Berdasarkan video tersebut, suspek melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.30 malam, Khamis lalu dan kedua-duanya dilihat berjalan bersebelahan sebelum mangsa cuba melarikan diri, namun datang semula selepas dipanggil oleh suspek.
Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki itu kembali tanpa ditemani oleh mangsa.
Difahamkan, mangsa datang ke bandar Gwalior di Madhya Pradesh dengan ibu bapanya untuk menghadiri masjlis perkahwinan sebelum diculik.
Apabila ibu bapanya menyedari kehilangan mangsa dari majlis itu, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudian terus melancarkan gerakan mencari mangsa.
"Mangsa sebelum itu tidur bersebelahan dengan keluarganya di masjlis itu, terjaga pada tengah malam kerana haus. Dia pergi mendapatkan air untuk diminum," memetik kenyataan pegawai polis kepada Hindustan Times.
"Apabila dia tidak pulang ke pangkuan, keluarganya mula risau dan terus mencarinya, tetapi gagal menemui mangsa
Menurut Daily Mail, pemeriksaan video rakaman CCTV membawa kepada penahanan suspek yang juga merupakan kakitangan katering yang diupah oleh keluarga pengantin.
Ketika suspek sedang disoal siasat, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah diserang secara seksual dan mukanya turut mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek keras dipercayai batu besar.
kredit:thereporter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan