ads1

Rabu, 27 Jun 2018

Jawapan lucu kanak-kanak ini apabila ditangkap menconteng cermin ibunya adalah sangat mencuit hati. Comel sungguh!

Kanak-kanak penuh dengan reaksi spontan dan gelagat yang suci dan tidak bersalah. Dan, kita yang dewasa lazimnya akan cair serta-merta dan tidak mampu untuk memarahi mereka. Tambahan pula apabila mereka sudah mula boleh bercakap, lazimnya apa yang dikatakan oleh mereka adalah sangat melucukan!
Jawapan lucu kanak-kanak ini apabila ditangkap menconteng cermin ibunya adalah sangat mencuit hati!

Contohnya, dalam video yang dimuat naik oleh Laura Hopkins dalam laman YouTube ini, seorang kanak-kanak lelaki dilihat menyalahkan watak terkenal Batman apabila dia ditanya tentang siapa gerangan yang menconteng cermin ibunya.
Jawapan spontan oleh kanak-kanak ini telah membuatkan ibunya terkejut dan terus tertawa. Mana tidaknya, mana mungkin watak Batman datang ke rumah mereka dan menconteng cermin di situ! Ianya tidak masuk akal langsung.
Namun, kerana kanak-kanak ini terlalu comel dan menghiburkan, kami pasti dia dimaafkan oleh ibunya. Caranya menjawab juga kelihatan sangat comel! Geram sungguh melihatnya!

kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan