ads1

Khamis, 7 September 2017

'Saya pernah berniat untuk bunuh diri kerana kecewa dengan kegagalan'


Hina sangat ke saya berniaga produk kecantikan? 

Mungkin ramai orang tahu atau tidak tahu yang saya dah travel ke pelbagai negara, buat aktiviti scuba diving di pelbagai pulau yang cantik, bermain snowboard di negara Eropah, menunaikan umrah pada 10 malam terakhir ramadhan, mempunyai kebebasan masa, bebas hutang, ada perniagaan sendiri dan saya sangat-sangat menikmati dan enjoy dengan kehidupan saya pada waktu ini. Syukur Alhamdulillah. 

Tetapi ada yang orang tidak tahu tentang saya adalah, saya sudah mengalami kegagalan banyak kali dalam pelajaran, perniagaan, kehidupan sehingga mengalami depresi yang sangat teruk dan pernah terfikir untuk mengambil langkah bunuh diri. 

Saya adalah pelajar yang selalu gagal dalam pelajaran sejak dari sekolah rendah lagi. Rekod saya 'drop out' ialah sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2006 di Matrikulasi Pulau Pinang, 2007 di UiTM Machang, 2015 di Universiti of Southampton dan saya juga pernah gagal teruk dalam bidang MLM pada tahun 2008/2009. Di mana pada ketika itu saya sanggup dibuang universiti sebab sibuk kononnya nak sangat menjadi jutawan MLM. Akhirnya kecundang di tengah jalan meratapi kesedihan.

Kereta hampir ditarik sebab bayaran tertunggak berbulan-bulan. Akhirnya mak dan ayah saya juga yang tolong bayarkan. Tetapi Alhamdulillah pada tahun 2012, saya berjaya menamatkan pengajian ijazah saya dan memohon kerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat insurance broker di Kuala Lumpur.

Tahun pertama bekerja, Alhamdulillah saya enjoy. Tetapi setiap hari kena kerja siang dan malam. Kadang-kadang kena balik selepas subuh sebab nak menyiapkan tender penting dan perkara ini berlarutan selama dua tahun. 

Pada masa itu saya mula berfikir, "Takkanlah aku nak kerja seperti ini setiap hari?". Kerja sampai pagi, tetapi dapat gaji untuk bayar hutang. Apa benda tujuan hidup aku di dunia ini? Takkan hanya kerja makan tidur, kerja makan tidur dan selepas itu mati? Masa untuk keluarga tak ada dan tak berbaloi dengan kepenatan saya bekerja sampai malam setiap hari. Orang kata tak ada life! 

Hampir setiap pagi semasa saya keluar dari rumah mak nak menuju ke pejabat, saya mesti rasa benci dengan diri sendiri. Rasa macam terpenjara, memberontak. "Kenapa aku kena redah jem hari-hari di awal pagi dan balik lewat malam atau waktu subuh?"

Dari situlah saya terdetik nak sambung Master di UK. Saya buat permohonan secara online untuk sambung pelajaran master di UK dan Alhamdulillah saya diterima. Perasaan saya pada masa itu sangat gembira dan dapat hidup semula sebagai student. Faham-fahamlah kan life student macam mana. 


Kelas anytime nak pergi ke tak nak. Habis kelas, main PS4, tak payah fikir tentang bayar cukai, tak payah fikir nak siapkan tender, tak perlu fikir gaji cukup atau tidak, tak payah fikir tentang dateline kerja. Alangkah heaven gila! 

Selepas hampir empat bulan berada di Southampton, tiba masa hujung musim salji, keputusan peperiksaan semester satu keluar. Jadi ramai student boleh semak di portal universiti. Dan tiba masa saya semak keputusan peperiksaan saya dan saya tengok semua subjek saya gagal. Dari awal oagi senyum, hidup ceria, tiba-tiba kehidupan terus menjadi gelap ibarat awan semua menjadi hitam. Saya rasa masa depan saya dah gelap dan tidak ada masalah depan serta hilang arah tuju. 

Masa itu Allah saja yang tahu perasaan saya. Tiba-tiba semangat terus hilang. Kelas memang tak perlu cakap, tak masuk kelas langsung sehingga saya tak keluar bilik selama berminggu-minggu. Keluar hanya untuk makan sahaja. Sebab masa itu saya sangat down, depress, murung dan situasi ini berlarutan selama lima bulan. Bukan lima minit. Bayangkan saya down dan tertekan begitu lama. Saya hanya berkurung saja dalam bilik. Memang tak nak jumpa orang langsung. Tiada sesiapa yang tahu masalah saya walaupun kawan serumah. 

Setiap hari saya fikir dan bercakap pada diri, apakah saya ini tidak berguna? Belajar jauh-jauh menghabiskan duit keluarga. Saya tidak tahu nak letak di mana muka dan maruah saya. Masa itu saya hanya bayangkan raut wajah mak dan ayah yang sangat kecewa dengan kegagalan saya. 

Saya terpaksa menipu mak ayah yang saya okey bila mak call. 

"Amirul macam mana di UK?" saya balas okay, padahal tidak. 

Dalam diri saya terseksa menanggu depresi. Sebab apa? Sebab saya tak nak mak saya risau dan sedih tentang saya. Padahal saya sangat terseksa. Perasaan nak bunuh diri membuak-buak setiap hari. Sudahlah saya keseorangan di UK, tiada sesiapa yang nak menolong saya. Hari-hari saya depress dan fikir mungkin dengan bunuh diri boleh menyelesaikan masalah saya. 

Saya rancang mungkin nak bunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, minum racun atau terjun di rel kereta api sambil menunggu untuk digilis. Astagfirullahalazim. Saya menaip ini sambil air mata mengalir sebab terkenang saat gelap saya pada ketika itu. 

Apa yang membuatkan saya sedar ialah, saya rasa macam di'jentik' oleh Allah dan saya fikir semula kalau saya rasa saya sudah gagal teruk, padahal ada lagi orang di luar sana yang lebih teruk keadaannya dari saya. 

"Takkanlah aku nak give up life macam itu saja? Nanti selepas bunuh diri, kena belasah dengan malaikat lagi. Kena humban dalam neraka lagi, adoi," 

Julai 2016, saya buat keputusan untuk pulang semula ke Malaysia dan saya nekad nak mengaku pada keluarga bahawa saya gagal dan dropout dari universiti. Masa itu hanya fikir mungkin kena buang keluarga, dihina oleh kawan-kawan dan saudara mara. Tetapi tidak, mak dan ayah tetap sayang dan menerima saya seadanya. Saya ingat kata-kata mak, 

"Mirul, ada manusia sampai ada PhD tetapi akhirnya meringkuk dalam penjara, akhirnya bunuh diri, kenapa? Sebab iman kosong, jiwa kosong," katanya. 

Masa itu air mata mengalir tanpa saya sedar bila mendengar kata-kata suci itu dari mulut mak. Ya Allah, teruknya aku. Dan selepas itu saya tiba-tiba nekad nak memulakan perniagaan sendiri. Saya terfikir nak bermula dengan food delivery service melalui apps. 

Kisah hitam bermula lagi sekali. Selama lima bulan saya bertungkus lumus membina perniagaan ini, pekerja dah ada, barang-barang pejabat, komputer dah dibeli, video iklan sudah siap, sudah berpuluh ribu duit dihabiskan dan kami hanya tunggu nak lancarkan apps sahaja. Tetapi, Apps Developer menipu dan tidak siapkan apps mengikut tarikh yang dijanjikan. Saya tunggu begitu lama, bagai nak gila. 

Stress yang sangat teruk dan saya terpaksa tanggung dengan overhead/perbelanjaan syarikat yang banyak yang saya kena tanggung. Apps yang mereka berikan hanyalah sampah. Kalau ia dilancarkan untuk didownload dan diguna, pasti nama syarikat dan nama saya jadi busuk dan viral satu Malaysia. 

Disebabkan itu, saya mengalami kerugian hampir RM100,000! Sekali lagi saya menemui kegagalan. Waktu itu saya hanya fikir lebih baik saya mati saja. Sebab apa? Bila dah cuba macam-macam tetapi masih gagal, buat itu ini tak menjadi, jumpa orang lain minta nasihat namun masih tiada penyelesaian, buntu, apa yang anda rasa? Mesti ada rasa putus asa, kan? Rasa diri tak berguna, buat semua benda tak menjadi. 

Orang lain berniaga tak sampai setahun dan jadi jutawan, kawan-kawan lain kerja hebat-hebat tetapi saya berniaga tak sampai setahun dah kena tipu. Sudahlah belajar pun gagal, drop out, tambah pula perniagaan kecundang ditipu pihak yang tak bertanggungjawab. 

Episod depresi saya yang kedua, saya dah tak tentu arah sehingga saya menyorok dalam bilik berminggu-minggu. Malu sangat dengan diri dan keluarga. Kalau ada saudara mara datang melawat, saya akan menyorok dalam bilik dan kunci pintu. Saya biarkan adik saya yang uruskan mereka. Perasaan malu, rendah diri, tiada keyakinan diri terlampau kuat dalam diri saya dan kejatuhan ini berlarutan selama enam bulan. 

Saya mendapat panggilan dari bapa saudara saya sendiri. Dia call semata-mata untuk gelak dan ketawakan kegagalan saya. Sepatutnya ahli keluarga beri sokongan, tetapi ini lagi menjahanamkan dan disebabkan kemurungan yang teruk, badan pun makin naik sampai 88 kilogram. Macam mana saya boleh balik selepas hampir enam bulan jatuh teruk?
  • Saya bawa kereta dan pusing seluruh Kuala Lumpur dan Selangor tanpa arah tuju. Kenapa? Sebab saya nak hilangkan masalah dan depresi yang menyelubungi dalam otak saya. Hampir setiap hari saya pergi ke masjid, fikir apa patut saya buat untuk bangkit semula dalam hidup dan perniagaan. Dah jatuh teruk baru nak mencari tuhan. 
  • Saya buat keputusan untuk pergi ke gym bagi menguruskan badan
  • Sedikit demi sedikit, saya mendapat semangat untuk bangkit semula.
  • Saya berkawan dengan rakan-rakan yang positif dan selalu memberi sokongan pada saya.

Satu hari, saya terfikir kalau sampah yang rosak boleh dikitar semula dan memberi manfaat kepada manusia, takkan saya dicipta Tuhan untuk disia-siakan? Takkan Allah cipta saya untuk gagal saja sampai mati? Takkan Allah cipta saya untuk menyusahkan orang lain? Takkan Allah cipta saya untuk bersedih dengan mengalami depresi memanjang? 

Jadi dari situ saya beranikan diri dan beri peluang pada diri saya untuk bangkit dan berniaga sekali lagi sebagai stokist dan penasihat produk kecantikan.


Mungkin anda tertanya-tanya mengapa banyak-banyak perniagaan di dunia ini saya memilih menjadi stokist produk kecantikan? Tak malu ke jual produk wanita? Produk kecantikan? Jawapan saya senang saja, saya berniaga dan mencari rezeki yang halal, yang tidak menyusahkan orang. Saya tak mencuri duit rakyat, tak makan rasuah, tak jual dadah dan benda-benda haram. Kalau saya susah atau rugi teruk pun, bukan orang lain atau kawan-kawan yang akan membantu membayar bil-bil saya. Saya kena bekerja keras untuk bayar semua itu. 

Malah saya bangga, bersyukur dan gembira serta enjoy dengan perniagaan yang saya buat sekarang. Hanya fokus menjaga pelanggan saya dengan baik dan bantu mereka mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri-seri, itu sahaja. 

Saya bermula dengan dropship, nak mencuba dulu ada ke orang nak membeli produk dari saya. Alhamdulillah pada hari pertama, saya dapat menjual dua kotak. Bagi orang lain memang tiada apa-apa sebab mereka boleh jual 200 atau lebih banyak dari saya. Tetapi nikmat saya dapat menjual dua botol adalah satu kejayaan yang besar dan sangat bermakna bagi saya. Malah saya rasa seronok bila pelanggan dapat kulit yang cantik. Dalam masa yang sama kehidupan mereka berubah lagi baik dan bertambah keyakinan diri. 

