ads1

Ahad, 25 Februari 2018

Rahsia Suami TERBONGKAR, Ibu Saudara Tikam Anak Saudara Sendiri

Wanita parah dikelar oleh ibu saudaranya kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya dalam kejadian di rumah pekerja ladang Jeroco, Kinabatangan, semalam.
Kejadian 7.57 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang cedera di kepala, betis, lutut akibat ditikam dengan pisau berukuran 30 sentimeter dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh pihak pengurusan ladang berkenaan sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga ibu saudara mangsa dikatakan berang kerana mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

“Mangsa yang sedang berehat di hadapan rumahnya didatangi suspek dan menyerang dengan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga mangsa cedera di kepala, kesan kelar di jari, lutut dan betisnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu segera ke lokasi kejadian dan membuat tangkapan ke atas suspek dan merampas sebilah pisau yang digunakan ketika kejadian.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk menerima rawatan lanjut.

“Suspek berusia 33 tahun dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kinabatangan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam.

Mangsa adalah janda dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.

BACA JUGA : Simen Mayat Kekasih Dalam Tab Mandi

Seorang wanita yang merupakan pekerja pusat karaoke di temukan mati, dipercayai diperkosa dan dibunuh oleh kekasihnya sendiri sebelum mayatnya disemen di dalam bak mandi dalam kejadian yang berlaku pada jumaat semalam di jawa tengah desa Desa Puguh.

Menurut sumber berita,pihak polis yang menyadari keberadaan mayat wanita malang yang dikenali sebagai Fitri itu, bermula dari rumah suspek yang di periksa bagi mencari barang bukti atas satu kes rompakan.

Melihat tumpukan simen yang mencurigakan di dalam bak mandi,pihak polis membongkarnya untuk tujuan mencari barang bukti ,namun situasi menjadi kecoh apabila pihak polis menemukan mayat seorang wanita separuh bogel disemen didalam bak mandi berkenan.

Polres Kendal Ajun Komisaris Polisi (AKP) Aris Munandar mengatakan,mayat dipercayai dibunuh sejak seminggu lalu sebelum mayatnya di semen di dalam bak mandi rumah suspek.

“Selama seminggu ini pihak keluarga mangsa itu juga cuba menguhubunginya namun gagal ,kami juga menerima laporan atas kehilangan mangsa “katanya

Sementara menurut jiran suspek,dia melihat suspek membawa kekasihnya itu pada malam jumaat lalu kedalam rumah,dan tidak pernah dilihat sejak daripada itu.

Sehingga kini pihak polis masih lagi mengembakan siasatan bagi mengetahui motif pembunuhan,sementara mayat mangsa di bawa ke hospital Bhayangkara Semarang untuk di bedah siasat

Kredit : EBerita
Kredit:bicaraislam.info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan