ads1

Ahad, 24 Jun 2018

Dua ekor kucing peliharaan memberikan kejutan kepada pemiliknya dengan kehadiran teman baru mereka

Dua ekor kucing yang sedang bermain di luar kaki lima, didatangi oleh sepasang ekor helang untuk menemani mereka bermain. Pemilik kucing peliharaan itu lantas merakam situasi yang berlaku.
Dua ekor kucing peliharaan memberikan kejutan kepada pemiliknya dengan kehadiran teman baru mereka
 

Membesarkan haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing adalah salah satu kegembiraan hidup. Anda dapat mengenali mereka dengan baik atau sekurang-kurangnya berfikir bahawa anda memehami mereka.
Tetapi apabila anda fikir seperti anda telah betul-betul mengenali sifat dan sikap mereka, sesuatu yang diluar jangkaan pasti akan berlaku.
Seperti yang dipaparkan dalam video ini, apabila Pam baru sahaja pulang ke rumah sehari selepas membeli belah, dia mendapati kucingnya bermain seperti biasa di sebuah kaki lima. Tetapi apabila dia memandang ke atas, dia menyedari bahawa mereka sedang bermain dengan teman baru iaitu dua ekor helang.
Tidak dapat bayangkan bagaimana haiwan pemangsa yang hebat ini boleh menjadi teman bagi dua ekor kucingnya bermain. Melihatkan keempat-empat mereka gembira dengan teman masing-masing dan membuatkan situasi tersebut seolah-olah normal apabila Pam mendekatinya.
Pam sedar bahawa ia sebenarnya normal seperti helang datang setiap hari pada musim panas untuk melawat kucingnya di tempat yang sama. Pam memerhati mereka selama berjam-jam sementara dia berada di dapur memasak dan membersihkan rumah.
Helang tersebut tidak pernah menyakitkan kucingnya, malah haiwan peliharaannya  berasa gembira kedatangan mereka setiap hari untuk menemankan mereka.
kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan