ads1

Sabtu, 24 Februari 2018

“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”..Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia…

Gambar Hiasan
Kalau janda yang cantik-cantik, mesti orang mengata, “Masa ada suami selekeh, dah jadi janda baru pandai nak melawa. Laki dah lari baru terhegeh-hegeh cari gincu,” Saya nak kongsi satu cerita client lama saya atas izin.
KISAH BENAR
1. During hearing case (anak dia). Saya kagum sangat, usia dah hampir separuh abad tetapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulis tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas suami pun tak pernah tak datang. Awalnya, saya tidak pernah menyangka yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak sangat ambil berat mengenainya.
2. Saya perasan kakak ini selalu saja macam nak marah, buat tak tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu tak tahu pun yang mereka sudah bercerai). Tetapi bila akak ini tengok reaksi saya yang macam tertanya-tanya, kemudian dia pun jelas kan.
“Puan Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”
3. Alangkah terkejutnya saya. Betapa bagusnya bekas suami dia sampai tak pernah tak datang tengok kes anak dia.
“Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”..Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia…
Gambar Sekadar Hiasan
4. Saya selalu puji yang akak ini cantik, bergaya, lembut orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next hearing date, selepas habis kes, kami pun turun ke kafe. Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa keluar satu gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan bekas suaminya.
Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik, selekeh, sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak kacak.
6. 15 tahun, dia abadikan diri dengan suami. Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan kerana suami mengarahkannya berhenti, duduk rumah dan jaga anak. Duit tak diberi, suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan.
Duduk di rumah saja menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar dengan kawan-kawannya. Dia hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya? Tuhan saja yang tahu.
7. Suami mula berubah bila dia menjadi gemuk. Bukan sengaja tetapi tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak kurus, dah diusik. Nak keluar joging, tak ada orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai, duit tak ada. Nak melawa pun duit tak ada.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”..Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia…
Gambar Sekadar Hiasan
8. Suami pula elok saja beli barang baru, baju baru tetapi tak buat balik untuk isteri. Selepas suami naik pangkat, mulalah menghina isteri.
“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,” bentaknya.
Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.
9. Nekad mahu mengoda suaminya semula, selepas melahirkan anak yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa keempat-empat anaknya ke balai raya pergi belajar menjahit. Suami nak tolong? Haram! Mengutuk adalah. Selepas belajar menjahit, dia pula ambil upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.
10. Dalam usaha nak memikat semula hati suami, kantoi pula suaminya berkahwin dengan perempuan lain di Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina dibuatnya. Sudahlah nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu pejabat dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”..Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia…
Gambar Sekadar Hiasan
11. Dia redha dan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya walaupun selepas itu suaminya sudah jarang pulang ke rumah. Paling teruk bila madu dapat anak seorang. Nafkah langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menjahit bagi menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan banding bezakan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala serbi.
12. Sejak ada isteri baru, suami sudah pandai naik tangan. Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri baru datang, suruh balik ke rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan dia seorang diri. 10 tahun dimadukan dan itulah tempoh dia menghadap perkara seperti ini.
13. Hari sebelum dia diceraikan, mereka bergaduh tentang nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang sudah lama suami tidak tunaikan. Bila gaduh, ada tengking menengking dan dia tidak tahan lalu meminta diceraikan. Masa itulah suami dia menghina.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”
Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta diceraikan pada masa itu juga.
14. Suami dengan mudah menceraikan dia. Selepas diceraikan, suami siap cakap,
“Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”
15. Terasa terhina, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Angkat kaki dan balik ke kampung membina hidup baru. Buka kedai jahit dan sekarang sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin banyak, duit banyak dan hidup bertambah tenang dan senang.
16. Selepas kehidupannya agak kaya, madu pula tidak berpuas hati. Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan dan akhirnya lingkup. Sekarang, menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta Harrier, sekarang sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak tarik.
17. Selepas tiada suami yang bergaya, melawa sebab tak ada siapa nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada suami macam mayat hidup, tiap-tiap tahun beranak. Yang jaganya dia seorang, duit tak ada, suami nak belikan make up dan baju? Haram! Kahwin lain adalah.
18. Sekarang dia sudah kurus, putih dan cantik . Duit banyak, giliran madu pula hidup susah main dengan anak-anak kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang sudah gemuk, hitam. Tambah pakej lagi bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk dilempar.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”..Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia…
Gambar Sekadar Hiasan
19. Semasa saya menguruskan kes kakak ini, hampir 3 tahun bekas suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring dan terlampau baik. Tetapi kakak ini, buat tak tahu dan tak nak melayan. Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu di tangga rumah, di mana-mana nampak saja bekas suami macam orang tak betul, gila talak.
20. Sempat lagi kakak ini bergurau.
“Kakak ni termasuk dalam salah seorang janda yang tiada suami baru pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita tak pandai nak jaga suami, suami lari baru nak bergaya. Tetapi orang tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada suami yang tak guna.
“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa tinggi tetapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kita beranak setiap tahun. Selepas itu bukannya nak berterima kasih, tetapi dijadikan modal pula untuk menghina isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri dan tak payah menanggung biawak di rumah.
“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.
Semoga menjadi teladan buat semua. Terkesan pada kata-katanya itu. Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa. Semoga suami kita, anak-anak kita, saudara lelaki kita menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik pada isterinya. – Nurulbadiah
Sumber : aliffchanel.com
Apa Pendapat Anda?
Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Jumaat, 23 Februari 2018

Bertengkar dengan suami, isteri racun 3 anaknya sampai mati


Seorang wanita yang bekerja sebagai guru memaksa tiga orang anaknya minum racun serangga sehingga mati sebelum dia cuba membunuh diri dengan minum racun yang sama dan mengelar pergelangan tangan dan lehernya sendiri. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu 21 Februari lalu di Banjar Palak, Indonesia, Septyan Parmadani, 33, telah memaksa tiga anaknya berusia 2, 4 dan 6 tahun minum racun serangga yang disediakan dalam plastik. 

"Wanita itu dipercayai telah memaksa tiga anaknya membunuh diri dengan minum racun serangga. Ketiga adik beradik itu berada dalam keadaan tidak bernyawa ketika ditemui dan jenazah mereka kini sedang dibedah siasat di Rumah Sakit (hospital) Kasih ibu," kata sumber polis. 

Sementara itu, ibu mangsa masih hidup dan sedang diberikan rawatan perubatan berikutan keadaannya yang agak kritikal. 

Menurut dua orang saksi kejadian yang juga merupakan ahli keluarga pasangan berkenaan, kejadian itu berlaku pada awal Selasa lalu apabila Septyan dan anak-anaknya telah datang ke rumah adiknya untuk menumpang berteduh selama beberapa hari. Adiknya pada ketika itu tidak mengesyaki apa-apa kerana segalanya seperti biasa sahaja. 


Jam 2.30 petang kemudian, suaminya, Putu Mohdiana, datang ke rumah dan mengajak isteri dan tiga orang anaknya itu pulang ke rumah. Tetapi Septyan menolak pelawaan suaminya itu, lapor Merdeka.com.

Lebih kurang jam 11 malam pada hari yang sama, adik mangsa sempat bertemu dengan Putu Mohdiana di depan pintu bilik dan apabila ditanya mahu ke mana, katanya dia akan kembali. Ketika itu, kelihatan Septyan sedang menyusui anaknya. 

Pada pagi keesokan harinya, ketika adik mangsa mahu mengambil alatan mandian di bilik itu berasa curiga bila mana pintu yang diketuk berkali-kali tidak dibuka, malah tiada jawapan dari dalamnya. 

Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, adik mangsa kemudian berusaha membuka tingkap bilik dan alangkah terkejut apabila melihat Septyan dan anak-anaknya sudah terbujur kaku. Di tangan Septyan ketika itu dilihat sedang memegang sebilah pisau dengan kesan luka di pergelangan tangan kiri dan leher kanan dipercayai cuba membunuh diri selepas membunuh tiga anak-anaknya itu. 


Adik mangsa segera membuka pintu bilik dan memaklumkan tragedi itu kepada ahli keluarga. Empat anak beranak itu dikejarkan ke hospital. Tiga beradik berkenaan disahkan telah meninggal dunia, manakala ibu mereka masih sempat untuk diselamatkan. 


Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Berdasarkan laporan itu, polis telah menghantar pasukannya ke tempat kejadian untuk mengambil bahan-bahan bukti dan turut menemui bungkusan plastik yang mengandungi cecair racun penyembur serangga Baygon.
Polis sehingga kini masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pertengkaran di antara suami isteri berkenaan.

Kredit:The Reporter

Selama Dua Tahun Seorang Artis Merendam Baju Dalam Laut Mati Dan Hasilnya…

Artis ini mengambil keputusan untuk merendam baju ke dalam laut mati selama 2 tahun bermula pada tahun 2014.
Seperti yang anda tahu, laut mati yang terletak di sempadan Israel ini merupakan laut yang mempunyai kandungan garam paling tinggi sekali.
Selama 2 tahun baju ini dibiarkan di dalam laut ini, hasilnya sangat mengejutkan! Kesan garam yang melekat pada baju ini menjadikan ia kelihatan seperti batu kristal. Untuk pengetahuan anda, baju garam ini akan dipaparkan kepada umum di Marlborough , London sehingga 3 september 2016.
Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Sejak ribuan tahun, Laut Mati menggamit pelancong yang datang untuk berenang kerana kononnya untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripada kemasinannya.
Bagaimanapun, tarikan pelancong ke laut itu mungkin berakhir selepas pakar mendapati paras airnya semakin menurun dengan purata semeter setiap tahun.
Ukuran pertama dilakukan pada 1927 dan sejak itu paras air laut itu yang terkenal kerana menjadi sebahagian daripada sejarah agama, semakin susut.
Tertarik dengan tahap kemasinan Laut Mati ini, seorang penggiat seni berbangsa Yahudi, Sigalit Landau telah menjalankan hasil seni terbaru beliau di laut ini dengan merendamkan sepasang gaun wanita ke dalam laut ini.
Gaun itu kemudiannya dibiarkan di dalam air sejak 2014 dan hanya dibawa naik baru-baru ini untuk melihat perubahan yang disebabkan pengaruh air masin ke atas fabrik pakaian itu, dah hasilnya…
Seniman Sigali Landau membenamkan gaun hitam bergaya abad 1920-an di Laut Mati selama dua bulan, pada tahun 2014. Ketika gaun itu diangkat ke permukaan, gaun itu berkilauan, seperti sebuah patung yang terbentuk dari garam.
Landau terinspirasi dari karya seni sebelumnya yang terbentuk oleh lingkungan unik Laut Mati.
Dalam pameran terbarunya, ia menggunakan replika gaun hitam dari cerita hantu klasik Hasidic Jewish berjudul ‘The Dybbuk’. Dalam cerita tersebut, diceritakan bahwa Leah dikuasai oleh kekuatan jahat pada gaunnya, yang sempat dimiliki oleh pengguna sebelumnya. DIketahui ia meninggal sebelum pernikahan dilakukan.
“Selama beberapa tahun, saya mempelajari banyak hal dari tempat aneh ini. Namun, kami masih menunggu keajaiban lainnya, eksperimen baru, ide, dan pemahaman lain. Ini seperti bertemu dengan sistem perbedaan waktu, perbedaan logika, dan planet lain. Terlihat seperti salju, gula, air mata,” ujar Landau.
Laut mati adalah kawasan perairan yang paling asin di bumi. Sebanyak 34 persen garam, dan beberapa kali lebih asin dari yang ada di perairan terbuka.
Tingkat keasinan yang sangat tinggi menjadi salah satu dalang dibalik sihir yang menyebabkan transformasi gaun hitam itu menjadi gaun putih berkilauan. Garam menghasilkan kristalisasi akibat dari konsentrasi yang lebih tinggi dari air-air di sekitarnya.
Sumber dari HambaFakir
Kredit:Alamfana.com

Khamis, 22 Februari 2018

Malaysia – Senarai kelajuan 4G paling lambat di dunia


Percaya atau tidak negara Malaysia disenaraikan sebagai rangkaian 4G paling perlahan.
Laporan mengatakan purata kelajuan talian 4G di Malaysia pada tahun lalu adalah 14.83 Mbps, menempatkan Malaysia tergolong dalam senarai kumpulan 20 negara yang terbawah sekali.
Perkhidmatan Internet mudah alih 4G Malaysia adalah diantara yang paling perlahan daripada 88 negara setelah dikaji. Ia disahkan selepas menurut  laporan yang dikeluarkan daripada pakar pemetaan liputan tanpa wayar OpenSignal yang berpangkalan di UK pada 20, Februari.
Sebuah Laporan bertajuk “The State of LTE” menyatakan purata kelajuan 4G di Malaysia pada tahun lepas adalah 14.83 megabit sesaat (Mbps), meletakkan Malaysia diantara 20 negara terbawah.
Walaupun perkhidmatan itu telah dilancarkan sejak lima tahun lalu dan menjanjikan kelajuan internet mencecah sehingga 100 Mbps. Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jirannya seperti Vietnam di mana kelajuan di negara itu secara puratanya adalah 21.49 Mbps, Brunei 17.48 Mbps dan Myanmar 15.56 Mbps.
Walau bagaimanapun, kelajuan yang tercatat pada tahun lalu itu adalah satu peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya yang hanya menunjukkan 14.35 Mbps.
Singapura menduduki tangga teratas dengan kelajuan purata sebanyak 44.32 Mbps, diikuti oleh Belanda 42.12 Mbps, Norway 41.2 Mbps dan Korea Selatan 40.44 Mbps.
Tiga negara yang tersenarai sebagai kelajuan yang perlahan sekali bagi sekitar Asia Tenggara adalah Thailand, Filipina dan Indonesia (Laos tidak senaraikan).
Laporan global terbaru daripada OpenSignal diterbitkan selepas mereka membuat analisis ukuran 50 bilion yang telah dikumpulkan pada suku keempat 2017 untuk membandingkan prestasi 4G di serata 88 buah negara.
Laporan itu juga mendapati bahawa tidak ada kenaikan kelajuan 4G di kelangan negara yang berprestasi tinggi dan mencapai dataran 45 Mbps seluruh carta.
Selama lebih dari setahun sekarang, negara-negara yang mempunyai kelajuan terpantas nampaknya tidak mempunyai sebarang peningkatan walaupun jarak diantara kelajuan itu hampir sama namun masih belum mencapai pada kelajuan 50 Mbps sepertimana kelajuan itu sepatutnya menjadi purata kelajuan 4G.
Bagaimanapun, dengan kelajuan 4G yang sedia ada. Ia tetap berkembang dan berada di tahap yang stabil dan laju.
Kredit:Era Baru

Wanita Dirogol, Dirodok Besi Sampai Usus Keluar


KEJAM dan tidak bertamadun. Itu yang berlaku dalam kes ini, apabila seorang wanita bertarung nyawa selepas dirodok dengan batang besi dalam serangan seksual oleh sekumpulan lelaki.

Ini turut mengakibatkan ususnya terkeluar dari alat sulitnya. Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 19 ke 30 tahun, ditemui di bawah jambatan di selatan Dinajpur, India.
Dia dipercayai terbaring di situ selama 18 jam sebelum ditemui oleh orang ramai.
Menurut polis, objek besi dimasukkan ke dalam badannya.
“Saya melihat seorang wanita terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya telah merenjiskan air ke mukanya dan dia mengerang kesakitan.
“Pada masa itu saya melihat ususnya terkeluar dari alat sulitnya. Dia memberitahu dia telah diculik dan dirogol di tempat yang terpencil.
“Selepas merogol wanita itu, penyerang telah menggunakan batang besi hingga menyebabkan ususnya terkeluar,” kata saksi.
Wanita itu telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini kritikal selepas menjalani pembedahan manakala dua lelaki, yang dikenalpasti oleh mangsa sebagai penyerangnya, telah ditangkap. 
Kredit: MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…



Rabu, 21 Februari 2018

Kanak-kanak lelaki membeli lukisan ini dengan harga kurang daripada RM8 tetapi setelah diberitahu nilai terkini lukisan tersebut, dia terus tergamam!


Antiques Roadshow adalah sebuah rancangan televisyen di mana para pentaksir pergi ke bandar-bandar yang berbeza untuk menilai kualiti dan harga karya seni, perabot atau barang kemas yang dimiliki penduduk tempatan. Ia pertama kali disiarkan di Britain pada tahun 1979 dan masih disiarkan sehingga hari ini.
Rancangan TV ini menjadi begitu popular sehingga negara lain turut mengambil konsep rancangan ini dan menyiarkannya di saluran TV negara mereka seperti yang disiarkan di Australia, Kanada, Finland, Jerman, Sweden dan Amerika Syarikat.
Antiques Roadshow versi Amerika Syarikat pertama kali disiarkan pada tahun 1997. Pada tahun 2014, pameran tersebut telah ke Richmond, di mana seorang kanak-kanak lelaki bertemu dengan David Weiss, seorang yang pakar dalam lukisan, cetakan, arca dan permaidani Oriental.
Kanak-kanak lelaki itu merupakan pengumpul barangan kaca, perak sterling dan seni. Kebanyakan barang-barang tersebut dibeli di rumah lelongan tempatan di bandarnya dan dia kemudian menjualnya secara atas talian.
Weiss kelihatan kagum dengan apa yang dilakukan kanak-kanak itu yang membeli dan menjual perak serta sentiasa peka dengan harga pasaran barang-barang antik. Weiss kemudian bertanya kepada kanak-kanak lelaki tentang lukisan yang dibawa bersamanya pada hari itu.
“Lukisan ini saya temui ketika julan lelong di Selatan Jersey,” kata kanak-kanak lelaki itu. Menurutnya lagi, dia dan ayahnya telah menunggu selama satu jam lebih untuk mendapatkannya. Akhirnya mereka berhasil mendapatkan lukisan tersebut dengan harga  $2 (RM7.79)
“Saya fikir ia adalah cat air, tetapi kami tidak begitu pasti kerana ada kaca UV,” katanya lagi.
“Kamu betul, itu adalah cat air,” jawab Weiss.
Weiss kemudian menumpukan perhatian kepada tanda tangan yang ada pada lukisan itu.
Rupa-rupanya lukisan itu adalah hasil karya Albert Neuhuys, seorang pelukis Belanda yang dilahirkan pada tahun 1844 dan meninggal dunia pada tahun 1914. Melihat pada lukisan tersebut, Weiss percaya ia dihasilkan pada suku terakhir abad ke-19.
Neuhuys, bersama dengan pelukis Belanda yang lain, sering melukis adegan seorang ibu dengan seorang kanak-kanak atau dua kanak-kanak yang menggambarkan kehidupan keluarga setiap hari.
Selepas berkongsi latar belakang mengenai pelukis itu, Weiss bertanya kepada kanak-kanak lelaki itu agak-agaknya berapakah harga lukisan itu sekarang.
“Seratus lima puluh dolar,” jawab kanak-kanak lelaki itu.
Weiss kemudian memberitahunya yang dia pasti bahawa jika lukisan itu diletakkan untuk lelongan hari ini, Weiss menganggarkan harga jualan lukisan tersebut boleh mencecah antara $ 1,000 (RM3,893.17) hingga $ 1,500 (RM5,839.76)!
Kanak-kanak lelaki itu seakan-akan tidak percaya dengan harga lukisan tersebut. Dengan harga tidak sampai RM8 dia kini boleh mendapat keuntungan lebih daripada RM5,000 jika dia menjual lukisan tersebut.
“Saya fikir kamu mempunyai masa depan yang cerah sebagai peniaga seni. Kamu mesti menyimpannya.” Ujar Weiss lagi.
Itu adalah sebuah permulaan yang baik buat kanak-kanak lelaki itu. Siapa tahu dia sememangnya mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang tersebut?
Kredit:Era Baru
Sumber: NTD

5 Kehebatan Ronaldo 'Gemuk' Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

ronaldo luis nazario de lima fat gemuk
The Phenomenon. Itulah gelaran yang diberikan kepada pemain lagenda ini yang satu ketika dahulu merupakan penyerang terbaik atas muka bumi.
Walaupun kini Ronaldo lebih sinonim dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kerana popularitinya, namun impak yang diberikan oleh Ronaldo Luís Nazário de Lima masih diingati sehingga kini.
ronaldo lu s naz rio de lima digelar sebagai the phenomenon

1. Bermain untuk Brazil menggunakan nama "Ronaldinho" sehingga 1999

ronaldo menggunakan nama ronaldinho ketika beraksi di piala dunia 1998
Ketika di awal karier profesional Ronaldo, beliau hanya berusia 17 tahun ketika diserapkan dalam skuad utama Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994, namun hanya sebagai simpanan. Ketika itu terdapat seorang lagi Ronaldo sebelum kehadiran beliau.
Nama Ronaldo digunakan oleh Ronaldo Guiaro yang merupakan pemain Brazil 2 tahun senior daripada beliau, jadi Ronaldo diberikan nama Ronaldinho yang bermaksud "Little Ronaldo". Beliau menggunakan nama Ronaldinho pada Sukan Olimpik 1996 ketika memenangi pingat perak.
Ronaldo dapat menggunakan nama sebenarnya kembali selepas Ronaldo Guiaro tidak lagi bersama skuad Brazil. Pada tahun 1999, seorang pemain baru diserapkan ke dalam skuad utama dengan nama yang sama, iaitu Ronaldo de Asis Moreira. Sebagai pemain junior, beliau diberikan nama Ronaldinho yang mana kita kenal sekarang.

2. Penerima anugerah Ballon d'Or termuda dalam sejarah

ronaldo lu s naz rio de lima pemenang anugerah ballon d or termuda dalam sejarah
Dengan rekod dunia pada 1996, iaitu sebanyak £19 juta, Ronaldo telah berpindah dari PSV Eindhoven ke Barcelona. Ronaldo hanya bermain untuk satu musim sahaja di Barcelona namun kariernya di kelab itu telah meninggalkan satu memori yang takkan dilupakan.
Hanya berusia 20 tahun, beliau berjaya menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilan untuk Barcelona dan membantu kelab gergasi itu menjuari Piala Sepanyol dan Piala UEFA. Dan ketika memasuki usia 21, beliau telah dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia oleh FIFA dan anugerah yang paling berprestij dalam dunia bola sepak iaitu Ballon d'Or pada tahun 1997.
Rekod tersebut hampir dipecahkan oleh Michael Owen yang berusia 22 tahun ketika memenangi anugerah sama pada tahun 2001.

3. Mimpi ngeri Alessandro Nesta

ronaldo lu s naz rio de lima dianggap sebagai mimpi ngeri oleh alessandro nesta
Alessandro Nesta boleh dikatakan antara pemain pertahanan paling hebat dalam sejarah bola sepak. Namun, beliau sendiri menggelarkan Ronaldo sebagai mimpi ngeri bagi mana-mana pertahanan. 
Perlawanan akhir Piala UEFA 1998 di antara Inter Milan dan Lazio membuatkat Nesta berubah tanggapan terhadap Ronaldo daripada pemain berkelas dunia, kepada satu fenomena. Perlawanan itu dilihatkan seperti sesuatu yang mudah bagi Ronaldo.
Inter Milan membenam Lazio dengan jaringan 3-0, di mana Ronaldo menjaringkan gol terakhir. Namun perkara yang hangat diperkatakan mengenai perlawanan itu adalah kesan yang Ronaldo berikan kepada Nesta.
Nesta berkata selepas perlawanan itu, "Ia adalah pengalaman paling buruk dalam karier saya. Ronaldo sememangnya tak dapat dihalang,".

4. Mengalami masalah hipotirodisme

berat badan ronaldo naik akibat masalah kesihatan
Pemenang dua kali Piala Dunia ini pernah dikutuk oleh peminat, media, malah pengurus-pengurus pasukan sendiri ketika berat badan beliau mula naik di pengakhiran kariernya. Dan ketika beliau mengumumkan persaraan pada tahun 2011 atas sebab kesihatan, Ronaldo mendedahkan bahawa beliau mengalami hipotiroidisme.
Beliau memberitahu media bahawa mengetahui berkenaan masalah itu 4 tahun sebelumnya dan terpaksa mengambil suntikan hormon bermain yang dilarang oleh lembaga kawalselia untuk kekal , membuatkannya berhasrat untuk bersara.
Sir Alex Ferguson pernah membuat perbandingan yang agak kejam antara Ronaldo dan Cristiano Ronaldo dengan mengatakan, "Jika saya membandingkan Ronaldo dengan yang Ronaldo gemuk dan tua itu, Ronaldo adalah lebih hebat,".

5. Diserang sawan beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 1998

kesebelasan utama brazil pada piala dunia 1998
Ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di antara Brazil dan Peranis, semua mata fokus kepada pemain terbaik dunia ketika itu, Ronaldo. Namun, agak mengecewakan apabila pentas paling berprestij itu menjadi satu skandal apabila nama beliau tiada dalam kesebelasan utama.
Namun nama Ronaldo ditambah kepada barisan utama yang mana perlawanan itu menjadi medan menuding jari di antara pihak berkuasa, dan misteri mengenai kesihatan Ronaldo masih menjadi misteri sehingga kini.
kekalahan brazil kepada perancis di piala dunia 1998 529
Ronaldo diserang sawan di hotel penginapan mereka selepas makan tengah hari pada hari perlawanan. Badannya bergoncang dengan ganas dan mulutnya berbuih. Beliau dihantarkan ke hospital dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian. Ronaldo lalu memberitahu jurulatih Mario Zagallo bahawa dirinya cukup cergas untuk bermain, namun tidak dibenarkan oleh doktor.
Ramai pakar perubatan terkejut melihatkan pemain terbaik dunia itu diserang sawan hanya beberapa jam sebelum perlawanan. Hasilnya, Brazil mudah ditewaskan Perancis 3-0 membuatkan banyak teori konspirasi timbul.
muka kecewa ronaldo akibat kalah piala dunia 1998 905
Antaranya adalah Nike selaku penaja pasukan itu, dan Persekutuan Bola Sepak Brazil mempunyai perjanjian £105 juta membuatkan mereka seolah-olah mempunyai kuasa dengan menekan pengurus untuk memasukkan nama Brazil dalam kesebelasan utama. Konspirasi lain yang dilaporkan oleh akhbar Brazil, Globo, iaitu sawan itu disebabkan oleh suntikan kortison dengan bius yang diberikan kepada Ronaldo.
Namun teori konspirasi oleh rakyat Malaysia ketika itu adalah Brazil telah dibomoh oleh Perancis. 
Wallahualam.
Rujukan :
Kredit:iluminasi.com

Gadis 16 Tahun Ini Menolak Lamaran Anak Jutawan dan Telah “Dibakar Hidup-hidup”. Namun Setelah 9 Kali Pembedahan, Kini Semua Orang Kagum Dgn Kecantikannya!

Seorang gadis yang baru berusia 16 tahun ini menghadapi masalah serius dalam hubungan percintaannya. Ia dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang menyebabkan dirinya mengalami luka bakar 30% dan harus kehilangan satu telinganya!!
Jadi ceritanya, anak gadis ini menolak lamaran dari seorang Lelaki yang merupakan Jutawan Yang Kaya. karena merasa kecewa cintanya ditolak, Lelaki itu membalas dendam dengan menghancurkan kecantikan dari gadis ini.
Wajah adalah aset paling besar bagi seorang wanita, juga merupakan bagian tubuh yang paling diperhatikan oleh setiap wanita. ini adalah gadis bernama Zhou Yan, dia baru berusia 16 tahun. Siapa sangka hanya karena menolak lamaran, ia harus kehilangan seluruh kecantikannya karena dibakar. Namun setelah mendapat dukungan dari banyak orang, Zhou akhirnya Tabah Hadapi Hudupnya.
Kalau kamu melihat fotonya, pasti terlihat luka bakar yang dialaminya. Gadis yang semula sangat cantik ini harus kehilangan kecantikannya, satu telinganya, bahkan kehilangan hampir seluruh hidupnya. Dia harus mengalami depresi dan kesakitan.
Setelah kejadian ini, Zhou sangat menderita dan sangat sedih, dia bahkan tidak berani keluar rumah dan bertemu dengan orang lain, tidak berani bercermin dan terus mengurung diri di dalam kamar. Dia tidak mau makan, seluruh hidupnya hancur dan dirinya sangat terpuruk saat itu.
Setelah kejadian Zhou ini tersebar, hal ini langsung menarik perhatian masyarakat. Setelah dihakimi, Lelaki yang melakukan hal keji ini terhadap Zhou dihukum selama 12 tahun dan harus memberikan ganti rugi sebesar 780 juta.
Namun, walaupun mendapatkan ganti rugi yang besar, itu tidak ada artinya bagi Zhou, dia kehilangan segalanya, bahkan wajahnya. Selain itu, di hatinya ada trauma yang sangat mendalam yang sulit sekali untuk disembuhkan.
Untungnya setelah didukung oleh keluarga dan orang banyak, Zhou mengumpulkan keberanian dan menggunakan Wang ganti rugi itu untuk menjalani 9 kali operasi plastik bagi seluruh luka bakarnya.

sekarang, wajahnya sudah kembali cantik! Dokter sendiri mengatakan kalau ingin mengembalika wajahnya seperti sediakala, mungkin Perlu beberapa kali operasi lagi. Ini merupakan perjalanan yang panjang bagi Zhou.
Tapi sobat cerpen, bisa berani keluar dari kekelaman hidup seperti Zhou saja suda patut diacungi jempol ya. Walaupun dia mengalami pengalaman yang sangat menyakitkan, namun dia tetap berani menghadapinya bahkan menjalani hidupnya dengan lebih hebat lagi!
Silakan SHARE…
Sumber : Coco via Oh Gempak
Kredit : beritakopak