ads1

Rabu, 3 Januari 2018

Pakaian seragam sekolah dari 15 buah negara yang berbeza, menarik dan unik

Sekolah akan dibuka kembali! Pasti ibu bapa sedang sibuk menyiapkan keperluan anak-anak seperti membeli buku sekolah, membayar yuran sekolah, membeli peralatan tulis dan pakaian sekolah.
Kelihatan di mana-mana pasaraya memberikan potongan harga barangan persekolahan yang sungguh menakjubkan. Malah ia seolah-olah menjadi satu kewajiban untuk membeli pakaian seragam sekolah baharu sebagai satu permulaan untuk menempuhi alam persekolahan terutamanya bagi anak-anak yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.
Terdapat banyak pendapat mengenai sama ada pelajar sekolah perlu memakai pakaian seragam sekolah atau tidak. Antara faktor sesetengah ibu bapa menyokong bahawa pakaian seragam sekolah itu perlu ialah ia dapat membantu mendisiplinkan anak-anak mereka, semua pelajar adalah sama tanpa mengira latar belakang keluarga mereka sama ada miskin atau kaya dan ibu bapa tidak perlu memikirkan pakaian apa yang harus dibeli untuk anak-anak mereka. Namun begitu, ada sesetengah pihak yang menganggap pemakaian pakaian seragam sekolah ‘membunuh’ keperibadian dan tidak memberi kesan terhadap pembelajaran anak-anak.
Biar apa pun pendapat mereka, kami merasakan pakaian seragam sekolah adalah unik dan menarik. Mari lihat pakaian seragam sekolah dari negara lain seperti berikut.
#Jepun
Pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang disebut “seifuku” menjadi terkenal melalui buku komik dan cerita kartun animasi.
Blouse berwarna biru laut, skirt berlipat, kasut bertumit dan stoking paras lutut adalah satu kewajiban bagi mereka. Pada musim sejuk mereka tetap memakai pakaian seragam ini.
Untuk pengetahuan anda, pelajar-pelajar perempuan akan menggunakan gam khas supaya stoking tidak melurut ke bawah.


#Great Britain
Di England, pemakaian seragam sekolah adalah wajib ke atas setiap pelajar. Pemilihan pakaian seragam sekolah berwarna biru dipercayai untuk mengajar pelajar supaya lebih teratur dan tenang.
Kini, setiap sekolah mempunyai simbol dan pakaian seragam tersendiri. Ada juga sekolah yang sangat tegas di mana mereka tidak membenarkan pelajar memakai pakaian pendek ketika musim panas.

Seperti yang dapat anda lihat, pelajar lelaki ini memakai skirt ke sekolah sebagai tanda protes terhadap pemakaian seragam sekolah.
#Australia
Sistem pendidikan Australia banyak mengambil kaedah pengajaran dan pembelajaran dari Great Britain. Ini termasuk pakaian seragam sekolah seperti yang dapat anda lihat tetapi mereka lebih terbuka dan berwarna cerah. Kebanyakan sekolah meminta pelajar memakai topi disebabkan cuaca panas.
Kredit: Flickr
#Rusia
Pada tahun 90-an, pemakaian pakaian seragam sekolah dimansuhkan namun sejak tahun 2013, setiap pentadbiran sekolah bebas untuk membuat peraturan sendiri mengenai pakaian sekolah.
Ada sekolah yang mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sekolah dan ada juga sekolah yang hanya menetapkan kemeja berwarna putih manakala seluar atau skirtberwarna gelap.
#Cuba
Terdapat beberapa variasi pakaian seragam sekolah di Cuba. Antaranya ialah kemeja putih dan skirt atau seluar pendek berwarna merah dan tali leher sama ada berwarna biru atau merah.
Kredit: Adam Jones  & Chris Cheadle
#China
Pelajar China mempunyai beberapa jenis pakaian seragam sekolah sama ada semasa cuti atau hari biasa, semasa musim panas atau musim sejuk. Pemakaian seragam sekolah pada setiap hari kelihatan seperti pakaian sukan.
#Ghana
Setiap kanak-kanak perlu memakai pakaian seragam tetapi Ghana yang merupakan negara berpendapatan rendah dan tahap kemiskinan yang sangat tinggi menyebabkan kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana ibu bapa tidak mampu membelikan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak mereka.
Pada tahun 2010, pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan pakaian seragam sekolah secara percuma ke seluruh bandar.
#Syria
Sebelum berlakunya isu politik, pakaian seragam sekolah di Syria berubah daripada warna khaki kepada warna yang lebih terang seperti biru, kelabu dan merah jambu.
Kredit: Flickr
#Bhutan
Antara negara di seluruh dunia yang menjadikan pakaian tradisional sebagai pakaian seragam sekolah ialah Bhutan.
Pakaian pelajar perempuan disebut “kira” manakala pakaian pelajar lelaki disebut “gho”. Dahulu pelajar-pelajar membawa semua buku teks dan peralatan sekolah lain di dalam pakaian mereka dan kini mereka membawa beg sekolah namun masih ada pelajar yang masih mengikuti cara lama. Unik bukan?
Kredit: Flickr
#Korea Selatan
Bagi peminat drama Korea, anda pasti sudah sedia maklum pakaian sekolah negara tersebut melalui drama-drama Korea yang berkisahkan kehidupan pelajar sekolah.
Pelajar-pelajar Korea menghadiri kelas dari pagi hingga petang dan masa mereka banyak dihabiskan di sekolah. 
Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara mereka merasakan sekolah adalah tempat yang romantik. Setiap sekolah mempunyai kod pakaian yang tersendiri namun pakaian seragam agak terkenal biarpun di luar sekolah atau antara selebriti.
#Korea Utara
Di Korea Utara, pemakaian seragam sekolah adalah wajib. Pelajar perempuan memakai gaun manakala pelajar lelaki memakai kemeja dan seluar. Namun yang paling penting ialah kain scarf berwarna merah sebagai simbol menyokong parti politik Korea Utara.
#India
Hampir semua sekolah di India mewajibkan pelajarnya memakai pakaian seragam sekolah. Pelajar lelaki diwajibkan memakai kemeja berbutang, seluar pendek, stoking dan kasut berwarna gelap. Manakala pelajar perempuan pula diwajibkan memakai skirtlabuh dan seluar panjang berserta kasut.
Kredit: East News
#Vietnam
Pakaian sekolah rendah dan menengah lebih kurang sama dengan negara kita cuma bezanya ialah pakaian seragam sekolah menengah pelajar perempuan.
Mereka memakai pakaian berwarna putih yang disebut “ao dai” yang merupakan pakaian tradisional masyarakat Vietnam. 
Ada sekolah yang mewajibkan pelajar perempuan memakainya setiap hari dan ada juga sekolah yang menuntut pelajar perempuan memakainya pada acara-acara tertentu.
#Indonesia
Di Indonesia, pemakaian pakaian seragam sekolah adalah berbeza mengikut tahap pendidikan. Semua sekolah mengenakan kemeja berwarna putih manakala warna seluar atau skirt adalah berbeza sama ada merah, biru gelap atau kelabu.
#Malaysia
Malaysia juga tidak terkecuali dalam kewajipan memakai pakaian seragam sekolah.
Di mana-mana sekolah, pelajar biasa akan memakai kemeja atau baju kurung berwarna putih bersama seluar hijau lumut atau kain atau skirt berwarna biru turquoise.
Bagi pelajar yang berjawatan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas atau penolong ketua kelas pula dituntut berpakaian khas sama ada warna biru, merah jambu, coklat, kuning atau ungu mengikut sekolah masing-masing.
Bagaimana? Menarik dan unik bukan? Apa pula pendapat anda mengenai pemakaian pakaian seragam sekolah ini? Pakaian seragam sekolah negara manakah yang menjadi pilihan anda?
Walau apa pun yang anda fikirkan, jika anda masih bersekolah, nikmatilah saat-saat manis anda berpakaian sekolah kerana selepas tamat persekolahan, anda sudah tidak berpeluang lagi untuk memakai pakaian yang cukup bernilai itu.

Sumber: Bright Side
Kredit:Era Baru 

SELURUH DUNIA MENANGIS, SURAT ANAK KECIL UNTUK IBUNYA YANG TELAH MENINGGAL.


Kehadiran seorang ibu adalah segalanya bagi seorang anak. Sosoknya tidak akan bisa tergantikan apapun di dunia ini. Namun bagaimana bila sang anak tidak bisa merasakan kehangatan sang ibu lagi? Tentulah kesedihan mendalam yang akan dirasakannya, walaupun mungkin ia bisa menyembunyikannya.

Kesedihan itu juga tampak pada sebuah unggahan foto mengharukan yang datang dari seorang pengguna Facebook bernama Ojack Siga Rantang. Akun tersebut membagikan sebuah foto kertas yang berisikan tulisan tangan anak kecil. Meski terlihat begitu acak-acakan, namun tulisannya masih dapat dibaca dan dimengerti.
Adapun bunyi dari tulisan tersebut:
“Kangen mamah. Mamah Eis kangen sama mamah.
Kenapa mamah meninggal. Kalau mamah enggak ada Eis sedih.
Eis nangis kal ingt mamah. Tapi Eis juga berdoa buat mamah.
Semoga mama tenang di dekat owloh. Eis sekarang nangis mah.”
Tulisan tersebut menunjukkan kerinduan seorang anak kepada ibu yang sudah lama meninggal dunia. Dilansir Tribunstyle.com, anak yang menulis surat tersebut bernama Feriska. Anak perempuan yang masih berusia 9 tahun itu adalah putri si pemilik akun.
Berdasarkan pengakuan Ojack, si pemilik akun, surat tersebut ia temukan secara tak sengaja. Saat itu ia hendak membuka tas Feriska untuk melihat pelajarannya.
Namun dia justru menemukan tulisan ‘kangen mamah’ milik anaknya tersebut. Menurut Ojack, Feriska tidak pernah melihat ibunya sejak lahir. Selama ini, kata Ojack, putrinya diasuh oleh neneknya. Karena ia harus mencari nafkah di Bayah, Banten Selatan.
Karena jarak yang cukup jauh, dia pun hanya bisa bertemu dengan Feriska dua bulan sekali. Meskipun jarang bertemu, namun Ojack mengaku bangga dengan pertumbuhan pesat putri semata wayangnya itu.
“Masih kelas 3 SD. Anaknya bisa mandiri dan lumayan pintar,” ujar Ojack.
Kesedihan mendalam dirasakan oleh Ojack setiap melihat anaknya menangis merindukan ibunya. Menangislah.
[Sumber: Planet Merdeka]

Selasa, 2 Januari 2018

Rahsia Abang Tertanam Bersama Mayat Ibu. Selepas Digali Kubur, Apa Yang Ditemui Telah Buat Ramai Menitiskan Airmata!