Ia bukan kerana untung atau duit semata-mata tetapi nikmat yang saya tidak boleh beli dengan duit ialah kepuasan. Saya sangat puas hati dapat membantu pelanggan saya untuk mendapatkan kulit yang mereka idamkan di mana sebelum ini kebanyakan mereka dihina, dikhianati, ditinggalkan kerana masalah kulit muka yang merupakan aset pentign dalam diri kita. Muka memainkan peranan penting bila berdepan dengan orang lain kerana ia mewakili imej dalam kehidupan pekerjaan seharian kita. 

Saya akan teruskan perjuangan saya untuk membantu mereka yang ada masalah kulit dan dapatkan balik semangat hidup dan keyakinan diri mereka. Saya harap apa yang saya kongsikan tentang kisah jatuh dan bangun hidup saya ini, dapat memberi inspirasi kepada anda semua. 

Lain orang lain dugaan dan ujiannya. Yang paling penting, jangan mudah berputus asa dalam hidup. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita mesti berjuang. 

Kiriman: Amirul Jafni

Kredit: the reporter

Rabu, 6 September 2017

Murid ditendang, kepala ditekup dengan tong sampah, muka ditonyoh dengan penyapu


DENGKIL, SELANGOR - Seorang murid lelaki terpaksa menahan malu dan sakit akibat dibuli oleh beberapa rakan sekolahnya di dalam kelas yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Dengkil. 

Video berdurasi 1 minit 51 saat yang dirakam oleh rakan pembuli itu menunjukkan mangsa yang memakai pakaian sukan itu digoncang kepala, tangannya ditendang beberapa kali dan kepalanya ditekup dengan tong sampah. 

Mangsa juga ditendang berkali-kali di tangan, belakang badan, kepala dan mukanya ditonyoh dengan penyapu, 





Mangsa tidak berdaya melawan hanya mampu menangis dan menahan dirinya diperlakukan sedemikian, sementara kumpulan berkenaan mentertawakannya. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah kes buli terbaru atau lama. Juga tiada maklumat teperinci mengenai kejadian itu. Namun netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang terlibat. 

Individu yang memuat naik video kejadian buli yang kini viral di media sosial

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah bersetuju jika pelajar yang didapati membuli pelajar yang lain dikenakan tindakan buang sekolah. Ini kerana hukuman yang sedia ada tidak membuatkan pembuli serik dan tindakan buang sekolah dipercayai dapat membendung kejadian buli di sekolah dari terus berlaku. 

"Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah. Kita kena buat lebih lagi," katanya memetik dari laporan Bernama Ogos lalu. 

Malangnya tindakan itu tidak dapat diambil kerana peraturan yang sedia ada tidak membenarkan tindakan itu dilaksanakan. 

Sumber:THE REPORTER

Kisah sebenar yang menyentuh hati di sebalik dua buah jam tangan yang pernah dipakai oleh Puteri Diana suatu ketika dahulu

Sukar untuk percaya sudah 20 tahun rupa-rupanya sejak kemalangan ngeri yang melibatkan Puteri Diana sehingga dia terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris.
Tetapi warisannya diteruskan oleh anak-anak dan cucu-cucunya, badan-badan amal dan pergerakan yang disokongnya sewaktu hayatnya dahulu serta rakaman yang ditangkap dalam kedua-dua dokumentari dan gambar-gambar yang disimpan di dalam filem.
Antara foto-foto yang paling memberi kesan emosi ialah foto-fotonya yang diambil semasa perlawanan polo. Ia diadakan di Guards Polo Club di Windsor beberapa hari sebelum pernikahan dirajanya dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981.
Imej beliau di acara itu menunjukkan wanita cantik itu memakai dua jam tangan di pergelangan tangannya, tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat makna yang tersembunyi di sebalik semua itu?
Foto yang ditunjukkan di dalam profilnya, beliau memakai cincin pertunangan berlian dan sapphire yang kemudiannya diwariskan kepada Puteri Kate beserta dua jam tangan.
Memakai dua jam sekaligus? Menurut Marie Claire, jam emas itu adalah milik Puteri Diana, manakala jam yang lebih besar di bawah yang bertali kulit itu adalah milik tunangnya, Putera Charles.
Dia memakai jam tangan itu sebagai sebuah penghormatan kepada pertunangannya. Jam itu juga sebagai tanda sokongan kepada tunangnya yang bertanding dalam perlawanan polo hari itu yang dikatakan akan membawa tuah  dalam perlawanan itu.
Walaupun perkahwinan antara pasangan itu tidak kekal lama, perbuatan manis itu telah dianggap sebagai sangat romantis, terutama kerana pasangan itu berkahwin beberapa hari kemudian.
24 Feb 1981, Westminster, London, England, UK
Malah pada hari ini, orang di seluruh dunia masih ingat akan Puteri Diana kerana kebaikannya. Beliau sesungguhnya wajar untuk dijadikan contoh tebaik sebagai antara kerabat diraja yang berjiwa rakyat.
Beliau telah pergi dengan meninggalkan warisan, dan anak-anaknya yang dihormati – Putera William dan Putera Harry dan sehingga kini mereka masih meneruskan tradisi ibu mereka yang rendah hati dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan hari ini.
Ia bukan kali pertama ahli keluarga diraja ini dilihat memakai item sentimental. Kate Middleton kini memakai cincin pertunangan sapphire bernilai £ 32 juta (RM 176 juta) milik Puteri Diana. Ia diberikan kepada Kate oleh Putera William untuk memastikan ibunya menjadi sebahagian daripada majlis khas mereka pada 29 April 2011 yang lalu.
Kredit:Era Baru

Selasa, 5 September 2017

NGERI!! PERTARUNGAN HIDUP MATI ANTARA SOTONG KURITA VS ANJING LAUT (VIDEO)


Pertarungan di alam haiwan selalu menarik untuk dilihat dan diperhatikan. Tentunya dari jarak yang selamat, agar kehidupan alamiah di alam haiwan tidak terganggu oleh kehadiran kita, manusia, yang memang ingin melihatnya.

Biasanya, kita sering melihat pertarungan antara mangsa dan pemangsa di darat. Seperti pertarungan epik antara singa dengan kerbau liar. Atau lilitan ular sawa terhadap mangsanya yang ditelan bulat-bulat.
Tetapi di air juga ada pertarungan sengit antara haiwan, baik itu mangsa atau pemangsa. Terkadang saiz bukan sesuatu yang mutlak, agar dapat memenangi pertarungan. Bahkan haiwan besar pun boleh dikalahkan oleh yang lebih kecil.
Seperti sotong raksasa, yang mempunyai panjang lebih dari pada pemangsanya anjing laut. Bahkan untuk mengalahkannya diperlukan waktu yang tidak sebentar. Perkara ini yang dialami oleh jurugambar amatur bernama Bob Lanson berasal dari Kanada.
Saat ia dan keluarganya berkunjung dan berjalan di salah satu sudut pantai di pantai Ogden, ia melihat pertarungan antara anjing laut dan sotong besar, yang ukurannya lebih besar dari anjing laut dan berat kira-kira 23 kiogram.
Sotong raksasa tersebut kelihatan sedang berusaha lepas dari cengkaman anjing laut, dan mengerahkan semua organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel. tetapi usaha tersebut seolah-olah sia-sia.
Sekitar 10 minit berselang, anjing laut berjaya mengunyah salah satu bahagian organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel sotong tersebut. Sotong raksasa sendiri boleh dikatakan  jarang kelihatan di Kanada, kerana biasanya mereka hidup di perairan Alaska.
“Kurita tersebut kelihatan melilit seluruh bahagian anjing laut dengan organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel. Termasuk bahagian muka anjing laut tersebut,” kata Lanson.
Namun usaha sotong raksasa lepas dari anjing laut seolah-olah sia-sia, kerana beberapa saat kemudian sotong tersebut menyerah dalam pertarungan. Dan merelakannya menjad makanan anjing laut yang kelihatan sangat lapar.
Video:

Isnin, 4 September 2017

Menggunakan bahan ‘pelik’ ini untuk makan, doktor bedah ini mempunyai alasannya tersendiri

Dikhabarkan seorang doktor bedah tidak menggunakan penyepit ketika makan seperti kebiasaan orang sebaliknya menggunakan cotton bud dan perbuatannya itu dianggap pelik bagi orang yang melihatnya.
Setelah disiasat rupa-rupanya doktor Zhou Jianbo yang merupakan doktor pakar telinga, hidung dan tekak dari Hunan Provincial People’s Hospital itu makan dengan menggunakan cotton bud untuk melatih jari jemarinya supaya lebih tangkas ketika melakukan pembedahan.
Selepas beberapa tahun melatih jarinya makan dengan menggunakan cotton bud itu, doktor dari Changsha, ibu kota Wilayah Hunan Tengah China kini mampu memegang empat buah kapas bersaiz 3.94 inci dengan dua di setiap tangan dan mengambil bijirin beras serta sayur-sayuran dengan mudah.
Gambar-gambar Zhou Jianbo yang menunjukkan dia mempamerkan perhatian luar biasa ketika menatap pinggan makanan menjadi viral di media sosial China
Kredit: Express UK
Menggunakan masa luangnya, Zhou juga mengupas kulit anggur dan berhati-hati menjahitnya semula dengan menggunakan kit pembedahannya dengan tujuan untuk memperbaiki mutu kerjanya
Kredit: Express UK
Menurut Zhou “Mengekalkan bentuk anggur yang mudah rapuh memerlukan kawalan yang tepat terhadap daya yang digunakan oleh jari seseorang. Jadi, melalui kaedah ini ia membantu melatih koordinasi antara tangan, mata dan otak saya.”
Malah, doktor yang begitu terobsesi dengan tangannya yang sungguh bernilai itu juga adakalanya melakukan latihan jari semasa di dalam bas atau ketika menonton televisyen.
Liang Hui yang merupakan salah seorang rakan sekerja Zhou berkata bahawa banyak doktor mencari cara yang berbeza untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang penuh tekanan dan memerlukan komitmen yang tinggi ini.
“Tidak kira apa jua bentuk latihan yang mereka lakukan kerana akhirnya, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kemahiran perubatan untuk rawatan pesakit yang lebih baik dan selamat.” ujar Liang.
Sumber:Era Baru

White Room… Hukuman Yang Tidak Sakit Tapi Kejam!


ORANG yang buat salah, sudah pasti akan dihukum. Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis bentuk hukuman bagi pesalah. Dipenjara, digantung, dan banyak lagi lah!

Sungguhpun, ia dilakukan untuk tujuan memberi pengajaran namun, terdapat juga hukuman kejam yang bertujuan untuk menyeksa banduan daripada segi mental mahupun fizikal.
Memetik sebuah portal online, di sini kami ingin berkongsi sejenis hukuman yang dilihat pada dasarnya tidak menyakitkan namun boleh dianggap sangat kejam.
Hukuman tersebut ialah White Room. Haaaa? Bilik putih? Apa tu?
Haaa…White Room atau bilik putih merupakan satu hukuman di mana pesalah akan ditempatkan dalam sebuah bilik yang serba putih dan kalis bunyi.
Bilik ni sangat sunyi tau!
White room adalah sebuah bilik yang begitu sarat dengan segala yang berwarna putih contohnya, dinding putih, katil putih, lantai putih dan sebagainya.
Bila dilihat hukuman ini  tidak menyakitkan dan tidak nampak kejam sama sekali.
Namun, sebenarnya hukuman ini memberi kesan yang buruk terutama kepada psikologi seseorang untuk seumur hidup!
Di mana ia akan membunuh deria penglihatan dan juga pendengaran seseorang.
Sesiapa yang berada dalam bilik ini untuk masa yang begitu lama akan mengalami beberapa masalah dengan deria dan apa yang lagi teruk adalah kesukaran untuk mengingati orang.
Menurut sumber, salah seorang bekas banduan yang pernah menjalani hukuman ini berkata:
“Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenal pasti dan mengecam mak serta ayah saya.
“Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya merasakan seolah saya bukan seorang manusia yang normal.”
Kebanyakan banduan yang telah menjalani hukuman seperti ini dilaporkan cuba membunuh diri akibat tertekan.
Untuk pengetahuan, hukuman ini selalunya digunakan bagi memaksa banduan mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa fizikal mereka.
Fuhhhh… ngerikan? Nampak je macam tidak ada apa-apa, tapi kesannya mendalam dan sungguh dahsyat! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura