ads1
Jumaat, 30 Jun 2017
TERKINI: Benua Antartika Yang Dipenuhi Bongkah Ais Gergasi Dan Salji Tebal Sudah Bertukar Jadi KEHIJAUAN!
Salah satu dari 5 benua terbesar, yakni antartika yang seharusnya ditutup dengan ais di seluruh datarannya, rupanya itu semua tinggal mitos belaka.
Bagaimana tidak? para peneliti di Antartika menemukan lumut yang tumbuh cepat di semenanjung utara Antartika. Ini membuktikan adanya perubahan iklim di dataran paling tinggi di planet ini. Bahkan ditengah pemanasan global selama 50 tahun terakhit, sudah ada 2 spesies lumut yang tumbuh semakin cepat.
Dikutip dari kompas, “Orang-orang berpikir bahwa Antartika adalah tempat yang diselimuti es, tapi temuan kita menunjukkan bahwa bagian itu telah menjadi hijau dan akan semakin hijau,” kata Matthew Amesbury, peneliti Universitas Exeter, Inggris dan penulis utama dari studi ini.
Penemuan yang dipublikasikan di Current Biology ini juga menunjukkan bahwa walaupun pada saat ini tumbuhan hanya melingkupi kurang dari satu persen wilayah Antartika, tetapi lumut sudah mulai tumbuh di beberapa bagian benua tersebut yang mencair karena datangnya musim panas.
Ketika musim panas tiba, lumut membuat lapisan tipis yang kemudian membeku selama musim dingin. Lalu, ketika musim panas kembali, lumut membuat lapisan baru di atas lapisan yang lama dan perlahan-lahan, lumut tua turun ke bawah tanah yang beku. Di sini, lumut terpelihara dengan baik dan menjadi catatan perubahan.
Foto yang diambil para peneliti selama menjalani tugasnya juga menunjukkan lanskap hijau yang mencolok. “Jika emisi gas rumah kaca berlanjut tak terkedali, Antartika akan kembali lebih mundur dalam waktu geologi. Mungkin suatu hari nanti, semenanjung Antartika akan menjadi hutan kembali seperti iklim rumah kaca di periode Cretaceous dan periode Eocene saat benua bebas dari es,” kata Rob DeConto, glasiolog dari Universitas Massachusetts.
Meski begitu, pertumbuhan lumut di Antartika lebih lambat daripada di kutub utara. Dengan begitu para peniliti berharap agar ini bisa menjadi media pengimbang hilangnya karbon akibat global warming. Lantas, apakah ini merupakan musibah ataukah menjadi berkah?
Selamatkan penalti bukan kebetulan
WIRA Chile, Claudio Bravo menafikan kejayaannya menyelamatkan tiga tendangan penalti Portugal dalam saingan separuh akhir Piala Konfederasi semalam hanya kebetulan.
Sebaliknya kata penjaga gol Manchester City itu, ia hasil latihan dan tindakan tepat membaca tendangan yang akan ditujukan oleh pemain lawan.
"Kebetulan? Saya tidak berasakan apa yang saya lakukan dalam perlawanan ini (menyelamatkan penalti) sebagai satu kebetulan. Saya banyak berlatih dan membaca strategi pemain lawan.
"Rahsia yang sebenar-benarnya ialah anda perlu yakin dan berusaha sedaya upaya memenangi perlawanan.
"Berjaya menewaskan juara Eropah sudah tentu akan menjadi pembakar semangat kami untuk berjaya di perlawanan akhir dan menjulang Piala Konfederasi tahun ini," katanya.
Bagi Bravo, tiada yang lebih memuaskan hatinya selain daripada membawa pasukan mara ke pentas akhir dan menjulang Piala Konfederasi tahun ini.
Dalam perlawanan awal pagi semalam, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.
Bravo tampil cemerlang apabila menggagalkan tiga sepakan penalti berturut-turut yang diambil Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani, sementara Arturo Vidal, Charles Aranguiz, dan Alexis Sanchez tidak mensia-siakan peluang itu dengan menyempurnakan kesemua sepakan penalti untuk Chile.
INI SEBAB YANG TAK MASUK AKAL KENAPA LELAKI “KACAK” INI MENJADI REBUTAN RAMAI WANITA!
Lelaki bernama ‘WayanRW’ ini memang terkenal di laman media sosial. Namun tidak diketahui secara pasti siapa sebenarnya dirinya.
Tetapi yang heboh, kerana Wayan yang dipercayai berasal dari Indonesia telah mengaku secara terbuka sebagai lelaki paling kacak dan jadi rebutan ramai wanita cantik. Ramai wanita mengakui yang ‘WayanRW’ in mempunyai wajah yang unik dan “self confident’ yang tinggi membuatkan ramai jatuh hati!
Di facebook, WayanRW mengaku sudah penat memiliki wajah kacak. Wayan sendiri menyandang sebagai ‘lelaki paling kacak’ kerana gambar-gambar dalam akaun tersebut memaparkan dia bergambar bersama ramai wanita cantik.
Bukan sekadar gambar, tetapi Wayan kelihatan memeluk wanita tersebut. Pendapat anda sendiri, adakah Wayan kacak? Lihat gambar-gambar WayanRW di bawah ini:
Ronaldo ambil cuti awal
CRISTIANO Ronaldo mengesahkan dirinya bakal terlepas aksi penentuan tempat ketiga keempat Piala Konfederasi.
Ini berikutan kelahiran anak lelaki kembarnya ketika beliau sedang beraksi dalam perlawanan separuh akhir bertemu Chile awal pagi semalam.
"Di saat saya sedang beraksi sepenuh jiwa dan raga untuk pasukan kebangsaan Portugal, saya telah mendapat berita mengenai kelahiran putera kembar saya.
"Walaupun saya dan pasukan gagal mencapai target utama kami untuk menjuarai Piala Konfederasi tahun ini, tetapi saya yakin kami akan terus memberi kejayaan kepada Portugal.
"Terima kasih diucapkan kepada Presiden Federasi Bola Sepak Portugal dan keseluruhan pasukan kebangsaan yang membenarkan saya pulang awal untuk bersama dengan anak saya buat pertama kalinya.
"Jasa kalian membuatkan saya tersentuh dan tidak akan melupakannya sampai bila-bila," katanya.
Khamis, 29 Jun 2017
5 Khasiat Mengamalkan Minum Air Rebusan Beras Yang Ramai Dari Kita Tak Tahu..SANGAT MENAKJUBKAN!!
5 Khasiat Mengamalkan Minum Air Rebusan Beras Yang Ramai Dari Kita Tak Tahu..SANGAT MENAKJUBKAN!!
30 Jun 2017
Orang tua kita dulu rajin buat air rebusan beras. Adakah anda tahu apa kegunaan air ini?
1. Merawat Rambut
Cuci rambut dengan biarkan selama beberapa minit sebelum mencucinya. Rendam air beras tertutup (setengah cawan beras dan dua cawan air). Rendam selama 30 minit sebelum guna.
2. Wajah yang berseri dan anti penuaan
Basuh muka anda dengan air dan sapukan air beras (sejuk).
3. Merawat kulit ruam, jerawat dan gatal
Siram atau menyapu di bahagian yang terjejas dua kali sehari. Guna air beras yg sejuk.
4. Ekzema
Merawat bahagian yang terjejas dengan air beras sejuk. Jadikan sebagai amalan harian.
5. Cirit-birit
Mengambil air nasi dan sedikit garam (kacau) untuk diminum
Cerita Kenapa WAK DOYOK TAKNAK Pakai TOYOTA VIOS Tapi Pakai BMW E90 ..
Cerita Kenapa WAK DOYOK TAKNAK Pakai TOYOTA VIOS Tapi Pakai BMW E90 ..
June 29, 2017
admin
Leave a comment
Daripada beli Vios 1.5 2017 diharga RM80k hutang, lebih baik beli BMW 3 series E90 2006/2007 di harga RM65k tunai (nego).
Dari segi teknologi, BMW masih jauh ke hadapan. Teknologi push button tu, tahun 2004 lagi dah ada. Perdana sampai hari ini masih start pakai kunci.
Cuba pandu Vios dikelajuan 180km/j. Mesti isteri kat sebelah mengomel,
“jangan bawa laju laju bang”.
Bunyi angin bukan main kuat. Seram. Kalau lalu line kanan di highway, kereta belakang mesti tembak lampu tinggi. Tak pun, kena sondol. Sebab kereta anda tidak cukup performance. Kan dah tak boleh kejar masa. Pasrah.
Handling goyang. Kena badan terlalu letih, mata mengantuk. Nak cari R&R, jauh lagi. Silap hari bulan, terbabas. Sistem keselamatan tidak mendukung sebab mampu beli low spec saja – Risiko kematian tinggi sekali.
Semua ini tak terjadi pada kereta buatan jerman itu. High spec. Kelajuan 200km/j, masih boleh lepas dua tangan untuk check allignment lagi.
Tidur anak insyaallah tak terganggu.
Tapi bukan bermakna pandu laju itu bagus. Hanya buat perbandingan dari aspek performance dan keselamatan.
Kalau tiba-tiba terlanggar lubang atau obstacles yang ganggu handling, dia ada sistem utk luruskan balik kenderaan.
Bagi yang ada jiwa sport, kalau berselisih dengan vellfire, nissan GTR, camry, hilux turbo, honda civic, volkswagen itu boleh bagi salam perkenalan lah.
Besok nak jual kembali, harga vios jatuh 50%. Kalau ini, paling 10 – 20% sahaja.
Artis yang pakai BMW model E90 ini setahu saya, Wak doyok. Orang fesyen.
Tapi kereta dah make up habis. Bagi saya, tiada originaliti.
Sumber: FB Ahmad Aizatnur Zakaria
: Pendapat admin .. kereta mmg perlu selesa lelagi utk family tapi kena ikut atas kemampuan .. kenapa wak doyok pakai bmw? sebab dia mampu .. rezeki dia murah .. tak perlu kot nak bandingkan dgn orang lain ..
Rabu, 28 Jun 2017
Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
Laluan kura-kura disediakan di sebuah landasan kereta api di Kobe, Jepun
Era Baru Ed 26/06/2017
inShare
Share this on WhatsApp
Dalam arus pemodenan, perkara yang sering diutamakan ialah laluan untuk kenderaan dan manusia. Jarang sekali kita memberi tumpuan kepada haiwan demi memudahkan pergerakan mereka.
Di Kobe, Jepun, terlalu banyak kura-kura melalui landasan kereta api sehingga ada yang mati dan menyebabkan perjalanan kereta api terjejas.
Kura-kura melalui jalan kereta api kerana laluan ini mudah untuk ke kolam yang juga habitat mereka.
Oleh itu, para jurutera membina laluan khas untuk kura-kura berjalan di sepanjang laluan kereta api supaya mereka semua selamat dan bebas bergerak.
Menarik, bukan?
Suma Aqualife Park ialah akuarium dan pantai terbesar di Jepun. Tempat pelancongan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.
Pengunjung perlu menaiki kereta api untuk sampai ke kawasan ini. Di landasan inilah, terdapat laluan khas untuk kura-kura berjalan.
Sebelum laluan ini dibina, kura-kura terpaksa melalui jalan di celah-celah laluan kereta api hingga ada yang terperangkap dan tercedera.
Oleh itu, inisiatif membina laluan khas kura-kura telah menyelamatkan populasi dan membebaskan mereka untuk bergerak.
Laluan ini dibina hasil kerjasama antara Suma Aqualife Park dengan West Japan Railway Company.
Idea hebat daripada para jurutera ini ternyata membuahkan hasil kerana kematian kura-kura disebabkan oleh kereta api menurun secara drastik.
Langgan:
Catatan (Atom)