Abang berusia dua tahun lebih tua daripada saya namun ibu bapa kami sering melayan kami dengan cara yang berbeza.
Ibu sentiasa mengutamakan saya sekiranya ada makanan yang sedap atau sesuatu yang menyeronokkan untuk dimain manakala abang hanya akan melihat daripada jauh.
Apabila saya memberikan makanan kepada abang, ibu akan marah dan menyuruh abang supaya tidak meminta makanan daripada saya. Abang pula akan lari ke belakang pintu dan melihat saya.
Setiap kali perayaan Tahun Baru, abang hanya akan memakai pakaian lama yang telah dijahit semula manakala ibu pula sentiasa membelikan saya pakaian baharu.Disebabkan abang selalu memakai pakaian lama, dia dengan sengaja akan mengotorkan pakaian saya dengan melumurkan tanah atau mengguntingnya.Menurutnya, ini untuk menambah hiasan pada baju baru saya. Apabila ibu bertanya mengapa ada kesan kotor dan koyak pada baju saya, saya akan menyatakan saya bermain di dahan pokok dan tanpa sengaja mengoyakkan baju baru tersebut.
Pencapaian akademik abang terutamanya di dalam matapelajaran matematik tidaklah begitu baik. Dia sering mendapat markah sifar untuk ujian peperiksaan matematik dan pernah diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun.Kami kemudiannya sama-sama berjaya memasuki sekolah tinggi pada tahun yang sama dan ibu membenarkan abang untuk pergi ke sekolah bersama-sama dengan membawa kereta.Abang selalu melanggar lubang pada jalan raya di samping membawa secara laju. Jika saya merayu supaya memperlahankan kereta, dia akan lihat dan mentertawakan saya.
Walaupun begitu, abang tidak sesekali membiarkan saya menjadi mangsa buli orang lain. Setiap kali ada lelaki yang cuba mengganggu saya, abang sentiasa ada menghulurkan perlindungan. Pada waktu itu, saya tahu bahawa abang sangat sayangkan saya.Jadi, setiap kali ibu membekalkan makanan yang enak untuk saya, saya akan tukarkan bekal makanan tersebut dengan abang secara rahsia.
Sehinggalah pada suatu hari, abang mengetahui bahawa bekal makanannya ditukar oleh saya, dia tidak lagi membuli saya.Abang telah berhenti bersekolah sementara saya melanjutkan pelajaran ke kolej. Sepanjang di sana, abanglah yang menanggung segala perbelanjaan saya hasil titik peluhnya bekerja sebagai pengalih batu-bata.Namun, sebaik sahaja saya menamatkan pelajaran, saya tidak lagi mendengar sebarang perkhabaran mengenai abang. Jika ditanya kepada ibu mengapa abang menghilangkan diri, ibu hanya akan menangis tanpa menjawab persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya.Abang mula menghilangkan diri setelah dia berkahwin.
Saya turut berusaha untuk mencarinya merata-rata tetapi tidak menemui sebarang jawapan. Isterinya yang menanti kepulangan abang selama tiga tahun akhirnya meninggalkan kami dan membawa dirinya.Semenjak itu, sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Keadaan kesihatan ibu semakin hari semakin buruk dan dia sering menyalahkan dirinya kerana tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada abang.
Ibu akhirnya telah meninggal dunia setelah 19 tahun abang menghilangkan diri. Sebelum ibu meninggal, ibu masih lagi menyebut nama abang berulang kali.Ibu turut berpesan kepada ayah supaya meletakkan bantal sutera kesukaannya di dalam keranda sebelum dia meninggal dunia.Ibu juga percaya abang akan pulang ke rumah setelah ibu meninggal dunia. Ibu berpesan supaya memberitahu abang bahawa dia sangat rindu dan sayang kepada abang.
Malam tersebut, ibu meninggal dunia dan saya pengsan beberapa kali selepas menangis.Seperti yang ibu katakan, ketika Perayaan Ching Ming, abangnya akhirnya pulang semula ke rumah kami. Abang kelihatan tua dan rambutnya dipenuhi uban. Saya terus memeluknya seerat mungkin sambil menangis.Pada suatu hari, majlis pembandaran telah mengarahkan kami supaya berpindah bagi mentransformasikan kawasan perkampungan tersebut menjadi bandar baru.
Oleh kerana kami mempunyai ramai ahli keluarga, pihak kerajaan telah memberikan tiga blok bangunan sebagai pampasan. Namun, kami harus memindahkan kubur nenek moyang kami termasuklah kubur ibu.Sewaktu abang menggali semula kubur dan membuka keranda ibu, abang menangis teresak-esak kerana tidak sempat bertemu ibu sehinggalah detik pemergiannya. Abang telah membina keranda baru yang lebih mewah untuk ibu.Ketika proses menyusun semula barangan pengebumian, terdapat satu kotak terjatuh daripada bantal sutera ibu. Sebaik sahaja abang melihat kotak tersebut, abang sekali lagi menangis.
Dia membuka kotak tersebut dan mendapati terdapat banyak surat tersimpan di dalam kotak tersebut dan salah satunya ditujukan kepada saya.Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa saya bukanlah anak kandungnya tetapi diambil sebagai anak angkat ketika masih bayi. Sejak kecil, ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi saya menyebabkan abang terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada saya.Menurut ibu lagi, abang merupakan seorang anak yang sangat baik.
Setelah dia berkahwin, abang telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membelikan rumah untuk saya.Dia telah bekerja membantu majikannya menyeludup kereta. Tetapi, dia telah ditangkap dan dipenjarakan setelah majikannya meletakkan kesemua kesalahan atas abang.Ibu tidak mampu untuk menceritakannya kerana takut menjadi buah mulut orang kampung.
Tidak sangka, selama ini ibu sentiasa menyebelahi dan mengutamakan saya serta membiarkan abang melalui kehidupan seperti ini demi kebaikan saya.Saya dengan serta-merta melutut di hadapan ayah dan abang sambil menangis. Akhirnya, kebenaran telah tiba tetapi ia tiba setelah terlalu lama waktu berlalu.
Sumber: Beauties Life
Kredit : beritaviral.press

Titis ubat titis telinga di mata, nenek buta kedua-dua belah mata


"Tidak sangka kecuaian saya menggunakan ubat titis telinga secara berterusan bagi merawat mata menyebabkan saraf mata rosak, malah saya kini cacat penglihatan," demikian kata ibu tunggal, Sabiah Rabion, 70. 

Menurut Sabiah yang kini tinggal berseorangan di Jalan Bali 1/2, Bandar Baru Uda berkata, dia hilang penglihatan kedua-dua belah mata akibat kecuaian dirinya sejak enam tahun lalu. Keadaan itu juga telah menjejaskan rutin hariannya termasuk mengemas rumah serta memasak. 

"Saya ada seorang anak lelaki dan dia meminta saya tinggal bersamanya. Tetapi saya enggan kerana tidak mahu membebankannya. Dia yang sudah berumah tangga mahupun ahli keluarga lain termasuk adik lelaki saya serta jiran kerap mengunjungi saya, malah prihatin dengan keadaan yang saya alami," katanya.

Meskipun cacat penglihatan, Sabiah masih melakukan kerja-kerja rumah bersendirian dan memasak. Namun jauh di sudut hatinya masih berharap agar daya penglihatannya dapat pulih kembali bagi menjalani kehidupannya seperti yang sebelumnya. 


"Saya juga mahu bermanja dengan cucu dan ingin menyediakan juadah istimewa kepada mereka. Anak dan adik lelaki masih tidak berputus asa membawa saya ke klinik mata, doktor pakar mahpun tradisional kerana mahu saya sembuh. Semoga Tuhan memakbulkan doa dan usaha kami," katanya. 

Sumber:The Reporter

10 TANDA BUAH PINGGANG ANDA TELAH ROSAK .. TOLONG JANGAN ABAIKAN !

Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.
Antara salah satu fungsi terpenting buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah.
1. Kerap berasa lemah dan letih
Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.
2. Masalah tidur
Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.
3. Kulit kering dan gatal
Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.
4. Selalu rasa nak kencing
Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.
5. Ada darah dalam air kencing
Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.
6. Kencing berbuih
Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

Related image
7. Bengkak berterusan pada mata
Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.
8. Buku lali atau kaki bengkak
Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.
9. Kekejangan otot
Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.
10. Kurang selera makan
Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.
Sumber : Iluminasi

Isnin, 1 Januari 2018

(10) Foto Terkini Harshaali Malhotra, Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan Yang Cantik!

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.
Lakonannya yang bersahaja disamping bintang hebat Bollywood Salman Khan dan Kareena Kapoor memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum.
Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.
Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:
1.Merupakan seorang yang pintar. 
2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan. 
3.Gemar bermain dengan anak patung.
4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor. 
5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.
Kini setelah dua tahun berlalu semenjak filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan, Harshaali semakin aktif dalam bidang lakonan dan kini sudah pun menginjak ke usia 9 tahun.
Sumber: IG Harshaali via kisahdunia
Kredit : himpunan – media