ads1

Sabtu, 8 Julai 2017

Salahkah Saya Menyintai & Hamilkan Anak Tunang Orang Lain ?




Gambar Sekadar Hiasan

Saya disini sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam sekian lama. Sekitar 3 tahun yg lalu, saya dan bekas kekasih telah terlanjur.

Bila saya beritahu kepada dia, saya mengandung, dia minta saya gugurkan. Tapi saya tidak mahu sebab saya fikir, cukuplah sekali kami berdosa, takkan sampai sanggup untuk membunuh bayi yang tidak berdosa ini.

Saya cakap kepada dia, kalau tidak mahu anak ini, biarlah saya yang jaga. Saya tidak sanggup buang. Mungkin bila di dunia kita lepas bila kita sudah buang anak itu, tapi di sana nanti, mampu ke kita untuk menjawab?

Sebab itu saya ambil keputusan untuk menjaga walaupun apa yang akan terjadi nanti. Setiap kali saya berjumpa dia, mesti ayat sama yang dia berikan. Sampai satu tahap, saya terpaksa menjauhkan diri dari dia disebabkan dia seringkali meminta saya menggugurkan. Berbulan saya senyap sampailah kandungan ini sudah memasuki usia 6 bulan.

Baby bump masa itu sudah kelihatan, saya sudah tidak berani duduk di rumah. Daripada keluarga saya mendapat tahu, lebih baik saya keluar dari rumah dan tinggal di tempat lain. Takut keluarga malu dengan perbuatan saya. Apa-apa saya tanggung sendiri, sehinggalah saya berjumpa dengan seorang makcik ini. Dia ajak saya tinggal bersama dia, kebetulan dia tinggal seorang diri. Dia yang jaga saya. Yang bagi saya makan macam-macam apa yang saya teringin nak makan.

Sampailah dia bertanya kepada saya, siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak di dalam perut ini? Mana dia dan kenapa dia tidak bertanggungjawab? Sampailah makcik itu sendiri telefon bekas kekasih saya itu ajak berjumpa.

Ex saya setuju untuk berjumpa. Makcik itu minta ex saya untuk bertanggungjawab dan ex pun bersetuju. Tapi syarat dia, nikah di Thailand. Saya pelik kenapa mesti di Thailand. Puas saya selidik, rupa-rupanya, ex saya sudah bertunang dengan orang lain, iaitu pilihan ibunya sendiri.

Bila saya mendapat tahu dia sudah bertunang dan bakal berkahwin masa due saya nanti, saya undur diri. Saya tidak mahu tunangnya tu pula yang terluka hati. Kita sama-sama perempuan, lebih baik saya elakkan daripada buat macam itu kepada dia walaupun masa itu diri saya sendiri yang sangat kasihan. Tapi saya tetap pertahankan untuk perempuan yang juga tunangnya itu.

Tunang ex saya itu tidak tahu apa-apa dan saya tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan juga. Sedangkan majlis perkahwinan mereka tanggal tiga bulan saja lagi. Mesti persiapan semua sudah siap dan jemputan pun semua sudah diedarkan.

Benda ini akan membuatkan banyak pihak yang malu. Demi menjaga air muka orang tua ex dan tunangnya masa itu daripada dimalukan oleh orang kampung, saya redhakan semua ini dan saya korbankan diri saya dan biarlah mereka bahagia.

Saya dalam pantang hari ke 22 mereka sudah selamat diijabkabulkan. Syukurlah, air mata langsung tidak menitis, malah masa itu saya rasa betul-betul kuat. Anak ini saya akan jaga dengan sebaik yang mungkin, ini niat saya.

Alhamdulillah, saya mampu dan dipermudahkan dengan begitu baik sekali oleh Allah SWT. Pernah sekali hari itu saya terjumpa akaun Facebook ex, saya terus add dan accepted. Saya ada PM bertanyakan khabar dan tunjuk gambar anak kepada ex.

Tetapi, rupa-rupanya, itu bukan dia, tetapi isterinya. Segala jenis maki dan penghinaan saya terima daripada isterinya. Tetapi, tidak apalah, saya maafkan dan langsung tidak berdendam apa-apa dengan dia.

Sekarang, anak sudah besar, 3 tahun sudah berlalu, tetapi seringkali bertanyakan tentang ayahnya. Saya tidak pernah bercerita yang buruk-buruk tentang ayahnya kepada anak. Tidak mahu anak berdendam dengan ayahnya. Malah saya sentiasa meminta anak mendoakan akan kesejahteraan ayahnya walaupun di mana saja ayahnya berada.

Kepada masyarakat, jangan pandang serong dan hina kepada wanita yang senasib dengan saya ini. Sedangkan ada perkara yang kita sendiri tidak tahu apa yang membuatkan seseorang itu melahirkan anak tanpa seorang suami. Tolong dan tolonglah jangan menghina kami. Kata-kata penghinaan dari orang sekeliling itula

Jumaat, 7 Julai 2017

LOKAL Aksi ‘pra-jimak’ pasangan di tempat awam cetus kemarahan netizen


LOKAL Aksi ‘pra-jimak’ pasangan di tempat awam cetus kemarahan netizen
ByOMMPublished on February 15, 2017
Benarlah kata orang, kalau tengah angau bercinta pasti orang sekeliling sudah tidak dihiraukan dan apa yang membahagiakan hanya pasangan yang berada di depan mata.




LOKAL Aksi ‘pra-jimak’ pasangan di tempat awam cetus kemarahan netizen
ByOMMPublished on February 15, 2017
Benarlah kata orang, kalau tengah angau bercinta pasti orang sekeliling sudah tidak dihiraukan dan apa yang membahagiakan hanya pasangan yang berada di depan mata.



Tidak tahu di mana agaknya letak rasa malu dan maruah diri apabila sepasang kekasih ini sedang asyik melayan nafsu mereka di tengah-tengah orang ramai yang dipenuhi dengan keluarga dan anak-anak kecil.

Video yang menjadi viral di media sosial itu menyaksikan seorang perempuan yang duduk di atas peha seorang lelaki sambil melakukan perkara yang tidak senonoh dan jelik dipandang.

Dapat dilihat ‘kemesraan’ yang melampau-lampau apabila si perempuan mencium leher, pipi dan mulut si lelaki yang kelihatan seronok diperlakukan sedemikian.

Menurut sumber, ianya berlaku di sebuah padang yang terletak berhampiran gedung membeli belah terkenal di Setia Alam.

Malah katanya lagi, niat untuk mengambil angin petang dan menikmati pemandangan indah terbatal apabila ada keluarga yang terpaksa pergi dari situ kerana segan melihat pasangan tersebut.

Antara komen dari netizen:




Memang terkilan dengan perangai sesetengah masyarakat yang tidak mengendahkan sensitiviti orang lain bila berada di tempat awam.

Semoga para ibu bapa di luar sana menjaga dan menasihati anak mereka supaya tidak ada lagi mengikut jejak langkah seperti ini.

SumberCARI


Khamis, 6 Julai 2017

Raja Ilya Sanggup Berkorban Dan Dibedah Demi Filem Marvel




GOMBAK: Demi filem adiwira terbitan Marvel yang juga naskhah Hollywood pertama lakonannya, Raja Ilya sanggup mengambil risiko melakukan perubahan pada diri dengan melakukan surgeri. Menurut pelakon 32 tahun itu, beliau harus berkorban untuk dilihat setanding dengan pelakon antarabangsa lain.

Justeru, beberapa persediaan awal perlu dilakukan, termasuk menjalani pembedahan dan menghasilkan otot tubuh. “Syarikat perfileman antarabangsa agak was-was untuk menerima pelakon dari Asia, terutama bakat beragama Islam. Begitupun demi karier dan peluang keemasan ini, saya sanggup mengambil risiko. “Saya masih berpegang pada agama dan mereka juga tahu saya seorang Muslim.

Tetapi saya katakan kepada mereka, saya boleh berikan sedikit kelonggaran. “Mereka sukakan warna kulit saya dan mahu saya mengekalkannya seperti sedia kala. Walaupun tiada paksaan, saya berasa perlu untuk melakukan sedikit perubahan pada diri supaya dilihat setanding artis antarabangsa,” katanya kepada BH Online, hari ini. Takkan beraksi bogel mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya, Raja Ilya bagaimanapun mengakui filem terbabit nanti akan mempunyai babak yang memerlukan beliau berpakaian seksi seperti watak Wonder Woman, lakonan Gal Gadot. “Apabila berlakon di layar lebar yang bukan saja untuk tontonan di Malaysia, saya rasa perlu berkorban sedikit.

Saya tidak mahu ada kecacatan dari segi lakonan, bakat dan penampilan kerana saya juga akan membawa nama Malaysia,” katanya. Raja Ilya turut memberitahu, ada syarikat yang sudi menghulurkan tajaan bagi membolehkannya memperkemaskan bentuk tubuhnya. “Mereka boleh membantu saya menampakkan otot tubuh tanpa perlu bersusah-payah ke gimnasium. Lagi pun, saya tiada masa untuk ke gimnasium.

Menerusi cara ini, saya dapat bentuk badan yang diinginkan dengan cepat. “Malah, ada klinik yang sudi menaja saya dari atas ke bawah. Mereka berbuat demikian bukan kerana saya selebriti, tetapi demi penampilan saya dalam filem ini,” katanya. Beraksi dalam filem terbabit juga, kata pelakon ini, memerlukan dirinya untuk berlatih berlari. Justeru, pada awal tahun depan, beliau bakal menjalani latihan mempertingkatkan stamina, sama ada di Los Angeles, Atlanta, New York atau London.

Dijadualkan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) pada Disember depan, Raja Ilya akur apabila tidak dapat menjayakan projek lakonan di negara ini sepanjang 2018 bagi memberikan tumpuan kepada filem yang enggan didedahkan dulu judulnya itu. “Saya pula bukanlah menetap di sana, sebaliknya akan tetap pulang ke Malaysia. Cuma apabila ada tuntutan watak, barulah saya akan terbang ke AS,” katanya yang bakal muncul dengan filem KL Vampire, Ogos depan.

Hannah Delisha Pelakon Cantik Yang Suka Sambal Petai




Kejelitaan pelakon baru Hannah Delisha yang memegang watak Aira dalam Mencintaimu Mr. Photographer mencuri perhatian peminat setia drama bersiri itu.

Berasal dari Singapura, Hannah bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai teraju utama dalam drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman.

Memandangkan masih ramai peminat yang tidak mengenali bakat baru yang berwajah jelita ini, Astro Gempak senaraikan lima fakta menarik mengenai Hannah:

1. Nama sebenar gadis berdarah campur ini ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Berusia 21 tahun, ibunya berketurunan Melayu Singapura manakala ayahnya berasal dari England.

2. Di sebalik wajah jelita persis gadis mat salih, Hannah menggemari masakan Melayu. Gadis ini gemar menikmati masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal, terutamanya sambal petai.

3, Hannah mula melibatkan diri dalam dunia hiburan di Singapura sebagai seorang penyanyi. Menganggotai kumpulan duo Delisha, gadis ini menjadikan nama ‘Hannah Delisha’ sebagai nama komersial dan panggilan itu kekal sehingga kini. Hannah juga baru sahaja muncul dengan single terbarunya yang berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.

4. Hannah menghidap penyakit asthma semenjak kecil. Paling teruk, Hannah diserang asthma ketika berusia 10 tahun dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Sehingga kini, sakit tersebut boleh dikawal dan Hannah menggunakan ‘inhaler’ jika diserang asthma.

5. Wajah cantik Hannah mendapat perhatian penerbit drama Mencintaimu Mr. Photographer ketika dia menghadiri sesi temubual mempromosikan single terbarunya di program AM Live Astro pada awal tahun ini. Mencintaimu Mr. Photographer merupakan drama bersiri pertama Hannah di Malaysia. Sebelum ini, Hannah banyak membintangi drama bersiri di Singapura.



Sumber: Astro Gempak

Viral: Lakukan Urutan tapak kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari!




Beberapa kajian dijalankan mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot-otot. Diambil petikan dari laman stylecraze.com, terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebelum tidur dan manfaat yang boleh dikongsikan anataranya:

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secata teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selian itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.

Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

5. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

6. Menurunkan Risiko Menopause

 Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.

Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan.com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini. Oleh itu, pasangan suami isteri, sama-samalah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya! Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.

Awas Beri Jus Anggur, Susu Kambing Pada Bayi Kuning! Mak Ayah Tolong Peduli Penjelasan Doktor Ini


Umumnya dianggarkan 50% bayi baru lahir akan mempunyai tanda-tanda penyakit kuning. Malah lebih lazim dalam populasi tertentu, misalnya bayi dari Asia Timur dan pramatang.Kenapa ibu muda perlu ambil peduli masalah kekuningan kulit bayi atau bahasa perubatan dipanggil juandis.

Jaundis Neonatal ialah penyakit yang umum di kalangan bayi yang baru lahir namun, jika dikesan pada peringkat awal, ianya boleh dirawat dengan berkesan tanpa sebarang risiko dan kecacatan.

Fahamkan penjelasan Dr. Anushree Narayanan, MBChB (Sheffield, UK), MRCPCH (Lon), FAMS (S’pore), Pakar Runding Pediatrik & Neonatalogi dari Tropicana Medical Centre

Sebab Juandis

Jaundis baru lahir atau Jaundis Neonatal sangat berbeza dari jaundis yang boleh berlaku dalam orang dewasa. Untuk orang dewasa, ia biasanya terdapat satu tanda penyakit di hati tetapi untuk bayi-bayi baru lahir, ianya mempunyai tanda di bahagian fisiologikal, yang bermaksud ia sebahagian daripada fungsi normal badan.

Ini terjadi kerana hasil daripada kerosakan sel-sel darah merah lebihan yang terdapat di dalam bayi baru lahir.

Semasa hayat di dalam janin, bayi memerlukan sel-sel darah merah tambahan untuk membantu membawa oksigen ke sekitar badan tetapi selepas kelahiran, sel-sel ini tidak lagi diperlukan dan akan mula pecah.

Di proses ini, produk daripada kerosakan ini ialah satu bahan yang dipanggil bilirubin. Bilirubin biasanya akan diproses oleh hati dan dikumuh melalui najis. Hati seorang bayi baru lahir yang masih baru, belum cukup matang untuk mengatasi tugas ini dan oleh itu bilirubin terkumpul di dalam darah dan berkumpul hingga menyebabkan jaundis.

Oleh kerana itu, hati bayi pramatang memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk memproses lebihan bilirubin dan akan lebih cenderung kepada jaundis.

Bayi-bayi yang mempunyai kumpulan darah berbeza dari ibu mereka akan mengalami peratusan kerosakan sel darah merah yang lebih tinggi dan risiko jaundis neonatal yang lebih teruk.

Dalam populasi Asia Timur, sangat umum untuk mengalami enzim hati yang lemah yang dipanggil kelemahan G6PD. Bayi G6PD mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila menghadapi risiko jaundis.

Kenapa Ia Bahaya

Pengumpulan bilirubin dalam darah boleh menjurus kepada satu keadaan yang dipanggil ‘Kernicterus’. ‘Kernicterus’ berlaku apabila pigmen bilirubin yang disimpan di dalam otak yang mengakibatkan kerosakan. Ini membawa kepada keadan yang kronik dan ketidakupayaan. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Sehari/Dua Hari Selepas Kelahiran

Tahap-tahap dan tanda-tanda juandis lazimnya akan mula kelihatan.

Hari Ke Tujuh

Tanda itu akan terus meningkat

Selepas Hari Ke Tujuh

Kebiasaannya hati bayi sudah mampu memulakan proses mengeluarkan bilirubin dan tahap bilirubin dalam darah akan turun secara semula jadi.

Dalam Seminggu Selepas Kelahiran

Bayi memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti untuk memastikan tahap kekuningan tidak melonjak dengan mendadak dan terkawal dalam peratusan yang selamat. Jika meningkat tinggi, bayi perlu dirawat dengan diletakkan di bawah fototerapi yang mana akan membantu proses mengeluarkan kerosakan bilirubin di dalam kulit.

Rawatan awal ini akan memastikan bayi tidak berada dalam risiko ‘Kernicterus’.




Tanda Bayi Kuning

Bayi yang baru lahir kebiasaanya akan mula menunjukkan tanda-tanda Jaundis dalam tempoh hari ketiga kelahiran hingga hari kelima kelahiran dengan kulit akan mengalami kekuningan.

Jaundis biasanya bermula dari bahagian muka dan akan turun ke seluruh badan. Jika kekuningan hingga ke paras paha, ianya adalah tahap jaundis yang tinggi dan memerlukan rawatan perubatan.

Bayi yang mengalami jaundis dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran harus diperiksa dengan lebih teliti kerana ini tidak dianggap sebagai fisiologikal.

Jaundis dapat disahkan dengan mengambil sampel kecil darah bayi (di bahagian tumit) dan diuji di makmal.

Keadaan Yang Harus Mak Bimbangkan

1. Tanda – tanda Jaundis kelihatan sebelum cukup 24 jam kelahiran

2. Jaundis merebak dengan cepat dan dapat dilihat pada bahagian dada dan ke bawah

3. Jaundis berterusan selepas 2 minggu selepas kelahiran

4. Bayi mempunyai pucat (whitish-grey) najis dan air kencing berwarna kehitaman (coklat)

Tempoh Juandis

Jaundis neonatal biasanya akan bertahan kurang daripada 2 minggu, tetapi boleh berlarutan lebih lama untuk sesetengah bayi.

Bayi-bayi yang menunjukkan tanda-tanda jaundis melebihi 2 minggu selepas kelahiran harus dibawa untuk pemeriksaan untuk memastikan ianya tidak berkait dengan penyakit-penyakit lain seperti Hipotiroidisme Kongenital atau jangkitan di saluran kencing.

Terdapat juga 10% dari bayi yang menyusu badan secara eksklusif mengalami jaundis di bulan pertama kelahiran, jika ini berlaku bayi haruslah diperiksa oleh doktor untuk memastikan ianya tidak berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dinyatakan dia atas.

Apa Mak Perlu Buat

*    Pastikan Bayi Kekal Hidrat

*    Bayi tak sepatutnya diberikan air kosong

*    Mak pastikan bayi diberi susu setiap 3 jam untuk memastikan bayi menghasilkan air kencing dengan banyak. Jika najis bayi menjadi warna putih atau tidak berwarna, bawa bayi anda untuk berjumpa doktor dengan segera.

Hati-Hati Beri Bayi Perahan Anggur, Susu Kambing etc

Cara ini sangat tak selamat bagi bayi anda.

*    Susu kambing yang tidak dipastur boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada bayi.

*    Jus anggur dan semua produk semula jadi mengandungi banyak bahan-bahan cemar yang tidak dapat diproses oleh bayi.Ianya boleh mengancam nyawa, terdedah kepada jangkitan, komplikasi alahan dan juga masalah penghadaman.

*    Cara terbaik adalah untuk menyemak dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana daripada penawar asli ini.

Sumber/Foto:  Dr. Anushree Narayanan, MBChB (Sheffield, UK), MRCPCH (Lon), FAMS (S’pore), Pakar Runding Pediatrik & Neonatalogi dari Tropicana Medical Centre

Medina Ibu Paling Muda Dalam Sejarah Manusia!


Pada awal musim bunga tahun 1939, Lina Medina yang tinggal di sebuah kampung di Peru telah dibawa oleh ibubapanya ke hospital Lima. Perut Medina membusung sejak beberapa bulan, sehingga menimbulkan kebimbangan keluarganya.

Setelah diperiksa, doktor sangat terkejut apabila mendapati Medina sebenarnya sedang mengandung tujuh bulan. Keluarganya juga seakan tidak percaya, mana mungkin kanak-kanak berusia lima tahun boleh mengandung!

Tetapi itulah kenyataannya apabila pada 14 Mei 1939, ketika umur Medina baru menjangkau lima tahun tujuh bulan, dia sudah menjadi ibu, malah diiktiraf sebagai ibu paling muda dalam sejarah manusia!




Kejadian ini telah menggemparkan dunia. Bagi pakar pediatrik, kes Medina ini dikenali sebagai ‘precocious puberty’ di mana tubuh seseorang kanak-kanak itu mencapai akhil baligh sebelum mencecah 8 tahun.

Bagaimanapun, kes ini sangat jarang terjadi, iaitu 1 daripada 10,000 kanak-kanak mengalami keadaan ini. Biasanya kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian 10 kali lebih tinggi mengalaminya berbanding kanak-kanak lelaki.

Menurut keluarganya, Medina mula datang bulan ketika berumur tiga tahun. Pemeriksaan doktor juga mendapati walaupun baru berumur lima tahun, tubuh Medina sudah menunjukkan kematangan sama seperti wanita dewasa.

Buah dadanya sudah membesar, memiliki bulu kemaluan dan punggung yang lebih besar berbanding kanak-kanak perempuan sebayanya.




Ketika melahirkan anaknya, Medina terpaksa melalui proses caesarean. Ini kerana saiz badan yang kecil tidak membolehkan Medina melahirkan bayi lelakinya yang seberat enam pound secara normal.

Bayi lelakinya dinamakan Gerardo dan membesar dengan normal. Pada mulanya dia menyangka Medina adalah kakaknya. Apabila meningkat remaja barulah dia mengetahui perkara yang sebenar.

Semasa usia Medina meningkat remaja, dia bekerja sebagai setiausaha kepada doktor tempat dia melahirkan Gerardo. Dengan upah itulah dia membiayai kos persekolahan mereka berdua.




Pada tahun 1970, Medina berkahwin dengan Raul dan melahirkan anak kedua ketika dia berusia 39 tahun. Gerardo meninggal dunia pada tahun 1979 akibat penyakit biasa. Sementara itu Medina yang kini sudah berusia 83 tahun masih hidup bersama Raul dalam sebuah kejiranan miskin di Lima, Peru.

Sehingga hari ini Medina tidak pernah mendedahkan siapa bapa kandung Gerardo. Polis pernah mengesyaki Tiburelo iaitu ayah Medina sebagai orang yang bertanggungjawab menghamilkannya. Tetapi Tiburelo dibebaskan akibat kekurangan bukti.



Rabu, 5 Julai 2017

Bahaya Jika Anak Suka Duduk Menyerupai Huruf “W”… Ini 5 Kesan Buruknya!


Kalau anda perasan, anak yang baru belajar duduk memang suka duduk dalam kedudukan kaki lipat ke belakang menjadi bentuk W. Seolah-olah duduk cara begitu sangat menyelesakan mereka.

Kita juga mungkin tidak begitu kisahkan keadaan anak yang suka duduk sedemikian kerana beranggapan ia tidak memudaratkannya apatah lagi si kecil langsung tidak menangis dan nampak selesa duduk begitu.

Ia mungkin dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah bahkan ada yang sudah mencecah usia enam tahun pun masih suka duduk sedemikian. Tetapi sekiranya anda membaca fakta berikut ini, mungkin selepas ini anda pasti akan segera memperbetulkan kedudukan anak yang sedang duduk dalam bentuk W.




1. Kesan kepada pergerakan

Namun, jika cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun, kemungkinan besar ia boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

2. Ganggu perkembangan kemahiran

Cara duduk akan menyebabkan bertambahnya tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan bahagian otot perut dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

3. Otot bahagian atas kurang berfungsi

Si manja mungkin akan berasa selesa kerana otot bahagian atas tubuh tidak banyak berfungsi sebaliknya menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain.

4. Risiko hip dislocation

Duduk seperti ini dengan kerap dan lama akan mendedahkan si manja kepada hip dislocation iaitu masalah kedudukan sendi pinggul yang boleh mengakibatkan cara anak berjalan terjejas dan mudah hilang keseimbangan.

5. Sukar duduk di kerusi tanpa sokongan

Ia juga boleh memberi masalah untuk dia duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Menyedari kesan buruknya, elakkan si manja daripada duduk dalam keadaan ini. Minta dia mengubah kedudukan secepat mungkin dan beritahu untuk tidak duduk begitu pada masa akan datang serta kesan buruk yang bakal dihadapi.

Sumber:majalahpama

Dulu Kaki 'Clubbing' Setiap Hari Kunjung Kelab Malam, Netizen Terharu Baca Kisah Suami Isteri Ini


Bak kata orang, kita semua adalah pendosa. Manusia biasa memang tak akan pernah lari dari buat dosa. Segelintir manusia pula hidupnya bergelumang dengan maksiat dan dosa. Bak kata orang, confirmlah jadi ahli neraka. Tapi, harus diingat hidayah itu milik Allah.

Siapa tahu, kawan yang dulunya memang sosial tiba-tiba terus berubah dan kembali kepada ajaran Islam. Kalau dulu seksi tak ingat namun kini sudah berjubah dan bertudung labuh. Ikuti perkongsian dari seorang pengguna Twitter @liaazapli mengenai kisah rakannya itu yang kini menjadi trending di Twitter.

'Kaki Parti Sampai Pagi'




i knew a couple. sangat social, jenis berparti setiap hari punya orang. They dont give a damn about what people say. setakat kutuk kutuk or kena kecam, benda biasa. apa je orang tk cakap dkt dia. Tapi satu benda aku respect la, diorang tak pernah balas balik sebab mereka tahu mereka adalah pendosa.

"Mmg kitorang jahat pun, ahli neraka mcm diorang cakap. kan b? tapi tkpela masuk neraka pun kalau aku dgn dia. hahah" aku ingat lagi ayat ni. Aku time tu nak cakap apa? nak nasihat pun bukan baik sangat. I just smiled & looked at them silently, not sure what i was supposed to feel. Setiap malam saya lihat mereka mabuk dan sembang pasal dadah dan segala benda jahat. They stick together tho, through thick & thin, 3 tahun gak bercinta.

Sejujurnya, i kinda ship them, ofc not on how they were living la, but the way they cared for each other & how loving they are. Mereka setia. One day (after years apart) the gf texted me & told me they were getting married. how happy i was? extremely! they were good friends. I couldnt make it tho, i didnt go to the wedding sebab bapak jauhnya dia buat aku nak pergi naik apa hahaha

'Bertudung Labuh Dan Berjubah'




ok so long story short, dah kawin mende semua blablabla then tetiba dah ada anak. i didnt keep in touch with them so i was surprised lah. then she told me they were coming to KL so we decided to meet up bcs we've missed each other badly & banyak story nak kena catch up. Time jumpa tu, i saw the husband & the daughter first, tanya mana _____? "dia pergi toilet" so i was like oh ok la greet semua blablabla.

Tetibe husband dia kata "haaa tu ____, lama pergi toilet". i was excited so aku pusing blkg mmg laju ah cite dia, dah pusing tu masya Allah. my dearest friend, yang kaki clubbing aku kenal tu, she was all covered up, dari tudung labuh & jubah olive green & to her ankle even. she was perfectly covered. she smiled "ha terkejut ke?" i was speechless. she hugged me dan aku mmg ternganga lah cerita dia.


Then we went for a drink dan dia beritahu dia dan suaminya dah berubah kerana 'mereka terlalu mencintai antara satu sama lain'. she told me that they seek for Allah to ask for help, as they need someone to keep their relationship in faith & so that they lasts forever. they told me that once, their marriage was about to collapse. they were devastated until her smart husband found a way to start fixing them.

'Dah Hafal Surah Pendek'

"semua start sbb dia la, tetiba je kejut aku pepagi, bisik kat aku "sayang, i dah hafal semua surah pendek & step nak solat. jom solat b". weh time tu aku bapak terharu siak, all this time kita kejar relationship goals bodoh.. but time tu baru aku sedar mana yang lagi bahagia. husband dia tu dulu aku panggil kepala setan, skrg? a gentle guy yang tk pernah lalai didik isteri & anak. malu gak ah time tu baju singkat

ok wtv apa yang aku nak sampai kt sini, dont think yang orang yang social macam ni, they're not bad human beings. ye kitorang hina, kotor, bitch apa bodoh semua la kau nak panggil (bcs i get that alot too) but we're just humans. we're just like you. apa beza? maybe in one point in life kitorang terpesong sikit. orang tengok mcm liar, but why? just why? have you ever think why

mana ada do orang mintak nak dilahirkan jahat. tkda siapa. but life goes on, different people go through different things in life. who are we to judge? kau tktau if that individual deals with sex abuse, neglected, ignored, ditched & all different fucked up things in life. but these friend of mine, they found a great solution to ALL of their problems. Allah.. the mighty one who can do all the impossibles

'Rumah Tangga Lebih Tenang Dan Teratur'

they told me how their marriage is 100% better, they felt guided; they dont feel lost anymore. they felt peace; as even if they die now, they have nothing to worried about when they meet our Creator. they were really in love. so end of the story, we said goodbye, & this one last reminder they told me that i will never forget;

"lia, kalau kau banyak masalah, cari Dia tau. sementara aku ada ni, aku nak pesan je. nanti aku dah takda, aku dah takleh nak ingatkan. nanti siapa lagi nak ingatkan kau? kau dah ah begik. ingat tauuuu aku pesan, kita masuk syurga sama sama eh?" eh time tu aku sangat lemah. bayangkan la, member yang kaki ajak kau buat benda bukan bukan dulu, dia pulak ngajak masuk syurga. gila kau tak gegel

from that day, they were my actual relation goals. as someone who went through failure in marriage, i really appreciate the husband's effort. that is what love is; his effort to change not only himself, but her as well. he wasnt trying to teach her, he was asking her to join him.

the way he cared for her after diorang dah hijrah ni; masya Allah. "aku suka baca kisah nabi&aisyah, so aku treat la __ macamtu" he laughed.

‘Saya mohon bantulah bayi saya yang menghidap kanser darah ini’


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak saya, Muhammad Amin Iskandar bin Mohd Rizal, 6 bulan, telah disahkan menghidap kanser darah. Namun jenis kanser darah yang mana masih tidak dapat diketahui walaupun sudah berkali-kali sampel darah diambil.

Oleh yang demikian, sampel darah Amin akan dihantar ke Jerman untuk ujian selanjutnya kerana platlet darah yang turun naik, sel darah putih yang lebih tinggi dari darah merah dan hati serta limpa yang masih membengkak.

Doktor Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih belum dapat mengenalpasti punca masalah ini. Amin juga akan menjalani prosedur pengambilan sampel sumsum tulang buat kali yang kedua.

Mungkin permintaan saya ini agak berat tetapi saya benar-benar memerlukannya. Saya memohon jasa baik pada sesiapa yang sudi tampil menjadi penderma darah mengikut pembentukan darah yang sama seperti Amin (pembentukan/pecahan darah orang Asia Barat). Bukan jenias darah apa, tetapi pecahan/pembentukan darah. Darah yang diperlukan adalah dari bayi sehingga kanak-kanak. Darah orang dewasa tidak boleh digunakan oleh Amin.

Saya sanggup membayar sekiranya ada yang sudi membantu. Sebelum itu, sampel darah perlu diambil untuk memastikan jenis bentuk darah yang benar-benar sesuai untuk Amin.

Sekiranya anda tidak dapat membantu menderma, mohon bantu untuk menyebarkan rayuan saya ini. Siapa tahu ada hamba Allah yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu menyelamatkan nyawa anak saya.

Kalau ada yang sudi, boleh hubungi saya di Facebook Nurizzaty Bahari (https://www.facebook.com/nurizzaty.bahari.98)



Sumber: The Reporter

Bagaimana Hendak Bezakan Ayam Itu Baru Atau Lama? Lima Tip Membantu Anda Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar





Membeli barangan segar di pasaraya adalah salah satu rutin yang dilakukan oleh surirumah mahu pun wanita, yang mana membeli dalam kuantiti yang banyak, atau secara mingguan, bergantung pada penggunaanya.

Dalam memilih barangan segar, seperti buah-buahan, sayur, mahu pun ikan, ayam, serta daging, kita pasti tidak ingin terambil makanan yang sudah lama, dan hampir busuk atau layu.

Untuk mereka yang berniaga, mempunyai pusat asuhan, atau seorang ibu juga isteri, memberikan makanan yang sihat dan baik buat keluarga adalah satu kemestian.

Oleh itu, seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boelh diikuti, dalam memilih ayam segar.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.

Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.

Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.

Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.



Lima tips memilih ayam segar.

1. Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam 

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.

Kak Diet
Makan apa tuuu pagi ni...?

Siakap Keli

Selasa, 4 Julai 2017

Lelaki Tua Kantoi Dirakam Cuba Raba Gadis Duduk Di Sebelahnya Di Dalam Tren

 Tren adalah salah satu pengangkutan paling mudah dan paling selalu digunakan di bandar. Meskipun ramai yang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari tanpa masalah, namun ada juga kisah netizen menjadi mangsa perangai tidak senonoh individu tidak dikenali.

Seorang pengguna Facebook, Winna Chin kongsi kisah seorang lelaki dirakam melakukan tindakan tidak elok ketika di dalam tren di Singapura. Menurut Winna, dia sendiri menjadi saksi terhadap apa yang berlaku

Sumber:facebook

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik, boleh dilihat lelaki itu sudah menyentuh paha gadis yang duduk di sebelahnya! Lebih teruk lagi, salah satu gambar turut menunjukkan dia sedang meletakkan tangan di ATAS paha gadis tersebut.

Winna menerangkan bahawa dia tidak menegur dan memarahi lelaki tersebut kerana takut dia akan ‘bertindak kasar’. Bagaimanapun, selepas melihat apa yang berlaku, Winna telah menyuruh gadis berkenaan untuk berdiri dan tidak terus duduk di sebelah lelaki miang tersebut. Malangnya, mangsa tidak mempedulikan nasihatnya, malah hanya merapatkan dirinya dengan rakan di sebelah (dan menyebabkan lelaki itu tidak berhenti dari berbuat sedemikian).




Akhirnya, rakannya menepis tangan lelaki itu yang kemudian turun di stesen berikutnya. Winna memberitahu bahawa dia merakamkan tindakan tidak senonoh lelaki berkenaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai selain turut memberi amaran tentang lelaki tersebut.

Apa-apa pun, jika anda ternampak tindakan tidak senonoh sebegitu di tempat awam, jangan teragak-agak untuk menegur, bukan hanya mendiamkan diri. Kalau takde yang masuk campur, sentiasa akan ada mangsa seterusnya!

Remaja 16 Tahun Kahwini Wanita Berusia 71 Tahun


Indonesia - Kisah cinta seorang lelaki dan wanita berusia 71 tahun heboh diceritakan di Indonesia apabila beberapa portal melaporkan hubungan yang pada mulanya terhalang itu akhirnya diteruskan juga apabila kedua-dua mempelai mengugut mahu mengambil nyawa sendiri jika tidak direstui.

Selamat Riyadi, 16, menikahi nenek Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang sudah berusia 71 tahun.

Pernikahan itu berlangsung di Dusun 1 Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten OKU.

Difahamkan juga, majlis perkahwinan tersebut dilakukan secara sederhana sahaja namun semuanya berjalan dengan lancar. Malah nenek yang sudah memiliki beberapa cucu itu juga tampak malu-malu di majlis berkenaan.

Setelah prosesi ijab kabul, mempelai wanita terlihat malu duduk merapat dengan pengantin lelaki.

“Dekat lagi, senyum tu jangan ditutup mulutnya,” kata ahli keluarga mempelai.

Ketua Polis Lengkiti Ipda Ahsum pada Isnin mengesahkan bahawa perkahwinan itu berlaku di wilayah Polsek Lengkiti.

"Pernikahan ini terjadi atas sokongan masyarakat setempat, sebab pasangan ini mengancam akan bunuh diri bersama-sama jika pernikahan mereka dilarang,” terang Ipda Ahsum.