ads1

Rabu, 27 Jun 2018

Hilang cincin ketika bercucuk tanam, selepas 13 tahun cincin itu ditemukan semula tetapi dalam keadaan yang tidak disangka-sangka!

Bagi pasangan suami isteri cincin pertunangan dan perkahwinan pastinya memberikan nilai sentimental yang tersendiri. Banyak kenangan yang dikongsi bersama sehingga menjadikan cincin mereka adalah sesuatu yang sangat berharga.
Sama seperti pasangan lain bagi Mary Grams cincin pertunangannya adalah sesuatu yang sangat bernilai buatnya. Walau bagaimanapun cincinnya seringkali tercicir tanpa disedarinya. Namun begitu, nasibnya sangat bertuah kerana setiap kali cincinnya hilang, dia akan menemuinya semula.
Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia kehilangan cincin itu pada suatu hari, sekitar tahun 2004 yang lalu. Walaupun sudah puas dicari di mana-mana dan bertanya kepada ahli keluarganya yang lain, dia tetap gagal menemukan cincin tersebut. Dia hanya menyedari cincinnya hilang selepas dia melakukan kerja-kerja tanaman di taman milik keluarganya. Dia akhirnya putus asa untuk terus mencari mungkin kerana ianya agak mustahil untuk menemukannya semula di taman sebesar itu.
Namun begitu, nasib sekali lagi menyebelahinya apabila dia berjaya menemukan cincin tersebut selepas 13 tahun hilang! Melihat akan keadaan cincin tersebut siapa pun pasti tidak sangka bahawa selama ini rupa-rupanya cincin itu berada di taman tersebut!
Sumber: Flickr
Menantu perempuan Mary, Colleen dikatakan telah ke taman untuk memetik beberapa sayur-sayuran untuk makan malam pada malam itu.
Namun begitu, sewaktu dia sedang mencuci lobak merah dia terlihat akan sesuatu yang aneh pada lobak tersebut.
Sumber: YouTube
“Dia menunjukkan saya lobak merah itu dan berkata, ‘Adakah anda tahu apa-apa tentang ini?’” Kata suaminya Brian, mengingat kembali apa yang ditunjukkan oleh isterinya.
Sumber: YouTube
“Saya berkata, ‘Saya rasa saya tahu, ibu kehilangan cincinnya beberapa tahun lalu.’”

Sumber: Facebook
Mary yang mengetahui akan perkara itu menjadi sangat gembira. Mana tidaknya cincinnya yang hilang 13 tahun dahulu akhirnya ditemukan semula!

Sumber: YouTube
Cincin pertunangan itu sebenarnya telah diberikan oleh suaminya, Norm pada hari pertunangan mereka pada tahun 1951, setahun sebelum mereka berkahwin.
Suaminya walau bagaimanapun telah meninggal dunia pada tahun 2012, dan tidak perasan bahawa cincin yang dia pakai selama lapan tahun terakhir adalah cincin lain, pengganti cincinnya yang hilang.
Sumber: YouTube
“Saya tidak memberitahunya … kerana saya tahu dia akan memberikan saya sesuatu yang lain sebagai ganti,” kata Mary.
Sumber: Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan