Saya sbg pesakit batu krg dlm buah pinggang dan pundi kencing..
Kpd yg kencing xlawas ka,kencing rasa sakit ka,batu karang ka,kencing kotoqka,apa sj la yg bkaitan dgn buah pinggang dan pundi kencing,bole cuba resepi ni…doctor yg bagi..
Dia sgt bagus utk cuci buah pinggang dan pundi kencing..doc pesan cuba amal utk 30 hari..
Seorang lelaki telah membawa pulang dan memelihara seekor kucing comel yang dijumpainya di dalam hutan. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang. Tanpa memikirkan apa-apa, lelaki ini terus memelihara kucing tersebut di rumah.
Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya. Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang berupa lain dari yang lain.
Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”.
Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga…
Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan.
Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terancam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terancam akibat pemburuan haram kerana harganya yang mahal di pasaran.
Bagi bandar-bandar besar, pengebumian ibarat menyewa sebuah tanah, yang setiap tahun harus dilakukan pembayaran. Jika tidak dibayar, maka mayat yang ada di dalamnya boleh dipindahkan bahkan dibuang begitu sahaja di tempat sampah.
Perkara inilah yang terjadi Guatemala, telat membayar yuran perkuburan, maka mayat yang bersangkutan dibuang begitu saja. Tanah perkuburan di negara tersebut memang cukup mahal, sehingga tidak jarang mayat di sana bagaikan berada di “rumah susun.”
Bayangkan saja, untuk satu meter tanah kubur, ada lebih dari empat mayat disusun ke atas. Dan untuk itu, setiap mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut perlu membayar yuran setiap tahun.
Petugas yang hanya berbekal tukul dan menutupi hidungnya, mulai “membersihkan” mayat-mayat dari “tempat tinggalnya”. Mereka tidak ragu untuk memasukkan mayat-mayat yang tinggal tulang tersebut ke dalam beg plastik.
Bahkan sebahagian yang memakai keranda, dibuang begitu sahaja di tempat sampah. Ada juga mayat yang dibiarkan dibawah pokok bersama kerandanya.Tanah perkuburan di sana memang bagaikan “pangsapuri” yang perlu membayar sewa se tiap tahun, tidak peduli dari kalangan mana mayat tersebut berasal.
Jorge Dan Lopez berjaya mengabadikan bagaimana petugas membongkar lubang lkubur, dan menyimpan mayat-mayat di beg plastik, dan pengumpulan, hingga waris terdekatnya membayar wang sewa, jika ingin dikuburkan kembali.
“Pandangan itu mengerikan, mereka menariknya bagaikan sebuah sampah. Setiap sisa-sisa dari tubuh manusia bagaikan sampah yang dibuang begitu sahaja,” kata Lopez.
Seorang budak lelaki berusia 2 tahun bangkit duduk di dalam kerandanya dan meminta air sebelum kembali baring tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku di Brazil itu berlaku sekitar tahun 2012 dan mendapat liputan meluas media tempatan.
Dalam kejadian yang sukar untuk dipercayai itu, doktor mengesahkan bahawa Kelvin Santos berhenti bernafas semasa sedang menerima rawatan bagi penyakit radang paru-paru atau pneumonia yang dihidapinya. Dia menerima rawatan di sebuah hospital di Belem, bahagian utara Brazil.
Dia disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat jam 7.40 petang dan jasadnya telah diserahkan kepada keluarganya di dalam beg plastik.
Dengan perasaan hiba dan hancur luluh, keluarga kanak-kanak itu membawa jasadnya pulang dan saudara mara mula berkumpul dan berkabung sepanjang malam bersama dengan mayat Kelvin diletakkan di dalam keranda yang dibuka penutupnya.
Tetapi, sejam sebelum upacara pengebumiannya dijalankan keesokan harinya, budak lelaki itu tiba-tiba bangun dan duduk di dalam kerandanya sambil berkata, “Ayah, saya nak air boleh?”
Menurut Antonio Santos yang juga bapa kepada budak lelaki itu, “Semua orang mula menjerit, kami tidak mempercayai penglihatan sendiri. Kemudiannya kami berasakan yang keajaiban sedang berlaku dan anak lelaki kami hidup semula.”
“Tetapi selepas itu Kelvin baring semula, sama kedudukannya seperti sebelum dia terjaga. Kami kejutkan dia tetapi tidak berjaya. Dia kembali tidak bernyawa.”
Dengan tergesa-gesa, Encik Santos membawa jasad anaknya itu ke hospital Aberlardo Santos di Belem.
Doktor terus membuat pemeriksaan tetapi mengesahkan yang budak lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia masih hidup.
“Mereka meyakinkan saya yang anak saya sememangnya sudah meninggal dunia tetapi mereka tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai kejadian yang telah kami lihat dan dengar,” katanya.
Keluarga Santos memutuskan untuk menangguhkan upacara pengebumian selama sejam dengan harapan jasad si kecil kembali terjaga. Namun harapan mereka tidak kesampaian.
Mayat Kelvin Santos dikebumikan pada sebelah petang di tanah perkuburan setempat.
Encik Santos telah membuat laporan polis kerana yakin yang anaknya telah menjadi mangsa akibat kecuaian pemeriksaan perubatan. Menurut Encik Santos, “15 minit selepas menjalani resusitasi (prosedur pengepaman jantung), mereka datang berjumpa saya dan memberitahu yang anak saya telah mati, sekaligus menyerahkan mayatnya kepada saya.
Mungkin mereka tidak membuat pemeriksaan secukupnya. Orang mati tidak kembali hidup dan bercakap semata-mata.
Saya bertekad untuk mencari kebenaran. Namun siasatan polis kemudiannya mendapati yang budak lelaki itu berada dalam keadaan sangat kritikal semasa dimasukkan ke hospital.
Dia disahkan meninggal dunia kerana mengalami kegagalan pernafasan jantung (cardiac-respiratory).
Ottawa: Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalkan poligami.
Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.
Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwinannya itu.
Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.
Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.
Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.
Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamentalis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwinan berganda.
Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaskan mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.
Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.
“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitahu tiada hukuman boleh menghalangnya daripada mengamalkan apa yang dipercayainya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.
Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalkan poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.
“Saya bersalah kerana menghidupkan agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikannya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu.
Jika sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita empat ekor anak kucing mati angkara budak-budak datang beraya, dalam dua kes terbaru ini pula melibatkan televisyen (TV) dan ikan peliharaan.
Dalam kes pertama, TV plasma milik saudara kepada Qhalida Qaseh, pecah disebabkan anak tetamunya yang hiperaktif berlari ke sana sini. Apa yang menyedihkan, TV yang dibeli dengan harga RM3,999 itu baru saja diguna dua bulan dan akhirnya menemui ‘ajalnya’ di hari raya.
“Ada keluarga bertandang ke rumah sedara aku. Anak dia hiperaktif gila, mak dia pula marah-marah macam tu saja. Tak ada nak tarik anak, duduk dengan dia diam-diam. Berlari sana sini dan tiba-tiba, GEDEGANG!!!
“TV Plasma jatuh! Berderai baii!! Serpihan berterabur. Terus sedara aku terpekik yang TV itu dia beli dengan harga RM3,999 baru dua bulan rasmi.
“Budak-budak itu terus cuak dan terus berdiri di belakang mak dia. Mak dia pula terkedu, suami dia pula bangun dan terus keluar rumah. Haram punya perangai.
“Mak dia buat-buat marah, selepas itu kata “Pergi kat ayah. Maaflah ye, suami tergesa-gesa keluar, saya kena ikut, nanti kena tinggal.
“Terus sedara aku keluar pergi tarik suami dia.
“Bang, harga tv RM3,999. Bayarlah sekarang ye. Saya kumpul empat kali gaji. Kalau tak bayar, jangan balik. Saya lapor polis dan dakwa korang datang ceroboh dan rosakkan harta benda.”
“Terus suami dia terdiam dan berbincang dengan isterinya. 10 minit kemudian dia datang balik dan kata mampu bayar RM2,000 sahaja. Akhirnya isteri dia gadaikan handphone dan emas untuk cukupkan RM3,999 dan petang itu juga settle.
“Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh, tetapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang. Jangan kata, “Ala, budak-budak biasalah”, kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai, didik tak tahu,” tulisnya.
Sementara itu dalam kes berasingan, Aman Mokthar berkongsi pula kejadian yang menimpa rakannya di mana ikan-ikan peliharaannya mati disebabkan anak-anak tetamu yang datang beraya ke kediamannya.
“Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air dan TV plasma tuan rumah jatuh dan pecah. Kedua-duanya tentang kes datang beraya bawa anak-anak yang hiperaktif tetapi tidak dipantau.
“Sekarang salah seorang rakan saya di Instagram mengatakan ikan-ikan di dalam kolamnya banyak mati disebabkan kes yang sama, bawa anak datang beraya tetapi tidak dipantau dan dijaga.
“Ini kes tabur sebalang makanan di kolam ikan begitu saja, dan ikan tak makan makanan itu serta ia memberikan kesan kepada ikan-ikan itu. Keesokan harinya, 20 ekor ikan semua terapung mati.
“Tolonglah, terutama kepada yang ada anak-anak kecil itu, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Nak bawa anak-anak kecil boleh, tetapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai di tempat orang.
“Ikan-ikan kolam ini bukan murah nak beli. Last gambar itu, ikan itu dah ready nak bertelur tetapi dah sampai ajal. Kasihan tuan rumah. “Lain kalau kalau tahu anak itu dah perangai buas sangat dan diri sendiri tak reti nak kawal, lebih baik tinggalkan saja anak di rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ini datang beraya rumah tau, bukan di padang bola,” tulisnya.
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika ibu bapa mengawasi kelakuan anak-anak mereka apabila datang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Hati tuan rumah mana yang tidak ‘pecah’ jika harta mereka dirosakkan, ditambah pula dengan ada segelintir ibu bapa yang hanya tahu menegah tetapi tidak bertindak melarang anak mereka dengan tegas.
Adab mengunjungi atau menziarahi rumah saudara mara dan kenalan di hari raya wajar diajar kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak menimbulkan rasa kurang senang. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.