ads1

Ahad, 24 Jun 2018

Dia meninggal sebab consume local produk sejak 10 tahun lalu'


Perkongsian mengenai keburukan produk timbang kilo yang banyak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Ada yang meninggal dunia, ada yang organ dalamannya rosak disebabkan produk-produk sampah ini, dan banyak lagi kes-kes yang melibatkan produk berbahaya ini. 

Semoga menjadi pengajaran kepada semua khususnya golongan wanita. Manfaatkan perkongsian dari Khairul Yoi dan @darl_lingg ini. 

Ambil sebagai iktibar. Dah banyak cerita yang menakutkan yang aku dapat sepanjang aku jadi pembanteras produk sampah ini. 
  1. Kencing jadi hijau sebab supplement pemutih. Hijau der, hijau. Betul punya barai buah pinggang dia.
  2. Meninggal dunia sebab jamu kurus.
  3. Hati rosak sebab injection + supplement pemutih (serbuk mutiara).
  4. Kandungan gugur sebab produk bermerkuri.
  5. Rahim kena buang sebab jamu ketat vachina.
  6. Vachina melekat sampai tak boleh buka, terpaksa pergi hospital (jamu sumbat dalam vachina).
  7. Kidney rosak sebab supplement kurus badan lemon.
  8. Muka barai sebab produk bermerkuri.
  9. Meninggal dunia sebab drip pemutihan.
  10. Barah payudara sebab consume produk besarkan tetek.
  11. Bayi meninggal dunia sebab diberi supplement.

Siapa yang follow aku dari akaun pertama mesti tak terlepas punya cerita-cerita di atas ini. Korang nak jadi mangsa terbaru ke? Mana tahu boleh viral sebagai jenazah popular tahun ini. Dah banyak kali doktor larang ambil benda-benda sampah ini. I've done my part, the choice is yours. - Khairul Yoi.

OKAY guys, saya nak cerita tentang arwah jiran yang meninggal dunia semalam sebab consume local product sejak 10 tahun yang lalu. Ini adalah bebenang.

Saya tak kenal sangat arwah jiran ini. Ini mak saya yang ceritakan kepada saya. Satu hari, ada jiran lain yang beritahu arwah itu sakit dan dimasukkan ke hospital sebab kerosakan buah pinggang dan hati. 

Selepas diperiksa, doktor dapati mengesan puncanya adalah disebabkan oleh produk kosmetik yang dia consume. Tetapi maaf, saya tak tahu produk apa yang digunakannya itu. Saya tanya mak, dia pun tak tahu tetapi saya percaya ia adalah produk lokal. 

Mak saya pernah berjumpa arwah jiran ini beberapa kali dan muka dia memang cantik, putih pink-pink begitu dan semua orang tahu dia consume product dan pakai krim kosmetik something like that. 

Selepas beberapa tahun menggunakan produk itu, satu hari itu dia terkena sawan. Kemudian melarat ke sakit buah pinggang dan merebak ke hati serta menyebabkan mata dia menjadi rabun teruk. 

Last time ada orang melawat, dia memang dah terlantar tak boleh bangun sangat sebab dah tak terdaya dan tambahan pula mata dia sudah rabun tak nampak. 

Arwah meninggal dunia pagi semalam di hospital dan umur dia pada ketika itu lingkungan 40-an. Pemergiannya meninggalkan suami dan anak berusia 2/3 bulan (tak pasti berapa usia anaknya). 

Jadi di sini, saya merayu kepada orang ramai berhenti dari merosakkan badan anda sendiri. Sudah banyak kali orang katakan tentang keburukan produk krim timbang kilo yang mengandungi merkuri, kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 

You bayangkan, dia memang cantik, muka putih flawlesslah orang cakap. Selepas 10 tahun lebih dia dapat macam-macam penyakit dan badan dia tak mampu bertahan, akhirnya dia meninggal dunia. 

Saya harap anda semua belilah produk yang selamat. Jangan malas buat research tentang kulit anda. Cari produk yang diyakini selamat, jangan samakan kulit anda dengan orang lain. Hanya anda saja yang tahu diri anda dan kena sayangkan diri anda. 

Saya buat thread ini supaya kita semua jaga diri masing-masing, sayangi diri. Apa guna cantik sekarang tetapi menderita di kemudian hari? Betul tak? 

kredit:thereporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan