ads1

Sabtu, 9 September 2017

Tercabut 2 batang gigi depan akibat disepak suami


JAWA TIMUR, INDONESIA - Tidak tahan dan meluat mendengar bebelan, seorang lelaki tergamak menyepak muka isterinya sehingga dua batang gigi depan wanita itu tercabut keluar dari gusi. 

Kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi, 29 Ogos lalu di kediaman pasangan berkenaan,

Difahamkan, lelaki itu keluar sekitar jam 9 malam. Isterinya, Nem, cuba menghubungi lelaki itu tetapi mesejnya tidak dibalas, malah panggilannya tidak dijawab. 

Lelaki terbabit dikatakan keluar tanpa memaklumkan kepada isteri ke mana halatujunya. Sebaik saja pulang ke rumah, Nem mula menyoal lelaki itu dengan pelbagai soalan. 


Nem bertanya ke mana lelaki itu pergi, apa yang dia lakukan, dengan siapa dia keluar, kenapa dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesejnya bagai. 

Tidak tahan dengan bebelan isterinya, lelaki itu memukul isterinya sehingga terjatuh sebelum menyepak muka mangsa tanpa belas kasihan. 

Sepakan yang kuat itu menyebabkan dua batang gigi mangsa tercabut keluar dari gusi. 


Selepas terdengar pergaduhan pasangan itu, jiran mereka menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan yang tiba di tempat kejadian tidak berapa lama kemudian dan lelaki itu kemudian ditahan untuk dibawa ke balai. 

Suspek mengaku hilang kesabaran dan telah memukul mangsa. Suspek berkata, dia juga kesal kerana isterinya lebih memberi perhatian pada telefon bimbit berbanding dirinya. 

Sementara itu, Nem meminta maaf kerana tidak menjadi isteri yang baik kepada suaminya.


"Saya marah pada suami kerana dia balik lewat ke rumah, tetapi saya pula yang kena marah. Saya hanya menggunakan telefon bimbit saya untuk melayari laman Facebook dan YouTube sahaja. Tiada untuk tujuan yang lain. 

"Saya juga memohon maaf pada suami. Mungkin saya belum mampu lagi menjadi seorang isteri yang baik untuk dia," katanya kepada media tempatan. 

4 KEJAHATAN JEPUN PALING TAK BERPERIKEMANUSIAAN KETIKA PERANG DUNIA II

Jepun boleh dianggap sebagai kunci utama dalam tercetusnya Perang Dunia II. Ketika itu, Jepun telah menakluk beberapa negara di Asia dan melakukan kejahatan yang tidak berperikemanusiaan.
Sudah tidak terkira lagi berapa banyak kejahatan yang dibuat oleh Jepun ketika Perang Dunia II, seperti pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan, eksperimen dengan menggunakan manusia sebagai bahan percubaan, dan masih banyak lagi.
Dari banyak-banyak jenayah perang yang dilakukan Jepun, empat kejahatan ini yang dilakukan mereka jauh lebih kejam lagi dan ngeri sekali. Berikut ulasannya disiarkan Laicikang.comseperti dikutip dari The Richest.
1. Kanibalisme
Beberapa kem penjara Jepun sangat terpencil dan terletak di hutan belantara. Kerana jauh dari mana-mana dan tidak mempunyai makanan, banyak penjaga penjara yang kelaparan dan dengan kejam membunuh para tahanan kemudian memotong-motong tubuhnya untuk dimakan.
Hal itu dibuktikan dengan sebuah laporan yang diterbitkan oleh Universiti Melbourne. Begini kenyataannya:
“Salah satu kenyataan seorang leftenan Australia menjelaskan bagaimana beliau mencari sisa-sisa dari potongan tubuh, termasuk kepala yang sudah dikupas dan bahagian tulang belakang. Dalam beberapa kes, keadaan mayat sudah tidak ada rupa lagi sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa mayat tersebut sudah dipotong-potong dan bahagian dagingnya sudah dimasak. ”
2. Eksperimen Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Wanita Hamil
Nazi memang terkenal suka melakukan eksperimen-eksperimen sadis dengan manusia yang masih hidup sebagai bahan eksperimen tersebut. Jepun pun juga sama.
Di tempat yang disebut unit 731, tahanan perempuan yang sebahagian besar berasal dari China, dirogol dan dibuat hamil untuk jadi bahan percubaan. Kemudian ibu hamil akan dijangkiti dengan penyakit sifilis untuk bagi mengetahui apakah anak dalam kandungannya turut dijangkiti atau tidak.
Kaum ibu pula dibedah hidup-hidup dengan bayi masih di dalam untuk mempelajari kesan dari penyakit rahim. Tidak ada anestesi atau ubat bius yang digunakan. Mereka diperlakukan oleh Jepun dengan sangat tidak berperikemanusiaan.
3. Amputasi
Ketika tentera Jepun mengesyaki seseorang sebagai mata-mata, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyeksa orang tersebut. Seperti penduduk Filipina ini yang jadi mata-mata Amerika Syarikat dan Inggeris yang dikerat oleh tentera Jepun tapi dibiarkan tetap hidup.
Pertama, tentera Jepun akan memotong bahagian tangannya, mungkin seterusnya bahagian kaki lalu telinga. Untuk menghentikan pendarahan, tentera Jepun biasanya akan membakar tangan mangsa. Selepas selesai, mereka tetap dibiarkan hidup dan dipenjarakan untuk diseksa lebih lagi
4. Ditanam Hidup-Hidup
Tentera Jepun yang menghuni pulau-pulau kecil di kepulauan Solomon dan Mariana, di Pasifik Selatan, boleh dikatakan mereka sangat kejam dan sadis. Dilaporkan mereka pernah menanam hidup-hidup tentera Amerika. Dalam kes yang lebih mengerikan, tubuh mangsa dari hujung kaki hingga leher akan ditanam, manakala bahagian kepalanya saja yang dibiarkan tanpa ditanam. Mangsa tidak boleh berbuat apa-apa selain menunggu haiwan liar memakan kepalanya.

Jumaat, 8 September 2017

SEORANG JURUGAMBAR MELEMPAR KAMERANYA DEMI MENOLONG ANAK KECIL SEMASA BERLAKU LETUPAN, DAN DIA TERUS MENANGIS DAN MERAUNG SETELAH SEDAR YG SEBENARNYA ANAK KECIL TU ADALAH..


Naluri seorang jurugambar kawasan perang adalah mengambil gambar, walau apa-apa pun terjadi kejadian yang ada di depannya. Namun, apabila ada letupan besar yang mengenai bas yang mengandungi beratus-ratus pelarian, jurugambar ini melakukan perkara yang berbeza.

Melihat banyak korban letupan, bukan naluri fotografi-nya yang bergerak, melainkan naluri kemanusiaannya.
“Suasana pada masa itu sangat menyeramkan, terutama ketika mendengar ratapan anak-anak yang mati di depanmu,”  Abd Alkader habak, menceritakan pengalamannya.
“Jadi, aku dan rakanku menyingkirkan kamera kami dan mula menyelamatkan orang-orang yang terluka.”
Letupan hebat tersebut dilaporkan telah mengorbankan 126 orang.Walaupun sang jurugambar tidak tahu apakah budak laki-laki yang didukungnya itu selamat atau tidak, ia hanya berusaha berlari membawa anak itu ke ambulan. Habak berkata bahawa kanak-kanak itu masih bergerak dan bernafas. Jurugambar lain menangkap momen keberanian habak ini pada kameranya.
Jurugambar itu kemudian mengambil gambar habak yang terduduk di tanah, menangis di samping tubuh mangsa meninggal dunia lain
Setelah membawa anak tersebut ke ambulans, habak kembali berlari muntuk menyelamatkan mangsa lain. Sayang, kerana keletihan, ia akhirnya jatuh terduduk sambil menangis di dekat jasad korban.
“Aku terbawa suasana, apa yang aku dan rakanku lihat di lokasi sangat tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, sungguh menyeramkan.”

Lagi Gambar
..
..
..
..
..

Sumber : kisahbenar.pw

Tragis! Wanita sarat mengandung terjun bangunan daripada tingkat lima kerana permintaannya ditolak keluarga mentua

Satu kisah yang sukar diterima, seorang wanita sarat mengandung nekad membunuh dirinya dengan cara lompat bangunan daripada tingkat lima.
Tragedi ini berlaku di sebuah hospital di wilayah Shaanxi, menurut Says.com.
Dikenali sebagai Ma, wanita ini membunuh dirinya selepas permintaan untuk melakukan operasi Caesar, tidak diterima oleh keluarga mentuanya.

Operasi Caesar merupakan pembedahan yang dilakukan terhadap ibu mengandung kerana sebab-sebab tertentu yang menghalang untuk bersalin secara normal.
Ma yang sarat mengandung selama 41 minggu tidak mampu bersalin secara normal kerana kepala bayi dalam kandungan besar dan berisiko tinggi untuk bersalin secara normal.
Walaupun pihak hospital telah menjelaskan risiko yang bakal dihadapi oleh Ma, namun keluarga suaminya bertegas mahukan wanita itu bersalin secara normal.
Ma turut memujuk dan merayu sebanyak dua kali supaya dapat bersalin secara operasi Caesar, namun dia terus hampa.
Wanita ini merayu dalam keadaan kesakitan kerana dia sepatutnya sudah menjalani pembedahan tersebut.
Lebih menyedihkan, pihak keluarga mentua tidak mengendahkan kesakitan yang sedang dialaminya malah memilih untuk memantau situasi sahaja.
Selepas gagal mendapat persetujuan daripada keluarga mentuanya, Ma berhenti merayu dan nekad terjun bangunan daripada tingkat lima.
Ma dan bayi yang masih dalam kandungan itu mati dalam keadaan menyayat hati di tempat kejadian.
Pihak berkuasa menuduh suaminya membunuh Ma tanpa niat. Namun demikian, suaminya pula menuduh pihak hospital yang bersalah kerana tidak menjalankan pembedahan Caesar secepat mungkin.
Akan tetapi, suami Ma dan keluarganya pasti menyesal seumur hidup kerana pihak hospital mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan keluarga suami Ma melengah-lengahkan pembedahan.
Dokumen tersebut menunjukkan suami Ma merupakan orang paling bertanggungjawab untuk membenarkan apa-apa pembedahan dilakukan.
Tidak kira sesiapa yang bersalah dalam hal ini, namun kematian Ma dan bayi yang tidak berdosa itu akan menjadi peristiwa yang sukar dilupakan.
Dokumen yang telah ditandatangani oleh suami Ma 
Sumber: Says.com

Khamis, 7 September 2017

Setelah bersusah-payah membesarkan anak angkatnya selama 25 tahun, ini yang diterima seorang wanita tua sebagai balasan!

Pada 25 tahun dahulu seorang wanita berusia 49 tahun yang tinggal di Bandar Anqing telah mengambil seorang bayi perempuan yang berusia 40 hari dan dipercayai telah dibuang berhampiran rumahnya.
Wanita tua berketurunan Hu itu tidak mempedulikan tentang suaminya dan membawa bayi itu pulang ke rumahnya. Dia menjaga bayi kecil itu seperti anaknya sendiri.
Kerana tidak mampu membeli susu, wanita tua itu hanya memberi makan bubur kepada bayi itu. Ketika si kecil berusia 4 tahun suami wanta itu pula meninggal dunia. Demi membesarkan anak perempuannya, dia terpaksa menjual sayur-sayuran dan memungut sampah bagi membiayai persekolahan puterinya.
Selepas 25 tahun kini anaknya sudah dewasa, sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. Dia kini tinggal di bandar bersama keluarga baharunya, suami dan anaknya. Walaupun telah memiliki hidup yang sempurna dan bahagia dia tidak langsung melupakan tentang ibu angkatnya yang telah bersusah payah membesarkannya.
Jika dahulu mereka hanya mampu tinggal di pondok yang using tetapi kini untuk membalasa jasa ibunya, dia telah membinakan sebuah rumah dua tingkat untuk wanita tua yang berusia 74 tahun itu. Menurutnya rumah yang didiami mereka dahulu sudah terlalu buruk dan tidak boleh didiami lagi.
Jika dahulu ibunya melihat rumah orang lain sangat cantik dan berharap agar dapat memiliki sebuah rumah seperti rumah mereka dan kini impian itu akhirnya menjadi realiti.
Anaknya juga seringkali pulang ke kampung untuk melawat ibunya.
“Ibu yang membesarkanku, sekarang aku akan menjaganya pula. Ini adalah kewajipan buatku.”
Walaupun sudah meningkat tua, wanita berusia 74 tahun itu tidak boleh duduk diam tanpa melakukan pekerjaan. Untuk itu dia telah pergi ke gunung untuk mengambil kayu bakar, menanam sayur-sayuran dan memelihara ayam.
Benarlah kata pepatah bahawa buat baik akan dibalas baik. Sesungguhnya pengorbanan wanita tua itu membesarkan seorang anak perempuan yang bukan anak kandungnya benar-benar dihargai.
Keikhlasan wanita tua itu membesarkan puterinya akhirnya dibalas oleh anaknya dengan segala perhatian dan kasih sayang yang diberikan.
Sumber: Happy

10 kes selfie yang membawa padah

Boleh kata semua orang suka mengambil swafoto. Ada yang suka selfie setiap hari sambil update gambar profail, ada yang selfie kerana mahu kongsi #ootd, ada pula yang suka duduk paling belakang apabila selfie beramai-ramai sebab tak mahu muka jadi besar.
Tapi kalau mahu berswafoto sekali pun, perlulah kena pada tempat dan masanya. Adakalanya kita menjadi terlalu ghairah untuk bergambar sehingga boleh membahayakan diri sendiri.
selfie dengan gajah
Baru-baru ini seorang lelaki di India matiapabila mahu berswafoto bersama seekor gajah liar yang sesat. Dia pergi terlalu hampir dengan gajah tersebut sehingga menyebabkan gajah itu terkejut dan berlari mengejarnya. Lelaki itu terjatuh sebelum dipijak gajah tersebut sehingga mati.
Namun itu bukanlah kes pertama kematian akibat selfie. Kami kongsikan 10 lagi kejadian malang lain yang pernah berlaku gara-gara selfie:

#1 Panjat kereta api

mati selfie panjat kereta api
Pada tahun 2014, seorang lelaki dari Sepanyol mati terkena renjatan elektrik setelah memanjat naik ke bumbung sebuah kereta api di Andalusia untuk berswafoto. Kereta api itu tidak bergerak namun kabelnya masih berhubung dan mempunyai arus elektrik berkuasa tinggi. Lelaki itu terpelanting jauh daripada bumbung kereta api tersebut dan mati serta-merta. (Mirror UK)

#2 Dalam kereta

courtney sanford selfie dalam kereta
Courtney Sanford memuat naik satu gambarnya sedang berswafoto di dalam kereta. Dia mengatakan lagu Pharrell William bertajuk "Happy" membuatkan dia berasa sangat gembira. Beberapa saat kemudian, kereta yang dipandunya mengalami kemalangan. Courtney mati akibat kecederaan teruk. (Fox News)

#3 Bom tangan

selfie dengan bom tangan
(Bukan gambar sebenar kejadian)
Dua orang tentera Rusia di wilayah Ural di Siberia berswafoto bersama bom tangan yang hidup. Secara tiba-tiba bom tangan itu meletup tanpa dijangka sehingga menghancurkan badan mereka. Kejadian itu menyebabkan kerajaan Rusia mengeluarkan amaran dan panduan ketika berswafoto agar semua orang lebih berhati-hati.

#4 Tupai comel

tupai selfie serang mengganas
Nampak macam comel dan tak berbahaya. Tapi beberapa ketika sahaja selepas bergambar bersama, si 'comel' itu tiba-tiba mengganas dan menyerang lelaki tersebut. (Sliptalk)

#5 Tangga sekolah

pelajar maut terjatuh tangga akibat selfie
Seorang remaja berusia 14 tahun di Filipina maut apabila cuba mengambil gambar berhampiran tangga di sekolahnya. Dia terjatuh dari tingkat tiga dan meninggal di hospital akibat tulang patah, kecederaan di kepala dan kecederaan buah pinggang berpunca daripada tusukan tulang yang patah. (Philippine STAR)

#6 Pameran seni

Seorang pelawat wanita telah melakukan kerosakan bernilai $200,000 apabila cuba mengambil swafoto bersama barang pameran seni di Los Angeles. Menerusi video rakaman CCTV, wanita itu berdiri sambil membongkok terlalu hampir dengan tiang alas yang mempamerkan ukiran seni seorang artis Hong Kong. Tiba-tiba dia hilang imbangan dan terjatuh sehingga mencipta satu kesan domino menyebabkan keseluruhan baris tiang alas itu jatuh. (CNet)

#7 Jatuh gaung

pasangan terjatuh dari curam tinggi ketika selfie
Sebuah keluarga dari Poland sedang bercuti di Portugal. Mereka berkunjung ke sebuah kawasan pergunungan dan si ibu dan bapa sedang leka mengambil selfiesambil diperhatikan oleh dua anak mereka yang berdiri berhampiran. Pasangan itu tersilap langkah dan terjatuh ke dalam gaung menyebabkan mereka maut serta-merta. (Huffington Post)

#8 Ular orok-orok

selfie ular orok orok bil hospital mahal
Seorang lelaki dari San Diego bernama Todd Fassler cuba menangkap gambar bersama seekor ular orok-orok (rattlesnake) yang dijumpainya. Todd mendekati ular itu terlalu rapat menyebabkan dia diserang ular tersebut. Walaupun Todd tidak menemui ajal, namun bil hospitalnya mencecah hampir $150,000.

#9 Kawah gunung berapi

erri yunanto jatuh ke dalam kawah gunung berapi
Seorang pendaki terjatuh ke dalam kawah sebuah gunung berapi aktif di Indonesia ketika membuat cubaan swafoto di puncaknya. Kematian Eri Yunanto telah menyedarkan pihak Taman Negara terbabit dan pihak pengurusan itu kini telah menyediakan satu kawasan khas di puncak Gunung Merapi untuk menangkap gambar. (Jakarta Post)

#10 Panjat jambatan

selfie maut gadis panjat jambatan
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun membuat percubaan berani apabila mengambil swafoto di atas sebuah jambatan setinggi 30 kaki di Rusia. Semasa berada di puncak, Xenia Ignatyeva tiba-tiba hilang imbangan dan terkena renjatan elektrik apabila dia cuba mencapai satu dawai hidup. Xenia menghembuskan nafas terakhir sebelum badannya sempat jatuh ke tanah. (Mirror UK)

Berbaloikah hilang nyawa atau berhabis wang ratusan ribu semata-mata mahu dapatkan latar belakang selfie yang 'cool'?

【Video】Lulu ‘anak patung hidup’ berlegar di sekitar Tokyo merupakan trend terbaru

Anak patung dengan rambut palsu dan pakaian yang lengkap, topeng serta stokin berada di sekitar Tokyo, Jepun. Digelar sebagai Lulu sebagai “anak patung hidup,” ia telah menarik perhatian orang ramai ketika ia melintasi jalan atau melakukan perkara yang dilakukan oleh orang biasa.
Apa yang lebih menarik ialah identiti orang yang menjadi patung tersebut tetap menjadi rahsia. Siapa tahu, “anak patung hidup” boleh menjadi penari kegemaran anda, seorang pereka fesyen, atau model terkenal yang ingin memiliki kehidupan fiksyen untuk sementara waktu di dunia nyata.
Lulu Hashimoto, “patung hidup” yang terkenal adalah trend terbaru dalam pemodelan fesyen di Tokyo.
Ia dicipta oleh seorang pereka fesyen berusia 23 tahun, Hitomi Komaki
Keunikan Komaki mencipta anak patung hidup menyebabkan lahirnya Lulu Hashimoto.
“Saya sangat suka anak patung dan, bagi saya, lambang kecomelan adalah anak patung, “kata Komaki.
Pada masa kini, berpakaian sebagai maskot, atau apa yang dipanggil Jepun “kigurumi,” telah menjadi trend. Ia juga dianggap bentuk seni yang popular di Jepun.
Komaki kemudian mengambil trend ke tahap yang baru dengan mencipta pakaian yang kelihatan seperti anak patung dan mampu bergerak seperti manusia.
Walau bagaimanapun, katanya, pakaian Lulu hanya sesuai dipakai oleh penari, pereka fesyen dan model.
“Ramai orang memanggil projek saya fetish, tetapi bagi saya, ia bukan fetish tetapi fesyen,” Komaki menjelaskan lebih lanjut.
Dia berkata memakai pakaian Lulu seperti “memakai pakaian yang comel atau memakai bulu mata palsu untuk kelihatan lebih comel.”
Stokin Lulu, yang mempunyai elemen seperti anak patung, dicipta oleh rakan pereka Komaki, Koh Ueno. Dia berkata bahawa dia menggunakan airbrush untuk membuat sendi seperti anak patung.
Ueno berkata dia berharap bahawa suatu hari nanti, wanita akan memakai stokin ini.
“Saya mahu melihat wanita memakai stokin dan mengubahnya. Saya mahu mereka menjadi luar biasa, menjadi boneka, atau seperti anak patung, ” katanya.
Komaki telah mencipta akaun sosial Lulu di Instagram dan Twitter, yang mendapat ribuan pengikut, untuk menunjukkan kepada orang ramai akan ciptaannya.
Video di bawah menunjukkan bagaimana Lulu berlegar di sekitar Tokyo:
Kredit:Era Baru