ads1

Isnin, 30 April 2018

Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.


BAYI TERTELAN BATERI!
SubhanAllah! Ni sah bateri bulat kecil yang dari mainan berelektronik!
Doktor yang bertugas memang mengurut dada. Malas nak bebel panjang-panjang kat mak bayi tu. Lain kali la bagi tazkirah. Muka mak budak tu rilek saja. Dia memang tak tahu apa yang sebenarnya yang menunggu akibat tertelan bateri tu. Bagus juga dia tenang sebenarnya. Kang stres pula doktor nak terangkan pada mak bayi tu.
Macam-macam la kecuaian yang berlaku akibat terlepas pandang. Nasiblah mak tu cepat datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Mak bayi umur 7 bulan tu tengah kelam kabut nak siapkan makan tengahari bila bayi tu main-main dengan abangnya yang berusia 6 tahun. Digigit-gigit agaknya mainan tu terus la tercabut penutup bateri tu. Apa lagi, 1 bateri pun dah masuk mulut. Yang 2 lagi ada kat luar.
Nakkan kepastian, buat XRay.
Nah! Nampak terang benderang bateri kat perut dia. Doktor tu terus minta mak jangan bagi bayi tu minum atau makan apa. Segera doktor tu buat surat rujukan ke hospital. Dahlah tempat tinggal pesakit tu terperuk di hujung dunia. Nak sampai hospital paling koman 2 jam. Hospital daerah yang ada tu takde pakar bedah kanak-kanak. Bayi tu nampak stabil masa tu. Harapnya sempat sampai hospital.
Awal pagi tadi, diberitahu yang bateri tu dah selamat dikeluarkan dari perut bayi tu melalui prosedur endoskopi. Nasiblah juga boleh keluar tanpa pembedahan abdomen.
MAK AYAH!
Bateri tu nampak macam benda biasa-biasa macam tertelan mainan plastik ke, duit syiling ke, atau seangkatannya. JANGAN SALAH ANGGAP. Bateri tu mengandungi logam berat seperti zink, merkuri, nikel, kadmium dan litium. Ia juga ada larutan berkepekatan tinggi yang menghakis seperti kalium atau natrium hidrosida. Rupanya nampak naif tapi bahaya menanti!!!
Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.
Kalau bateri tu sangkut kat esofagus, iaitu saluran makanan, ia mesti dikeluarkan segera. Sebab? Ia sama ada akan:
1. Menekan pada esofagus
2. Menghakis dinding esofagus dari larutan
alkali bateri tu
3. Aliran elektrik yang mungkin terhasil
Kalau bateri tu boleh lepas ikut esofagus, ia akan masuk ke perut. Kecederaan pada dinding perut boleh berlaku dalam masa 1 jam. Perut boleh bocor keseluruhannya dalam masa 4 jam! Kalau dah pecah tu, jawabnya memang kena buat pembedahan besar dan boleh jadi rumit sangat. Nak kena jahit balik perut tu bukan benda boleh ambil ringan. Komplikasinya banyak!
Kalau mak ayah suspek anak tu tertelan bateri, TERUS BAWA KE HOSPITAL TERDEKAT SECEPAT MUNGKIN! Sebab selalunya memang takde simptom yang kita boleh nampak kalau dia baru je telan bateri. Simptom akan ketara bila bateri dah mula bertindakbalas dalam sistem penghadaman.
Tanda-tanda bayi yang tertelan bateri:
 
1. Muntah
2. Sedu
3. Sakit abdomen
4. Demam
5. Merengek dan meragam
6. Susah atau sesak nafas – kalau bateri
masuk kat saluran pernafasan, ni
memang bahaya sangat
7. Ruam timbul akibat alahan kepada logam
berat
8. Najis mengandungi darah
Langkah-langkah pencegahan:
1. Bateri jenis apa pun, sila lah simpan
dekat dalam bekas bertutup rapat dan
letak jauh dari anak-anak.
2. Penutup bateri pada mainan anak kita
tu, kita letaklah plaster untuk pastikan
bateri tu tak tercabut.
3. Kalau anak tu masih bayi, jangan bagi
mainan yang ada bateri.
4. Beli mainan yang penutup baterinya
diskru rapat dan bukannya hanya dengan
klip saja. Dan tampalkan plaster.
5. Mak atau ayah yang kena tukarkan
bateri mainan tu. Bukan anak kita tukar
sendiri.
6. Kalau mak sibuk di dapur, letakkan bayi
kecil tu dalam play-pen yang selamat
untuk mengelakkan dia kutip segala
benda masuk mulut.
Ni pengajaran besar untuk mak ayah bayi tu. Semoga kita pun ambil iktibar. JANGAN AMBIL MUDAH BAB KESELAMATAN DI RUMAH!
Semoga bayi ni cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah dengan sihat walafiat. In shaa Allah.
NAMA DOKTOR, PESAKIT, KLINIK, HOSPITAL DIRAHSIAKAN.
Bukan kes pertama
“cerita seakan sy..terus ke hosp terdekat,yg ada hosp daerah je,hosp besar jauh..mmg lama menunggu giliran dipanggil..tp alhamdulillah doktor kata akan keluar melalui najis..sgt2 mendebarkan😁😁 ” – Salbiah Mokhtar
Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.
“Ini bateri lithium. Anak saya baru tertelan bulan lepas. Saya tunggu kat emergency lama nak masuk ank tggu xray.saya faham xmengapa. Hanya dapat lactulose untuk keluarkan secara natural.” – Nizah Nizot
Anak gigit-gigit mainan.Tiba-tiba bateri mainan hilang.

Bila Dalam Bilik Isteri Layan Lain Walaupun Luar Nampak Kasar. Hehe

Gambar Sekadar Hiasan
Tak cantik, kulit agak gelap. Dr mula bertunang lg, aku mcm frust jugak la. Ingtkn kakak ipar ni cantik lawa la sampai abg aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.
Kawan2 aku excited nk tgk gmbr kakak ipar aku, tp aku malu sbb kakak ipar aku biasa2 je. Abg aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3 bulan mcm tu terus nikah.
Lepas kawin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dgn kami. Gayanya agak kasar, dan dia mmg lasak mcm jantan. Aku sendiri kadang hairan knp abg aku syg sgt dekat dia.
Pernah sekali, aku nampak dia pnjat tangga, tukar lampu dapur sorang2. Pokok rambutan belakang rumah aku pn selamba sahaja dipanjatnya. Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan ckp kt ummi, kakna dh serupa beruk. Dia xdela pandai sgt masak, tp dia selalu tolong ummi kt dapur.
Kdg2 dia tlg ambil adik aku kt asrama, adik aku bgtau kakna bawak kereta mcm org gila, laju mcm bwak ferrari. Tp kakna dlm kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku dtg, dia mmg suka melayan.
baca buku cerita, main colour2 dan lukis,smpai kadang ada yg taknak balik, nk tido dgn kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.
Kakna ni jenis yg happy go lucky jgk la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah.kdg2 kalau org tanya dh berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tp lepas tu kakna sengeh saja.
Ada sekali tu aku baru balik rumah dgn abg aku, tengok kakna tgh pnjat bumbung. Punya la cuak aku menjerit kakna dh gila ke apa. Masa tu abg aku pn melaung sama marahkn dia. Rupanya dia nk ambik anak kucing kt atas bumbung, katanya kesian dr td mengiau xreti trun.
Abg aku marah2 smpai menangis kakna. Itulah pertama kali aku lihat dia menangis. Tp dlm sedu tangisan sempat dia jawab, abg ingat ana boleh tido ke kalau kucing ni mati sbb jatuh dr bumbung?
Baru2 ni, ummi aku sakit trgelincir dlm blik air. Kakna la siang mlm jaga ummi. Kakna aku ni ada lulusan ijazah nurse,walaupn x kerja tp skill dia cukup mantap bg aku yg xpernah jaga org sakit ni.
Mandi, tukar lampin, suap makan,semua kakna buat. Sampaikan aku sdri segan dgn dia. Aku sdri ni pn rasa agak kekok nk uruskn ummi, mujur ada kakna. Pernah aku slow talk ngn ummi, mintak maaf sbb xdpt jaga ummi sepenuh masa.
Ummi ckp xpe, kakna ada. Ummi tau aku xsuka kakna, ummi ckp jgn nilai org luaran sahaja. Tengok dlm ramai2 kakak ipar kamu yg lawa2 tu, ada ke diorg sanggup tggu ummi kt hospital dlu. Aku rasa bersalah sgt kt kakna. Teringat dlu pernah aku ckp2 belakang pasal kakna. Jahatnya aku.
Skrg ummi dh boleh bjalan balik, guna tongkat. Kakna masih duduk dgn kami, walaupn abgku dh beli rumah lain. Kata kakna, nk jaga ummi dlu. Rumah tu xpe, xlari pun. Hubungan aku dgn kakna pn semakin baik.
Beberapa hari yg lalu aku sempat tanya abgku, knp syg sgt dgn kakna? Abg aku jawab, mula2 jatuh cinta dgr suara. Lepas tu abg uji sikit2, alhamdulillah abg yakin dgn pilihan abg.
Aku tnye la, abg xrasa ke kakna tu kasar sikit? Abg aku jawab, dalam bilik lain. Hahahahaha. Bongok gak abg aku ni. Dlm bilik kakna lain walaupun luar nampak kasar. hehe
Kesimpulan
Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini ialah jangan mudah menilai orang daripada luaran.Kenal dulu hati budi baru kita tahu siapa dia.
Biasalah manusia,mana ada yang sempurna,kekurangan pasti ada dalam setiap diri manusia.Kongsikan.Semoga bermanfaat.
Sumber: IIUM

Baru Je Cerai. Janda Ini Terus Hidup Kaya Raya. Ikuti Kisah Janda Anak 2 Ini.

Ini kisah aku, Si Wanita yg menyangka hidupku dulu telah habis dan tamat, diSini bermula kisah coretan hidupku. tanggal dec (tahun ku rahsiakan) aku telah di Nikahi oleh seorg lelaki yg berumur 15tahun lebih Tua driku, ya Lelaki itu suamiku.. aku cuma seorg gdis kampung yg sgt kampungan, remaja desa yg cuma tahu ttg hiruk pikuk desa, di besarkan oleh sebuah keluarga yg ramai adik beradik, dan aku anak ke dua bungsu,aku seorg gadis cilik bertubuh kecil dan cantik(itu kata rakan2ku) juga aku jga seorg yg bercita2 tinggi, saat itu umur ku baru 18tahun..
Baru lepasan SPM ketika itu,(keputusan spm tdk lah secantik mana cukup skdr lulus sahaja) Aku berkhwin dgn suamiku atas dasar kasih dan syg, kami cuma berkenalan di muka buku sekali bersua,suamiku ingin menikahiku, yaa aku terlalu terbuai dgn cerita kawan2 ttg indahnya bercinta selepas NIKAH, permulaan perkahwinan beliau menyanyangiku lebih dari nyawanya,hidupku Alhamdulilah beransur berubah drpd menjadi seorg Anak sawah kampung dan berpindah di Kota metropolitan KL, &akhirnya mjd surirumah spenuh masa..
Alhamdulilah selepas 2bulan bernikah aku di sahkan hamil suamiku adalah insan yg amat gembira, walaupun khdpnku telah berubah namun ibu dan ayahku tak pernah aku lupakan.. Disaat usia perkahwinan kami baru masuk tahun ke 3, umurku baru 21tahun aku sedang mgandungkan anak kami yg ke dua usia kandunganku baru 4bulan aku mulai merasakan sesuatu yg pelik pda suamiku, suamiku enggan mahu bersamaku di ranjang kami sering bertelaga..
Aku hairan apa kurangnya aku menjadi isteri makanan pakaian semua ttg dirinya aku uruskan.suamiku pun bgtu memenuhi keinginanku,cuma dia tmpt ku bgantung bayar kereta,rumah tempat ak berteduh keperluan ku dan bil api kampung pun suami yg byrkan mana mungkin aku boleh hdup tnpa suamiku. Benar kata org, Usah di sangka panas smpai kepetang rupanya hujan di tengah hari..saat kandunganku mencecah 6bulan aku pelik genaplah setengah suamiku mjd org lain. lmbt pulang kerumah dan sering sja megelak bersama dgnku,
Sampaikan 1hari aku memberanikan diri membuka HP suami dan segalanya terungkai. suamiku ada perempuan simpanan lain,& wanita tersebut wanita sepejabat dgnnya,wanita itu tua 5tahun dariku.paling menyedihkan wasap/gambar2 lucah mereka ada di HP suamiku hncur luluh hatiku saat itu, seminggu bertahan akhirnya aku luahkan hasrat hatiku menangis di sejadah sda tiada erti perut ku semakin membesar suamiku semakin menjauh dariku,andai ini takdirku Redha dan pasrah aku padamu ya allah..
Akhirnya ku temui wanita tersebut di pejabat suamiku dan aku sampaikan hasratku aku membenarkan suamiku bermadu di hadapan 6mata, wanita dan si lelaki itu,ya lelaki yg tlh merobek dan menghancurkan isi hati isteri yg bgtu syg dan taat setia pdnya, sayangku pdanya hanya bagiku cuma tukaran maut boleh memisahkan kami.. akhirnya pd ketika kandungan ku 8bulan suamiku dan wanita itu bernikah bersaksikan aku dan anak lelaki kami yg berusia 2tahun stgh,si anak bukti kasih syg kami,yg tdk tahu apa2, ada di bilik tirai agama itu,aku ya aku isterinya,tnpa ada stitik air mata keluar utk nya ya ego ku..ak hamparkan sgalanya demi sygku pdnya demi kasihku yg tak sangup melihat dia bergelumng dgn dosa dan zina,
walhal hari sebelum tarikh nikah suamiku hanya Allah yang tahu hancur hati ku, saat zuriatku menendang-nendang perutku hanya 1 yang aku inginkan saat dia melafazkan nikah cuma satu iatu keadilan namun sayang suamiku telah menyia2kan aku, saat malam pertama suamiku bersama isteri di bilik sebelah (kami serumah) spjg mlam aku menangis sambil memeluk erat anak kami, aku tak mampu ya Allah berikan hamba kekuatan, jesteru malam itu jga ku buat solat istikhorah mnta petnjuk,
ke esokkan harinya ku bgun sprti biasa senyum berlagak biasa meski mereka melihat mataku sembam.. senyuman lirik maduku,wanita,sdrkah kau kau berbahagia dgn kehancuran kaum mu?
hari demi hari berlalu,aku semakin sarat dan semakin menunggu hari aku di perlakukan seolah2 pembantu rumah,jika “giliran” aku utk suami tdur dibilikku,ttpi suami gelisah mahu kebilik sbelah, utk pgetauhan pembaca ak tak perna bertegur sapa dgn maduku, walau mcm mana pun mulia seorg hati aku tak sanggup memandang wajah org yg tdur bersama suamiku..
Maduku jg tk pernah mahu bckp dgn aku, aku sdar aku cuma seorg wanita yg miskin dan mgkin sda tdk ada erti lg di mata suami,dan sampai ke 1tahap aku benar2 tak tahan dgn perangai suamiku yg lansung tak perna melayani batin dan jiwaku,perasaanku di endahkan. melihat aku menangis seolah2 benda biasa bgnya,mereka tertawa bergurau senda dihdpnku seolah2 aku bukan isterinya jga,bckp dgnku juga seolah2 suamiku seakan2 jijik..malah perlahan2 wang nafkah diberikan pdaku jg seakan tdk memadai,fungsi aku di rumah “kami” cuma skdr utk melakukan tugas2 pembantu rumah,
Aku semakin jauh dari hdup suamiku,aku sedar aku cuma perosak kebahagiaan mereka, utk apa lg aku bertahan? aku skrg sudah tdk di perlukan suamiku lg..aku sda tdk memberi erti,suamiku akan lebih bahagia jika tiada aku menyusahkan hdupnya.. dan akhirnya aku mbt kptsan pergi meninggalkan semua ini.. selamat tgl suamiku.. biarkan aku dan anakmu serta yg kau benihkan di rahimku ini hdup bersama meski kami hdup susah takkan ku abaikan anak2ku..
Akhirnnya,anakku di lahirkan annaz naufal nama di beri dan aku telah di ceraikan talak 1.. itu pun melalui sms, saat aku pergi keluar rumah kami cuma sehelai sepinggang..alasan aku diceraikan aku digelar isteri yg nusyuz, aku kembali ke pangkuan keluargaku,aku bkerja di kilang perabot di hjung kampung alhamdulilah aku mampu menampung dua org anakku puteri dan puteraku,
suatu saat tba2 aku di temukan oleh seorg hamba allah beliau mempelawa aku tentang dunia business kecantikan,mula2 aku cuma jd dropship sambil bekerja d kilang dan menjual product kecantikan secara on9,& perlahan2 hdupku berubah,aku berjaya mengumpul wang yg tdk perna kulihat sbnyk angka itu jika bersama suamiku,aku mampu milikinya sndiri , aku mampu mencipta product sendiri hasil cekal dan tawakal serta berusaha,kini alhamdulilah hdupku jauh lebih berubah ,seawal usia ku mencapai umur 25tahun aku sda terkenal dgn product kecantikan keluaran ku sendiri
Aku berpindah semula ke KL utk memudahkan kerja sbb stokis product bnyk bertapak di KL ,skrg mampu mbeli apartment hasil titik peluhku sndiri,mampu membeli kereta di byr bulan dgn bank dan paling penting ibu dan ayahku ku bawa tgl bersama ku,dan skrg exsuami meroyan hampir setiap malam kol/msg aku,merayu dan memohon maaf menyesal sbb menyia2kan aku dulu,alasan rindukan anakanak sdgkn drpd naufal lahir dia tak pernah ambik tahu dari segi wang dan segalanya..aku lah ibu dan ayah,
alasan anak jg dia gunakn utk rujuk semula hbgn ni,lagi mybbkn dia meroyan isterinya tu tak perna ambik tahu ttg makan minumnya ketika dia terlantar dhospital (eksident kereta semasa pulang dari ofice)rumah mcm tongkang pecah sering keluar berfoya-foya bersama rakan2 dann sering mlwn apabila d tegur oleh bekas suamiku tdk pandai memasak semua ini pun aku mengentahui melaluiexmentua yg mc berhubung dgn ku,aku sudah tidak mahu masuk cmpur lg urusan mereka,bagiku urusan rumahtangga mereka tak beri erti pdku kini,dan aku tdk mau ambik tahu..insyaallah 2017 ni membuka lembaran utkku,loan bank pengurus syarikat kenakan utk diriku telah diluluskn bahawa akhirnya ak akan membuka cwgn kosmetik di negeri lain pula empayar legasi product ku akan ku kormesialkn seluruh negara itu cita2ku sigadis kampung janda anak 2,hehe insyaAllah. saya yakin dgn hikmah,Allah dah susun jalan cerita hdup kita seindahnya,Allah takkan uji manusia d luar kemampuannya,raudah,naufal syg anak mama,awk penguat mama..tnpa raudah & naufal.
mama mungkin tak sekuat ni,rezeki kta takkan melimpah ruah mcm ni,para wanita kat luar sana buktikan kat kaum llki yg kita jgak mampu berdiri di kaki sndiri.. yakin dgn rezeki allah,dan kpd bekas suamiku maaf ludah tak kan pernah di jilat semula,saya selesa bergelar janda skrg.. janda bukan sbrg janda,saya janda tak kacau laki org noh. peace. salam
Kredit:langitbiru.win

“Pada mulanya, saya anggap Salah sama macam pemain Muslim lain, tapi…” – Mufti Wilayah

PETALING JAYA: Kejayaan demi kejayaan dicipta bintang Liverpool, Mohamed Salah sejak akhir-akhir ini berjaya menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Jelas Dr Zulkifli, beliau semakin tertarik untuk mendekati pemain kebangsaan Mesir itu kerana lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyikan penyokong Liverpool.
Image result for Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri saah
“Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bola sepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.
“Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam Liga Perdana Inggeris seperti Paul Labile Pogba (Manchester United), Ismail Bennacer (Arsenal), Mesut Özil (Arsenal), Granit Xhaka (Arsenal) dan lain-lain.
“Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau,” tulisnya.
Susulan itu, Dr Zulkifli terpanggil untuk berkongsi pendapatnya dengan netizen mengenai rahsia kejayaan Salah.
Katanya, kejayaan Salah pada hari ini bukan sahaja kerana kelincahan semasa berada di atas padang tetapi sikap pemain itu yang sentiasa mengutamakan pegangan agama.

Salah akan sujud syukur setiap kali selepas menjaringkan gol.

“Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT.
“Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini,” katanya.

Malah Dr Zulkifli berkata, Salah yang meledak 43 gol musim ini akan pergi lebih jauh dan cemerlang jika terus memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan melaksanakan tuntutannya sebagai hamba-Nya.
“Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat. Sebenarnya itulah yang ingin disampaikan Salah kepada semua penyokong Liverpool beragama Islam.

Salah menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidupnya.
“Kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada,” tulis Dr Zulkifli.
Salah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama dinamakan Pemain Terbaik Tahunan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) baru-baru ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menerima anugerah berkenaan kerana persembahannya dengan menjaringkan 41 gol dalam semua kejohanan sejak menyertai kelab itu dari AS Roma tahun lalu, membantu Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan memastikan empat tempat teratas Liga Perdana.
Pemain berusia 25 tahun itu dipilih daripada enam pemain disenarai pendek termasuk pemain Manchester City, Kevin De Bruyne, Leroy Sane and David Silva dan diundi oleh ahli PFA daripada 92 pasukan Liga Perdana dan Liga Bolasepak.
Sumber :   http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/30/mufti-salah-liverpool/#RtZuo3T6YPGAHFgz.99

Gadis ini sedang beli barang di tepi jalan, tiba2 rasa rambut dia kena tarik, Lepas tahu apa yg berlaku ia sudah terlambat


Apa kes? Ini merupakan rakaman CCTV yang dipasang kat tepi jalan di sebuah kedai yang berdekatan dengan jalan.
Seorang gadis sedang nak beli barang di kedai tersebut. Mula-mulanya semua tenang jer dan nampak macam tidak ada apa-apa. Tetapi apa yang berlaku seterusnya buat gadis nie. Gadis nie tiba-tiba rasa rambut dia kena tarik!

Apa dah jadi kepada masyarakat kita sekarang? Kejadian rakaman video di bawah dikatakan berlaku kat negara lain.
Ada netizen yang kata mungkin berlaku di negara India. Negara India memang ada banyak kes cam ni berlaku.
Kalau lawat ke negara India mesti berhati-hati dan jaga benda anda yang berharga semasa lepak kat jalan di negara India sana, terutamanya kaum perempuan.
Perompakan memang bukan sesuatu yang baik sebab rampas benda orang lain akan menyebabkan orang tersebut kehilangan harta benda.
Mereka yang buat rompakan memang sengaja nak buat rompak sebab tidak mau kerja dan cuma nak rampas benda orang lain untuk menampung kehidupan mereka sahaja.
Ini memang tidak adil untuk mereka yang kerja dengan susah payah. Cari rezeki memang tidak senang pada zaman sekarang, tapi rampas benda orang memang tidak boleh dimaafkan.
Jom tonton video penuh di bawah
Sila share ye.
Sumber : dharian

Ahad, 29 April 2018

Seorang ibu tidak sedar anak tercampak keluar


Kecuaian pasangan suami isteri yang tidak menyedari bayi mereka tercampak keluar dari kereta mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 April lalu di Changzhou, wilayah Jiangsu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Bayi berusia 10 bulan yang diletakkan di car seat di bahagian tempat duduk belakang van putih itu tidak dipakaikan tali pinggang keledar dan pintu van juga tidak dikunci rapat.
Bapanya terus memandu van itu tanpa menyedari bayi mereka sudah tiada dalam kereta sehingga mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat dan panik apabila mendapati anaknya ‘hilang’.
Mangsa terbiar di tengah jalan selama 22 saat sebelum segera diambil oleh seorang pejalan kaki wanita berusia 50 tahun bagi mengelakkan bayi itu digilis.
Ibunya kemudian terus berpatah balik ke jalan yang dilalui untuk mencari anaknya semula dan berterima kasih kepada wanita yang telah menyelamatkan anaknya itu.
Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit:theklasik.com

Setelah 16 Tahun Berlalu Akhirnya Ronaldo Dedah Kenapa Dia Tampil Dengan Gaya Rambut Pelik Pada Piala Dunia 2002


MENJELANG kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 yang diadakan di Rusia pada Jun ini, ramai sudah mula merasakan kehangatan festival terbesar sukan itu yang disertai 32 buah negara.
Setiap kali berlangsung, pasti ada momen menarik yang tersimpan dalam peminat peminat seperti gol kemenangan Andres Iniesta di final kejohanan pada 2010, David Beckham dilayangkan kad merah dalam pertemuan bersama Argentina pada 1998 dan banyak lagi.
Namun, dalam piala dunia yang dilangsungkan di Korea dan Jepun pada tahun 2002, momen paling ikonik yang pasti diingati ramai adalah penampilan penyerang berbisa Brazil, Ronaldo Lus Nazrio de Lima yang menggayakan fesyen rambut jambul bermula di peringkat separuh akhir kejohanan berkenaan.
Gaya rambut pelik tetapi ikonik oleh Ronaldo di kejohanan tersebut pantas menjadi bualan ramai serta turut menjadi ikutan, terutama oleh peminat dan penyokong pasukan Brazil yang menjuarai kejohanan itu.
Setelah 16 tahun berlalu, Ronaldo akhirnya mendedahkan bahawa gaya rambut itu sengaja dilakukannya bagi mengalih perhatian ramai terutama pihak media mengenai kecederaan yang dialaminya ketika kejohanan berlangsung.
917247044.jpg
Saya mengalami kecederaan pada kaki dan semua orang hanya berbicara mengenai kecederaan tersebut. Oleh itu, saya memutuskan untuk mempunyai gaya rambut sebegitu.
Ketika saya balik ke padang latihan, semua bercakap tentang rambut saya dan terlupa akan kecederaan itu. Perkara itu menjadikan saya lebih tenang dan fokus dengan latihan.
Saya tak bangga dengan gaya rambut buruk yang pelik itu. Tetapi ia adalah langkah berkesan untuk mengalih perhatian umum pada ketika itu, jelasnya memetik Goal.com.
Ronaldo2.jpg
Tindakan Ronaldo menggayakan fesyen jambul itu ternyata berkesan apabila dia menjaringkan kedua-kedua gol dalam perlawanan akhir apabila Brazil menundukkan Jerman 2-0 dan muncul sebagai pemenang kasut emas kejohanan tersebut setelah menjaringkan lapan gol.
Sementara itu, mengulas mengenai peluang Brazil di Rusia 2018, dia berharap skuad sedia ada negaranya itu mampu mengakhiri penantian 16 tahun untuk mendakap semula piala berprestij itu.
nazario.jpg
Beberapa pasukan utama dunia yang lain seperti Jerman, Sepanyol dan Perancis juga adalah pasukan yang serba lengkap. Kita kena lihat bagaimana. Saya berharap Brazil mampu menjuarainya.
Saya agak optimis mengenai peluang Brazil. Pasukan ini melalui banyak perubahan sejak dua tahun kebelakangan ini. Brazil mempamerkan peningkatan dengan kehadiran jurulatih baharu, ujarnya.
Related image
Brazil kini diketuai oleh jurulatih baharu, Tite yang mengambil alih pasukan kira-kira dua tahun lalu dan akan cuba menjuarai kejohanan tersebut kali ini selepas gagal di laman sendiri empat tahun lalu.
Sumber : penmerahpress

Panaskan Enjin Kereta Dan Motosikal Pagi-Pagi Sebelum Bergerak Adalah ‘Ajaran Sesat’, Kenapa? Pakar Bidang Automotif Ini Jelaskan!

Tak pasti ramai atau tak yang dah tahu tentang tabiat memanaskan enjin kenderaan setiap pagi sebelum digerakkan.  Ada yang panaskan enjin tidak mengikut piawaian masa yang sepatutnya, contohnya lebih daripada 3 MINIT.
Persoalannya sekarang kenapa kita terbiasakan dengan tabiat tersebut walhal sebenarnya ia hanya mendatangkan keburukan kepada kondisi enjin?
Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat antara negara-negara yang menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya.
Untuk bercerita lebih lagi tentang sebab dan musababnya, mungkin korang semua boleh baca perkongsian daripada pakar bidang permotoran, saudara Irwan Sanei  seperti bawah ini yang menjelaskan persoalan diatas.
Enjin kena warm-up ka?
Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.
Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.
Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).
Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.
Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.
Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.
Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?
Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.
Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.
Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan macam ni memang salah.
Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.
Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.
Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu.
Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel).
Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle.
Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).
Sumber Siakapkeli.my

Di Universiti. Pelik Tiba² Ada Lelaki Baju Lusuh Nak Jumpa. Lepas Jumpa Baru Aku Sedar Siapa Dia.

Gambar Hiasan
Sdih citer ni..besarnya pengorbanan seorang adik.. Nama aku Aishah. Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria..
Kredit:kuasaviral.com

Setelah 6 Bulan Suami “Mengikat Saluran Spermanya” Saya Hamil Lagi,Apabila Anak Itu Lahir Suami Saya Terus Melutut Sambil Menangis!

Banyak pasangan suami isteri yang selepas melahirkan anak, merasa cukup dan tidak merancang untuk mempunyai anak lagi, dengan cara mengikat rahim wanita atau mengikat saluran vasdeferens pada testis lelaki. Demi mengelakkan Xiao Li mengalami kesakitan, akhirnya suaminya diam-diam pergi ke rumah sakit mengikat saluran penghasil spermanya. Perkara yang dilakukannya ini membuat Xiao Li begitu terharu.
Tapi kadang-kadang, ada saja kejadian yang di luar rancangan kita, melewati 6 bulan setelah dilakukan mengikat, Xiao Li merasa bahawa mungkin ia telah hamil, suaminya langsung marah besar. Ia tidak habis fikir, bukankah dirinya telah melakukan ligation, bagaimana ceritanya isterinya masih boleh hamil?
Ia langsung berfikir bahawa pasti isterinya mempunyai lelaki lain di luar sana. Suaminya yang tidak boleh mengendalikan amarahnya itu, sering memukul Xiao Li untuk melampiaskan kekesalannya. Xiao Li begitu bingung, dia sendiri tidak mempunyai simpanan di luar sana, akhirnya ia memutuskan untuk membincangkan hal ini lagi setelah ia melahirkan anak di kandungannya.
Selama masa kehamilannya, ia tidak peduli dengan kecurigaan suaminya itu. Tak lama kemudian, ia pun melahirkan seorang anak laki-laki. Namun, suaminya pun semakin marah, ia berkata, “Bagaimana jadinya jika anak ini bukanlah anak saya?” Akhirnya ia membawa kanak-kanak itu untuk melakukan ujian DNA. Saat hasilnya keluar, ia begitu terkejut setengah mati. Hasil ujian menunjukkan bahawa anak laki-laki itu adalah darah dagingnya sendiri.
Apabila ia mengingat kembali apa yang telah diperbuatnya pada istrinya saat ia tengah hamil, memarahinya, memukulnya, mencurigainya tanpa bukti yang jelas, ia begitu menyesal. Apabila pulang ke rumah, ia langsung berlutut di hadapan isterinya dan meminta maaf.
Kemudian selang beberapa hari, suaminya pergi ke hospital dan bertanya kepada doktor. Akhirnya penjelasan doktor pun membuka fikirannya. Ternyata ligation yang dilakukannya tidaklah dapat menjamin 100%, tetap masih ada sedikit kemungkinan boleh terjadi proses pembuahan di rahim. Akhirnya, suaminya baru boleh menerima kebahagiaannya ini, mempunyai 1 anak perempuan dan 1 anak laki-laki, benar-benar merupakan kebahagiaan tak tergantikan baginya.
Penerangan Tambahan : Definisi vasektomi

operasi vasektomiOperasi vasektomi – kidspot
Vasektomi adalah salah satu jenis alat perancang keluarga yang dilakukan oleh banyak negara di dunia untuk menekan angka pertambahan penduduk. Dalam kenyataannya, vasektomi memang kurang popular berbanding kaedah kontraseptif lain seperti suntik KB, minum pil KB, memakai kondom, maupun perancang keluarga semula jadi dengan cara mengira kalendar.
Secara sederhana dapat dijelaskan bahawa vasektomi adalah operasi kecil mengikat saluran sperma lelaki sehingga benih lelaki tidak mengalir ke dalam air mani lelaki. Dengan vasektomi, seorang lelaki tidak boleh lagi menghamili wanita kerana saat ejakulasi air mani lelaki tidak mengandungi sel sperma.
Risiko Operasi vasektomi Untuk Kesihatan Lelaki

Kesan selepas pembedahan vasektomiKesan selepas pembedahan vasektomi – everydayhealth.com
Lelaki yang telah melakukan vasektomi pada umumnya mengeluh terjadi rasa sakit pada kawasan kulit yang baru saja dijahit dalam kurun waktu beberapa hari selepas oprasi kecil ini. Namun anda jangan bimbang kerana rasa sakit ini akan beransur-ansur hilang dalam masa beberapa hari.
Ada tips khusus yang boleh anda cuba untuk mengurangkan rasa sakit pasca vasektomi. Yaitu dengan cara menuam kawasan sekitar beg buah zakar dengan ais batu selepas 24 jam masa operasi. Cara ini terbilang klasik namun boleh meredakan kesan sakit yang ditimbulkan vasektomi. Bila sakit pasca vasektomi masih berlanjutan sehingga beberapa minggu, anda sebaiknya hubungi doktor untuk memeriksa apakah ada masalah serius pada saluran sel sperma anda.
Selama ini tidak ada kesan buruk vasektomi yang memberi kesan kepada kehidupan seks seorang lelaki. Lelaki tetap boleh perkasa seperti sedia saat beraksi di atas katil. Jadi jangan takut zakar anda akan loya selepas vasektomi. Ingat, yang diputus salurannya hanyalah sel sperma penyebab wanita hamil, bukan cecair seminal dan getah prostat.
Dalam perenggan di atas sudah dijelaskan bahawa air mani hanya berkurang 5 peratus dari keadaan biasanya. Pengurangan sedikit air mani tidak akan memberi kesan kepada kepuasan seks secara menyeluruh.
Berita gembiranya adalah vasektomi boleh menambah kejantanan seorang lelaki. Nah, kalau yang ini pasti semua lelaki mahu tahu. Bagaimana penjelasannya? Terputusnya saluran sel sperma lelaki bermakna tidak semua air mani dikeluarkan.
Ini bermakna dalam tubuh lelaki masih mengandungi lebih banyak hormon adrenalin yang memberi kesan kepada sifat jantan. Dengan kadar adrenalin yang lebih banyak daripada biasanya, maka dapat dipastikan seorang lelaki akan mempunyai kuasa dorongan seks yang lebih kuat dari keadaan normal.Selamat menikmati deh!
sumber:dakwahsantai.com