Agama Islam mungkin bukanlah agama yang terkenal di Korea Selatan namun penyebaran di negara pengeluar Samyang itu semakin meluas kerana sudah ramai rakyat di negara tersebut telah pun memeluk Islam termasuk selebriti.
Ini terbukti apabila salah seorang gadis cantik daripada kumpulan K-Pop F-VE Dolls iaitu Ji-Hye Moon atau lebih dikenali sebagai Ayana Ji-Hye Moon telah memeluk Islam pada tahun 2012.
Gadis berusia 23 tahun mula menjadi perhatian apabila mula memuat naik gambarnya yang berhijab pada November 2015.
Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Seoul itu juga pernah datang ke Malaysia dan Indonesia untuk beberapa sesi temubual dan berkawan rapat dengan salah seorang Instafamous Malaysia iaitu Farah Lee.
Ayana yang menggunakan nama @xolovelyayana di laman Instagram miliknya telah membuat pengakuan bahawa wajahnya adalah semula jadi dan tidak melakukan apa-apa pembedahan.
Walau bagaimanapun, kumpulan itu telah dibubarkan pada penghujung tahun 2015 dan antara lagu yang menjadi siulan peminat adalah Lip Stains, Your Words atau Like This or That.
Beruntung Ayana Jihye Moon kerana diberikan hidayah untuk memeluk Islam dimana hanya individu tertentu sahaja dipilih untuk mendapat petunjuk.Semoga agama Islam lebih meluas ke negara lain.
Memang akan banyak cabaran pada awalnya namun anggap saja itu adalah ujian Allah untuk menguji setebal mana pendirian kita terhadap Islam.Apa pun, kita harus berdoa, istiqamah dan percaya Allah takkan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNya.
Sumber : Ayana JiHye Moon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan