ads1

Sabtu, 7 April 2018

'Untunglah awak tak bekerja sebab suami awak bergaji besar' - Tapi mereka tak tahu, baru 30hb duit tinggal RM50 saja


Tidak perlulah menilai atau menyangka yang bukan-bukan terhadap golongan isteri yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Adakalanya, mereka mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan yang pastinya tiada keperluan untuk mana-mana individu atau pihak cuba mempengaruhi surirumah kononnya perlu bekerja sebagai langkah persediaan awal sekiranya rumah tangga ditimpa masalah. 

Namun mulut manusia amat sukar ditutup dan akan sentiasa berbicara mengenainya menyebabkan tanggapan negatif terhadap golongan suri rumah ini tidak pernah berakhir. Berhentilah memandang atau menabur persepsi negatif terhadap mereka. Lain orang lai ncaranya, apa yang penting masing-masing sudah dewasa dan matang dalam merancang dan membuat keputusan.

ADA hamba Allah berkata, "Untunglah awak tak bekerja sebab suami awak bergaji besar."

Dalam hati saya menjawab, "Awak tahu ke, baru 30hb duit yang tinggal hanya RM50 sahaja dalam akaun bank suami. Mana mungkin saya nak beritahu awak tentang perihal kewangan keluarga saya."

Ada hamba Allah berkata, "Rugilah awak tak bekerja. Kawan-kawan segrad dengan awak, paling-paling busuk mereka dapat RM3,000+ sebulan." 

Dalam hati saya menjawab: "Siapalah yang tidak mahu ada duit sendiri, berbanding kepada keluarga sendiri. Namun Allah telah memilih saya untuk menjaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit."

Ada hamba Allah berkata: "Kita orang perempuan perlu ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi terlebih dahulu, jadi siapa yang nak menanggung awak dan anak-anak?"

"Dalam hati saya menjawab: "Macamlah takdir saya awak yang menentukan."

Ada hamba Allah berkata: "Awak tak kerja, nanti mentua awak tak sayang awak."

Dalam hati saya menjawab: "Saya tidak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit."

Ada hamba Allah berkata: "Awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tidak mampu membantu dari segi kewangan. 

Dalam hati saya menjawab: "Kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab seorang suami menyara isteri dan anak-anaknya."

Sayangku bermulut bawang, jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini adalah berbeza-beza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerada dia suka bekerja. Hidup ini pilihan. 

Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya bukan semua manusia berpendapat seperti itu. Jangan lupa bahawa ini juga adalah aturan Allah sayangku. Hati-hati bila berbicara kerana setiap perbuatan baik dan buruk kita akan dihisab di akhirat. 

Sumber: Hamba Allah
Kredit:thereporter

Wanita Terhebat Dalam Sejarah Dinasti China! Puteri Ini Berjaya Membuat 6 Maharaja Jatuh Cinta Padanya, Bahkan Dia Telah Melalui “Hal Menyeramkan Ini”!

Ada banyak sekali wanita cantik yang dinikahi Maharaja dalam sejarah. Namun, hanya ada satu wanita cantik yang dapat membuat 6 Maharaja jatuh cinta kepadanya.
Xiao adalah seorang putri sebelum menjadi ratu. Ayahnya adalah Maharaja dinasti selatan yang bernama Xiao Ming. Ketika Xiao lahir, banyak orang yang kagum dengan kecantikannya.
Xiao sendiri lahir pada bulan Februari. Kebiasaan setempat percaya bahwa anak yang lahir pada bulan Februari itu tidak beruntung. Oleh karena itu, ayahnya memberikan Xiao kepada sepupunya, Xiao Yu. Setelah ayah angkatnya Xiao Yu meninggal, Xiao pun diadopsi oleh pamannya, Zhang Yan.
Suatu hari, putra kedua Maharaja Yang Jian yang bernama Yang Guang sedang mencari seorang istri. Setelah tahu tentang berita tersebut, Maharaja Xiao Ming segera pergi meramal apakah ada putrinya yang cocok untuk dinikahkan dengannya. Namun hasilnya nihil, tidak ada satu pun putri disampingnya yang cocok untuk dinikahkan dengan Yang Guang. Akhirnya, Maharaja Xiao Ming pun menjemput Xiao kembali dari Zhang Yan. Ia mencoba meramal Xiao jika dijodohkan dengan Yang Guang. Tidak disangka, hasilnya itu sangat bagus. Oleh karena itu, Xiao yang baru berusia 9 tahun dinikahkan dengan Yang Guang yang sudah berusia 21 tahun. Xiao pun menjadi ratu dinasti Jin.
Karena umur Xiao yang masih dini, Xiao tidak segera dinikahkan setelah bergabung ke istana. Istri Maharaja Yang Jian yang kesepian sangat menyukai menantu kecilnya yang sopan itu. Dia memperlakukan Xiao sebagai putrinya sendiri. Dia mengajarkan Xiao membaca, melukis, menulis dan bermain sitar. Pokoknya seluruh hal yang hanya bisa dilakukan wanita cerdas, Xiao bisa. Dalam 4 tahun, Xiao tidak hanya tumbuh menjadi seorang wanita yang cantik, tapi juga berbakat dan serba bisa.
Beberapa tahun pun lewat, sudah waktunya Yang Guang kembali dan menikah dengan Xiao. Saat itu, Yang Guang berusia 25 tahun, sedangkan Xiao 13 tahun. Melihat kecantikan Xiao, Yang Guang langsung suka bukan main. Apalagi setelah tahu ramalan Xiao itu bagus, dia merasa Xiao itu bintang keberuntungannya.
Tidak lama, Yang Guang pun dijadikan Maharaja dan Xiao ratu. Namun, namanya juga Maharaja pasti akan ada banyak istri. Dia membangun 16 tempat dan memilih 16 wanita. Dia juga memilih 340 wanita cantik untuk menyanyi dan menari.
Pada saat ini, ratu Xiao baru mengerti tentang suaminya. Tapi, dia hanya bisa menyesuaikan keadaan dan membuka kedua matanya. Mungkin karena kesabaran ratu Xiao, Maharaja sangat menghormatinya.
Mereka pun hidup bersama selama 20 tahunan. Pada suatu musim semi, terjadi sebuah pemberontakan. Salah satu pemberontak berhasil masuk dan membunuh Maharaja Yang Guang yang saat itu berusia 50 tahun. Sedangkan ratu Xiao yang masih sangat menawan pun ditangkap dan dijadikan tahanan.
Dulunya, Yu pernah jatuh cinta dengan ratu Xiao. Setelah membunuh Maharaja Yang Guang, dia mengancam nyawa anaknya dan memaksa Xiao untuk menjadi istrinya. Xiao hanya bisa menuruti, karena dia tahu itulah satu-satu caranya untuk hidup. Segera, keagungan sang ratu pun lenyap.
Namun, kekejian Yu membawa malapetaka pada dirinya. Seorang prajurit Xu Jian De menyerang Yu dan pada akhirnya berhasil menang. Dia pun menjadi Maharaja dan menjadikan Xiao yang masih menawan sebagai ratu.
Pada saat ini, kekuatan orang Turki utara berkembang pesat. Adik perempuannya Yang Guang yang menikah dengan orang Turki mengirim prajurit untuk menjemput Xiao kembali. Xu Jian De yang tidak berani menghadapi orang Turki pun menyerahkan Xiao.
Raja Turki, Wang langsung menyukai Xiao saat pertama kali melihatnya. Pada malam hari, putri Xiao pun langsung berubah menjadi ratu Xiao.
Ketika Raja Wang meninggal, adiknya Pi Li menggantikannya sebagai raja. Menurut kebudayaan orang Turki, istri dari raja boleh dimiliki orang raja yang baru. Meskipun umur Xiao jauh diatas raja Pi, tapi kecantikan Xiao membuatnya jatuh cinta.
Beberapa tahun kemudian, dinasti Tang mengiring jenderal Li Jing untuk mengalahkan tentara Turki dan menjemput Xiao. Pada saat ini, Xiao sudah berusia 48 tahun. Ketika Xiao sampai di kerajaan Tang, kecantikannya membuat Maharaja Tang yang berusia 33 tahun bergetar. Dia pun dijadikan ratu olehnya.
Ratu Xiao menghabiskan 18 tahun dengan damai di kerajaan Tang. Ratu Xiao meninggal pada usia 67 tahun.

Sumber: Pixpo

Kenapa rezeki selalu tak cukup? Sebab berhutang nafkah dengan isteri


Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. 
Janganlah diabaikan nafkah isteri. Biarpun hanya sedikit, berikan kepada isteri kerana pentingnya isteri redha dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak redha, bimbang sempit rezeki suami. 

Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua. 

PERKARA yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? 

Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri? Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu?

Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan. 

Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? 

Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?

Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga. 

Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat. Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aaminn. 

Sumber: Khairul Johari
Kredit:thereporter

12 INDIVIDU PAMER KREATIVITI DALAM SITUASI YANG TIDAK DIJANGKA. ANDA PASTI SUKAKANNYA



Kebanyakan produk yang dicipta dan terdapat di pasaran mempunyai fungsi tersendiri yang sudah tentu bertujuan untuk memudahkan kerja manusia.
Seterika untuk menggosok pakaian, sinki untuk membasuh pinggan kotor dan tangan untuk memegang sesuatu. Namun tahukah anda, segelintir manusia di muka bumi ini mempunyai gabungan tiga jenis sikap iaitu malas, pintar dan ‘gila-gila’ dalam melakukan sesuatu perkara.
Hasil gabungan ketiga-tiga sikap tersebut pastinya mendatangkan idea yang luar biasa kreatif! Tidak percaya, cuba lihat gambar-gambar yang ingin kami kongsikan di bawah.
#1 Jika pintu kereta rosak dan tidak boleh ditutup, anda mungkin patut fikirkan cara ini
#2 Dapur kehabisan gas dan anda sedang berlapar? Seterika kan ada!
Kredit: domingo
#3 Abang saya kini menemui cara baharu untuk mengatasi masalah pencukur yang patah
Kredit: unknown/imgur
#4 Jangan risau… Saya tidak akan tambah dua tiga kali
#5 Bajet tidak mencukupi untuk membeli pemegang mikrofon? Kepitkan sahaja pada batang kayu di belakang rumah
#6 Dengan adanya gelongsor tong sampah ini, saya tidak lagi bersusah-payah untuk membuang sampah
#7 Apabila anda bakal berhijrah ke negara Asia Timur dan perlu belajar budaya mereka
#8 Aktiviti membersihkan pinggan mangkuk sambil menyejukkan badan yang dilakukan pada masa yang sama. Bijak atau terlebih malas?
#9 Tiada monopod? Guna kaki pun boleh…
#10 Anda mahu berbasikal tetapi keadaan jalan raya terlalu gelap dan tiada lampu. Ini jalan penyelesaiannya!
Kredit: tesladownunder
#11 Jangan cuba tiru aksi ini di rumah…
Kredit: Samuraika/imgur
#12 Ingin bersihkan jalan raya daripada salji tebal dengan mudah? Tak perlu gunakan penyodok. Kita bakar sahaja!!!
Kredit:Era Baru

Jumaat, 6 April 2018

15 orang yang mengalami hari yang tidak bernasib baik

15 orang yang mengalami hari yang tidak bernasib baik
Kalau ditanya, memang tiada siapa yang mahu mengalami hari yang buruk. Jangan bersedih jika anda menempuh hari yang kurang bernasib baik, kerana semua orang tidak dapat lari daripadanya dan mungkin terdapat orang yang mengalami nasib yang lebih teruk daripada anda.
Gambar-gambar berikut adalah bukti yang menunjukkan bahawa perkara-perkara buruk berlaku kepada semua orang:
#1. Permulaan yang baik untuk hari ini.
Kredit foto: © TysonJJarrett/imgur
#2. Cara mudah dan cepat untuk potong jambang.
Kredit foto: © junkhacker/reddit
#3. Ini sama buruknya seperti menjatuhkan sudu ke dalam sup anda.
Kredit foto: © tab232/reddit
#4. Pemilik kasut ini tidak mempunyai hari yang terbaik.
#5. “Nampaknya saya tidak mendapat surat hari ini.”
Kredit foto: © lear85/reddit
#6. Tidak seperti yang ditulis di cawan tersebut.
Kredit foto: © mourninshift/reddit
#7. “Bantal bulu meletup di dalam mesin basuh saya.”
#8. “Belon kakak saya terlepas terbang sebelum majlis graduasinya bermula.”
Kredit foto: © talkingbird9/reddit
#9. “Tolong berikan saya botol yang lain.”
Kredit foto: © Pizanch/reddit
#10. Bateri telefon dah tinggal 1%, kabel USB pula rosak.
#11. Bagaimana ini berlaku?
Kredit foto: © who717/reddit
#12. “Hari terburuk!”
#13. Lebih baik menjauhkan diri daripada ini.
Kredit foto: © basshead541/reddit
#14. Salah anda meletakkan kenderaan di situ atau salah burung?
Kredit foto: JoshBoss5
#15. Mungkin akibat terlalu mengantuk.
Kredit foto: PoopShootBandit
Sumber: BRIGHT SIDE
Kredit:Era Baru

Pernah Bermimpi SUSUKAN BAYI Atau MENDUKUNG BAYI?! Ini Maksud JELAS Mimpi Anda

Samada saka atau sihir, kedua-duanya dari sebab gangguan jin. Baca selanjutnya berkenaan mimpi menyusukan bayi dan bermimpi mengendong bayi.
PERNAH BERMIMPI PELIK?
Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approvekan sharing saya ni. Saya selalu jadi tukang baca dalam page ni. Banyak benda saya dapat. Yang baik yang buruk. Hehe. Mungkin hari ni perkongsian saya boleh jadi manfaat untuk orang lain. Insyaa Allah.
Saya nak share satu perkongsian yang mungkin ramai pernah hadapi, atau pun ramai yang tak berapa ambil kisah hal ni.
Siapa pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain tengah dukung), dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang jugak kita mimpi ada orang nak bagi bayi tu dekat kita? Masa nak dukung tiba-tiba tersedar dari tidur.
Untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ni. Untuk yang tak tahu sebenarnya mimpi bayi ni bermakna kita sedang dalam gangguan jin atau lebih tepat sebagai saka.
Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tu dalam mimpi kita. Kalau dah start dukung tu bermakna kita dah terima saka ataupun jin dah ada masuk dalam badan.
Pernah ada sahabat yang mesej saya bertanya pasal gangguan jin ni. Dia kata dia selalu susah tidur malam. Kadang-kadang dia nampak kelibat lembaga hitam. Dia selalu mimpi dia sedang menyusukan bayi. Sampai dia rasa sayang dengan bayi tu. Rupanya dia pernah terima saka dari arwah nenek dia waktu dia masih kecil. Tanpa dia tahu.
PESAN ALMARHUM TUAN GURU HARON DIN
Almarhum Tuan Guru Haron Din dulu pernah bagitahu bila kita boleh nampak benda halus,bukan bermakna kita ada kelebihan. Tapi mintalah dengan Allah supaya sembuhkan kita dari penyakit tu, bila sampai tahap kita boleh nampak macam-macam benda ghaib bermakna kita sedang dalam sakit. Jangan berbangga dengan benda-benda macam ni. Kalau boleh cari lah perawat dari pusat rawatan Islam minta rawat dari penyakit ni. Takut menjadi mudarat dengan diri kita nanti.
Ada tak antara teman-teman pembaca yang pernah terima barang kemas warisan nenek moyang? Ataupun barang-barang yang dibuat dari emas. Selalunya barang kemas ni nenek moyang kita akan bagi sebelum dia meninggal dunia. Boleh jadi masa tu lah saka tu diwarisi. Kita terima barang kemas tu bermakna kita sedang warisi saka dari nenek-nenek kita tanpa sedar. Ada jugak kawan saya pernah tanya pasal gangguan yang dia alami. Bila saya tanya lebih lanjut rupanya dia pernah terima barang kemas (emas) dari arwah nenek dia beberapa minggu sebelum nenek dia meninggal. Bila saya bertanya baru dia sedar rupanya gangguan yang dia alami bermula selepas dia terima barang kemas yang nenek dia beri kepada dia.
‘PEWARIS’
Orang yang ada saka ni, selagi dia tak wariskan saka dia tu pada orang lain dia memang akan susah nak meninggal dunia. Mungkin dia dah meninggal tapi saka tu masih akan tetap hidup dalam badan dia. Menyebabkan dia nampak masih hidup pada waktu tu. Arwah atuk saya, beberapa hari sebelum dia meninggal rupa dia dah lain dah. Waktu tu kami sekeluarga jumpa dia dekat emergency room. Saya cuba pegang tangan atuk saya, lepas tu saya tengok muka dia dah macam bukan rupa atuk saya. Mungkin cuma perasaan saya je waktu tu. Tapi lepas beberapa hari, bila atuk meninggal baru lah nampak muka atuk yang kami kenal selama ni. Sebelum tu memang nampak lain. Saya memang tahu atuk ada saka. Mungkin saka tu dah diterima orang lain dah. Tapi tak tahulah siapa yang terima. Lepas tu atuk pun pergi jauh tinggalkan kami semua.
Dulu, saya selalu mimpi benda tak baik. Pernah beberapa kali saya mimpi orang bagi benda dalam plastik hitam. Orang dalam mimpi tu perempuan rambut panjang. Pernah sekali saya terima plastik tu, bila saya buka isi dalam plastik tu daging mentah. Esoknya bila bangun dari tidur seluruh keluarga sakit. Rupanya mimpi tu petunjuk sihir yang dihantar dekat keluarga kami. Ada yang kata best dapat mimpi petunjuk macam ni, tapi sebenarnya tak best pun. Dalam mimpi macam-macam benda saya nampak. Dan saya tak suka tengok benda tu dalam mimpi saya. Saya tak suka mimpi benda-benda yang menakutkan. Saya tak suka dengan perempuan yang saya nampak dalam mimpi saya. Saya selalu tak dapat tidur lena bila dah mula mimpi maca tu. Alhamdulillah sekarang saya dah tak mimpi buruk-buruk dah. Saya selalu minta dekat Allah saya tak mahu mimpi macam tu lagi.
Sebenarnya nak cakap, benda mimpi bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita asyik mimpi benda yang sama maknanya ada lah maksud mimpi tu yang sebenar.Saya bukanlah arif sangat dalam benda ni. Saya cuba belajar, kadang-kadang saya baca. Dengar ceramah pasal SAKA dan SIHIR ni. Sekiranya ada mana-mana bahagian dalam cerita saya ni yang salah, mohon sesiapa tolong betulkan.
Apa yang saya share bukan bermaksud saya berlagak pandai dalam bab ni, tapi saya nak share pengalaman saya yang mungkin ada sebahagian pembaca alami jugak. Mungkin ada yang alami benda sama tapi tak tahu benda ni jadi sebab apa. Mana tahu ada yang nak share cerita sendiri. Boleh jugak tambah apa yang saya dan teman pembaca yang lain tak tahu. Boleh sama-sama tambah ilmu. Sebab bab sihir ni boleh jadi isu hidup dan mati. Saya dah puas dengar cerita orang meninggal sebab sihir. Saya dah puas tengok macam mana teruknya kesan sihir ni dekat keluarga orang lain. Sihir ni teruk macam mana pun insyaa Allah ada jalan sembuhnya.
Saya pernah nampak dengan mata kepala saya sendiri seorang budak yang satu badan penuh dengan kudis, tak mampu berjalan dah nak berdiri pun dah tak boleh. Dalam tempoh beberapa tahun dia sihat alhamdulillah lepas bertahun-tahun berubat dengan Darussyifa’. Saya sendiri nampak macam mana dia berubah, dari pertama kali dia datang didukung ayah dia dan bila dia sihat mampu berjalan dengan baik tanpa perlu didukung lagi. Kulit dia pun dah pulih walaupun masih ada parut yang tinggal tapi lebih baik dari kudis-kudis yang pernah ada dekat seluruh badan dia dulu.
Macam makin lama makin panjang lah pulak cerita saya ni. Hehehe. Insyaa Allah ada kesempatan lain hari saya share cerita lain pulak. Terima kasih semua yang dah membaca. Selamat berkongsi ilmu ^^
Sumber:kisahhati.website

Terlalu Kaya Dan Mewah, Jutawan Pakai Barangan Kemas RM386,000 Sebelum Dibakar




Seorang ahli perniagaan dan juga jutawan hartanah yang terbunuh akibat ditembak telah dipakaikan barang kemas yang bernilai sebanyak AS$100,000 (RM386,000) semasa diletakkan di dalam keranda.
Jutawan itu, Sheron Sukhdeo berumur 33 tahun mati ditembak di luar rumah ibu bapa isterinya di Chaguanas, di negara Trinidad dan Tobago pada jumaat lalu.
Ketika upacara pengebumian tersebut, mayat Sukhdeo dibaringkan bersama emas bernilai AS$50,000 (RM193,000) di dalam keranda. Barangan kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas turut menghiasi mayat berkenaan.
Selain itu, mayat Sukhdeo dibawa ke tempat pembakaran mayat dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley bernilai AS$150,000 (RM580,000). Walau bagaimanapun, barang kemas yang dipakai telah dibuka sebelum mayatnya dibakar.
Menurut portal sebuah portal di negara itu, pihak polis sedang menyiasat kemungkinan Sheron dibunuh oleh ahli kumpulan jenayah Rasta City, namun ada juga yang mengaitkan masalah keluarga dengan kematian jutawan hartanah tersebut.
Kredit:www.taiko.fun