ads1
Rabu, 16 Mei 2018
Saksikan Pelbagai Peristiwa Ngeri, Wanita 129 Tahun Ini Anggap Umur Panjangnya Bukan Anugerah, Tetapi Hukuman Dari Tuhan
Seorang wanita di Rusia mendakwa dirinya adalah manusia paling tua di dunia, namun menganggap ulang tahun kelahirannya yang ke 129, bulan depan, sebagai 'hukuman' dari Tuhan.
Koku Istambulova yang berasal dari Chehnya berkata, dia tidak pernah merasa gembira menjalani kehidupan hariannya, dan tidak tahu bagaimana dia mampu hidup selama ini.
Istambulova mengakui dirinya tidak makan daging namun amat menggemari susu yang ditapai, percaya kesempatan untuk hidup setua ini adalah dengan keizinan Tuhan.
Dakwaan yang menyatakan Istambulova bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 129 dibuat oleh kerajaan Rusia berdasarkan kad pengenalan dirinya, yang menunjukkan dia dilahirkan pada 1 Jun 1889.
Jika dakwaan itu benar, ini bermakna Istambulova pernah menjadi saksi kepada Revolusi Rusia yang menggulingkan Tsar Nicholas II ketika umurnya 27 tahun. Pada umur 55 tahun, dia melihat Perang Dunia Kedua tamat. Ketika Kesatuan Soviet runtuh, Istambulova berusia 102 tahun.
Malah wanita ini masih ingat bagaimana suasana perang ketika kereta kebal angkatan tentera Nazi melintasi halaman rumahnya.
Dia juga pernah melalui peristiwa dimana dia dan keluarganya serta seluruh bangsa Chechnya dihalau ke Kazakhtan dan Siberia oleh Stalin yang mendakwa mereka membantu Nazi ketika perang.
''Ia dengan izin Tuhan, saya tidak melakukan apa-apa,'' jawab Istambulova ketika di soal wartawan.
''Saya lihat mereka (berumur panjang) bersukan, minikmati juadah yang enak, kekal sihat, tetapi saya tidak tahu kenapa saya hidup selama ini.
''Saya langsung tidak gembira dengan hari saya. Saya sentiasa bekerja keras dan bercucuk tanam.
''Penat. Dipanjangkan umur bukan hadiah dari Tuhan, tapi ia hukuman,'' ujarnya lagi.
Walaupun Istambulova masih boleh berjalan dan menyara diri sendiri, namun penglihatannya semakin kabur.
Disepanjang usianya, dia sudah merasai kehilangan ramai orang tersayang. Beberapa orang anaknya sudahpun meninggal dunia termasuklah ada yang meninggal pada usia 6 tahun.
''Saya menempuhi pelbagai peristiwa, Perang Saudara di Rusia (selepas Revolusi Bolshevik), Perang Dunia Ke-2, perpecahan negara yang dialami Rusia pada 1944 dan dua Perang Chechnya.
''Dan sekarang, saya pasti hidup saya bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Saya masih ingat pengalaman menakutkan melihat kereta kebal Nazi melintasi rumah kami.
''Kami menyorok di dalam rumah, namun bagi saya, pengalaman hidup di Kazakhstan adalah yang paling sukar.
''Ketika dalam buangan, kami tinggal di Siberia dan Kazakhstan, namun orang-orang Kazakh amat membenci kami (Chechnya).
''Setiap hari saya bermimpi untuk pulang kembali ke negara sendiri. Saya meluangkan masa bercucuk tanam dan ia dapat mengurangkan sedikit kerinduan pada kampung halaman, namun jiwa saya tetap mahu pulang,'' ujarnya lagi.
Istambulova juga masih ingat bagaimana etika pemakaian Islam mula melonggar selepas tamatnya pemerintahan Tsar.
''Kami dibesarkan dengan peraturan yang sangat ketat dan pemakaian kami juga sopan.
''Saya masih ingat bagaimana saya dipukul oleh nenek kerana memakai pakaian yang menampakkan leher. Dan kemudian era Soviet tiba, wanita-wanita mula mengenakan pakaian yang lebih moden,'' katanya.
''Melihat kembali hidup saya yang tidak menggembirakan, saya berharap saya mati di usia muda. Saya bekerja setiap hari dan tiada masa untuk berhibur.
''Kerja saya kalau tidak menggembur tanah, saya akan menanam tembikai. Ketika saya bekerja, hari saya berlalu satu per satu. Kini saya tidak lagi 'hidup', tetapi 'diheret' melaluinya,'' rintih Istambulova.
Sumber : Dailymail
Kredit:Siakapkeli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan