memberi perlindungan yang khusus ke atasnya. Kos membina semula wajah ini telah menelan belanja sebanyak RM315,000.
Kini ahli keluarga dan rakan-rakan Chrissy Steltz berasa amat gembira dapat melihat wajahnya yang baru.
Wajah prostetik ini akan ditukar dalam jangka masa beberapa tahun akan datang, tetapi Chrissy Steltz tidak mengharapkan apa-apa lagi selain berasa bersyukur. Hati dan fikiran Chrissy menjadi sedikit lega apabila anak lelakinya akan dapat melihat wajahnya yang realistik dan normal seperti wajah orang lain.
Sumber:mediahijrah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan