Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang? Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang ‘menghadiahkan’ dengan sepak terajang. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?
Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.
Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.
Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pelik…
3.45pm : Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati.. Jika RASULALLAH nampak, baginda mesti sedih.. sebab baginda sayang pada kucing… Niat sebab Rasulallah.
6.00 pm : Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak.
6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr… apasal free? Cashier cakap nasi ni tak perlu bayar… Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free? Aku tak kenal pon tokey restoran ini.
Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya.
Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelik, dan agak seram juga. Apa pendapat korang?
Tu laa gambar budak 2 ekor.
Lepas dapat nasi free, aku terus tangkap 1 keping gambar nasi dgn makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.
kredit:siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan