VOLGOGRAD: Ketika dunia hangat memperkatakan kemenangan England membelasah Panama dalam aksi piala dunia semalam, malang bagi seorang peyokong tegarnya, Douglas Moreton.
Moreton telah menempuh perjalanan sejauh 3,200km sebelum menyedari tiketnya tertinggal dalam sebuah laci di rumahnya di Bristol dan membuatnya terlepas menyaksikan pesta gol England ke atas Panama.
Beliau bernasib baik apabila terserempak dengan editor ITV News, Dan Howells, yang kebetulan menginap di hotel yang sama seperti yang dilaporkan portal berita The New Zealand Herald.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian yang menimpa Douglas, editor tersebut terus membantunya dengan memuat naik gambar melalui akaun Twitter disertakan kapsyen berbunyi:
"Ini Douglas, kami menginap di hotel yang sama di Volgograd. Kami baru sahaja bertemu dan beliau telah tertinggal tiket di rumahnya di Bristol. Kalau ada sesiapa yang mempunyai tiket lebih, mohon maklumkan kepada saya."
Usaha Howells itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sekeping tiket yang diberikan seorang pengikutnya di Twitter.
Namun malang sekali lagi menimpa apabila Howell gagal menemui Douglas untuk menyerahkan tiket berkenaan.
Semalam, England membelasah Panama 6-1 dalam saingan kumpulan G.
kredit:penmerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan