ads1

Rabu, 30 Ogos 2017

Anda pasti mahu melihat reaksi rakyat Afrika apabila pertama kali mendapat gaji. Sungguh menghiburkan

Mendapatkan pendapatan bagi menyara keluarga adalah sesuatu yang sangat sukar di sesetengah kawasan mundur Afrika. Masyarakatnya sentiasa bergelumang dengan kemiskinan, kedaifan dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Malah, terdapat juga golongan muda seawal usia kanak-kanak yang telah bertungkus lumus bekerja bagi membantu ibu bapa menyara keluarga.
Bekerja untuk memperoleh pendapatan adalah satu perkara yang normal bagi semua manusia tetapi bagi warga miskin Afrika, ianya adalah segala-galanya.
Ramai kanak-kanak yang terpaksa mengabaikan persekolahan dan pendidikan semata-mata ingin bekerja. Anda bayangkan bagaimana penderitaan yang harus dihadapi oleh kanak-kanak ini yang sepatutnya mempunyai zaman kanak-kanak dengan penuh keriangan.
Pekerja-pekerja yang tidak mempunyai akaun bank pula harus beratur panjang setiap hujung bulan bagi mendapatkan upah kerja masing-masing. Selepas menuntut gaji mereka, bagaimanakah akan mereka belanjakan duit mereka?
Gambar di atas menunjukkan betapa terkejutnya lelaki-lelaki ini setelah menerima sejumlah wang yang banyak buat pertama kalinya.
Selain itu, di Afrika juga tidak mempunyai banyak aktiviti hiburan. Jadi, mereka akan mengumpul dua bulan gaji semata-mata untuk membeli sebuah televisyen hitam putih. Setiap hari, sekumpulan individu akan duduk dan menonton televisyen yang tidak berwarna tersebut. Bayangkan perbezaannya dengan negara lain.
Gambar ini pula menunjukkan seorang lelaki sedang menikmati daging pedas kering. Memandangkan semakin ramai pelancong memasuki Afrika, maka semakin banyak produk-produk luar negara turut memasuki pasaran Afrika.
Pada September 2014, daging pedas kering China dijual pada harga RM51 tetapi tetap menjadi pilihan ramai walaupun harganya sangat tinggi.
Menurut lelaki ini, daging pedas kering ini merupakan makanan mewah bagi mereka dan disebabkan rasanya yang enak, para pekerja sanggup menghabiskan duit sebulan sekali hanya semata-mata untuk menikmati daging kering tersebut.
Pertama kali mendapat gaji, pekerja-pekerja ini ternyata tidak mampu menyembunyikan kegembiraan mereka. Setelah mendapat gaji, kebanyakan pekerja tidak akan menghadirkan diri ke tempat kerja selama beberapa hari.
Menurut beberapa syarikat China, para pekerja akan pergi bercuti dan menghiburkan diri dengan gaji yang diterima. Mereka hanya akan kembali bekerja setelah semua gaji dihabiskan.
Selain itu, terdapat juga beberapa pekerja yang akan membeli aiskrim sebaik sahaja menerima gaji mereka. Lihat reaksi wanita ini yang pertama kali menikmati aiskrim. Dia kelihatan sungguh terharu dan menangis kerana aiskrim tersebut begitu sedap.
Selepas menghabiskan aiskrim, dia menjerit kegembiraan!
Buruh muda ini pula akan menghabiskan 2/5 daripada gaji mereka untuk menikmati kulit daging. Jika dari sekarang mereka belum mampu berfikir untuk menyimpan sejumlah wang daripada gaji mereka, bagaimana mereka akan membina sebuah keluarga pada satu hari nanti?
Pekerja ini pula sanggup menghabiskan gaji selama dua hari untuk membeli tembikai. Lihat bagaimana licin mereka memakan tembikai itu sehingga tinggal kulitnya sahaja.
Ini pula merupakan makanan pesta atau ‘potluck’ bagi kebanyakan masyarakat Afrika.
Sememangnya, rata-rata masyarakat Afrika lebih cenderung dalam menghabiskan wang gaji mereka berbanding menyimpannya. Jika mereka menyukai sesuatu, mereka akan terus membelinya. Jadi tidak hairan lah jika seluruh gaji mereka boleh dihabiskan dalam tempoh satu minggu sahaja!
Bagi kebanyakan masyarakat dunia, Afrika seringkali dianggap sebagai negara mundur, tidak bertamadun dan miskin. Perkara ini menyebabkan tidak ramai pelancong yang gemar untuk menjadikan Afrika sebagai destinasi yang wajib dikunjungi.
Dengan industri bersaiz sederhana bermunculan di Afrika, banyak orang Afrika mendapati kerja dan pekerjaan yang dapat memberi makan kepada keluarga mereka, setiap kali selepas menuntut gaji mereka, penduduk Afrika, boleh menikmati kebahagiaan yang tidak terhingga.
Lihat sahaja reaksi mereka, menghiburkan bukan?
Sumber:Era Baru

Ibu Michael Jackson bimbang mayat anaknya dicuri, dengan sengaja membiarkan kubur Michael Jackson kosong

Peminat terkejut apabila kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.
Keluarga mendiang sengaja merahsiakan makam penyanyi lagu hit ‘Beat It’ itu.
Ramai yang menyangka mayat Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn tetapi sebenarnya makam itu adalah kosong, menurut sumber yang dipetik daripada Radar Online.
“Semua orang sangka Michael Jackson dikebumi di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.”
Atas sebab keselamatan dan demi mengabulkan permintaan Michael, keluarganya merahsiakan lokasi makamnya.
“Tetapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa kenalan rapatnya,” katanya lagi.
Menurut sumber yang sama, Katherine bimbang mayat Michael Jackson akan dicuri.
Keluarganya berbincang selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Katherine sangat paranoid dan risau jika ada orang yang berniat tidak baik akan mencuri mayat Michael.
Dipercayai, abu Michael Jackson ditanam di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya, California.
Namun, belum ada kenyataan rasmi tentang lokasi sebenar kubur Michael Jackson.
Michael Jackson dikebumikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedar diri dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.
Sumber: Aceshowbiz
Kredit:Era baru

Gadis Miliki Wajah Mirip Putera Abdul Mateen Tarik Perhatian Netizen


Seorang putera raja yang menjadi atlet mewakili Brunei untuk acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) telah mencuri tumpuan ramai.

Beliau adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, iaitu anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.

Ketampanan, karisma dan personalitinya menjadi kegilaan ramai terutamanya para gadis hingga ramai yang berebut-rebut untuk swafoto bersama pewaris takhta keenam kesultanan Brunei itu. 


Popularitinya di media sosial mencipta fenomena luar biasa dengan jumlah pengikut seramai hampir 400 ribu orang di Instagram. 

Nampaknya "fenomena Putera Mateen" masih belum reda apabila tular pula gambar seorang gadis yang dikatakan mirip wajah putera kacak ini. Hah! Bukan Fattah Amin saja ada kembar seiras tau.

Tidak diketahui pula indentiti sebenar gadis ini namun wajahnya yang dikatakan seiras Putera Mateen telah mencuri tumpuan netizen.

Apa pandangan anda, nampak seiras tak? Sumber: www.kakishare.tv

Selasa, 29 Ogos 2017

Wanita tua mendakwa dirinya penumpang Titanic yang terselamat tetapi tiada siapa yang mempercayai sehingga 51 tahun kemudian

Kapal Titanic merupakan kapal bersejarah yang sangat terkenal kerana telah tenggelam bersama kemegahannya. Sesiapa sahaja di zaman itu mahu mengatakan yang mereka menjadi sebahagian dari tragedi kapal mewah yang malang itu.
Tidak diketahui akan gambaran sebenar apa yang berlaku pada malam tragedi itu dengan jumlah penumpang yang terselamat hanya seramai 724 orang. Akibatnya kisah Titanicmenjadi lagenda dan kadangkala dongengan yang ditokok tambah sehingga ada orang yang tidak mempercayai kebenaran kisahnya.
Berthe Antonine Mayne mendakwa beliau merupakan salah seorang penumpang kapal Titanic yang popular itu. Beliau mungkin mempunyai pengalaman berada di dalam kapal itu tetapi tiada siapa yang mempercayainya dan bertanya lebih lanjut
Sehingga kematiannya pada 11 Oktober 1962 , 51 tahun selepas tragedi, baru dipercayai yang Berthe Antonine Mayne telah bercakap benar.
Kredit : The Canadian Press Archive
Cerita Berthe telah didedahkan anak saudara lelakinya yang telah menemui keratan peribadi, ikatan surat dan gambar di dalam kotak kasut lama di tempat simpanan barangan peribadi Berthe.
Menurutnya, Berthe cuba meyakinkannya, saudara mara dan kawan-kawan yang beliau berada di atas kapal Titanic bersama jutawan Kanada dan telah terselamat dari tragedi itu. Malangnya tiada siapa yang mempercayai sehingga hari kematiannya.
Tiada siapa yang dapat memastikan cerita sebenar jika hanya bergantung kepada beberapa keratan peribadi, surat dan gambar. Pengalaman sebenar bagi orang yang mengalami telah menjadi terlambat kerana beliau telah tiada. Cerita hanya boleh didapati dari orang yang mendengar dan kesahihannya telah menjadi cerita kelas kedua.
Sebab mengapa cerita Berthe tidak dipercayai menjadi sebahagian penumpang yang terselamat ialah kerana kekasih jutawan Kanadanya itu telah menukar namanya kepada ‘Mrs de Villiers’.
Berdasarkan Titanica, Berthe dan kekasihnya itu telah menggunakan nama samaran ‘Mrs de Villiers’ dari bekas perhubungannya yang lalu, Fernand de Villiers untuk membolehkan beliau mendapat bilik kabin yang mewah.
Menurut sebuah akhbar Belgium, The Het Laatste Nieuws menggambarkan Berthe sebagai seorang yang dikenali dikalangan mereka yang suka hidup berseronok di Brussels dengan dilihat selalu bersama kumpulan mereka yang menikmati kehidupan.
Kredit : The Canadian Press Achive
Berthe bekerja sebagai penyanyi kabaret. Semasa umurnya 24 tahun, Berthe bertemu dengan Quigg Baxter, seorang pemain hoki muda dari Montreal, Kanada.
Quigg Baxter bersama ibu dan adik perempuannya telah melawat Eropah apabila beliau terpandang keayuan Berthe yang sedang melakukan persembahan di sebuah cafe di Brussels.
Kredit : Tumbler 
Semasa di dalam Titanic, ibu Quigg telah menempah bilik besar kelas pertama yang bersebelahan dan bersambung, B58 dan B60 untuk diri sendiri dan anak-anaknya.
Pelayaran kapal Titanic dari Southampton ke New York telah disebarkan dengan berita yang sensasi disebabkan Titanic adalah satu kapal mewah yang terbesar pada waktu itu.
Kredit :Via Popsugar
Apabila tiba waktu untuk pulang ke Kanada, Quigg Baxter mahu Berthe Antonine Mayne mengikutnya. Quigg begitu bertekad untuk membawa Berthe sehingga beliau menempah bilik C90 di aras bawah dari biliknya dengan nama ‘Mrs de Villiers’.
Pada malam tragedi, ibu Quigg memintanya menanyakan kapten kapal mengapa kapal itu secara tiba-tiba berhenti di tengah lautan. Quigg telah keluar melihat dan bertanya apa yang sedang berlaku kepada Kapten Edward Smith yang sedang berbual dengan serius bersama Bruce Ismay, pengarah urusan WhiteStar yang telah terselamat dalam tragedi itu.
Menurut Vintage News, sebahagian perbualan antara Quigg Baxter dan Kapten Edward Smith adalah seperti ini, “Terdapat sedikit kemalangan, tetapi semuanya akan menjadi baik.”
Tetapi selepas Kapten Edward Smith beredar, Bruce Ismay memberitahu Quigg Baxter supaya segera membawa keluarganya turun dan menaiki bot kecemasan.
Quigg Baxter dengan segera mengikut nasihat Bruce Ismay dengan membawa ibu dan adik perempuannya dan memastikan mereka menaiki bot kecemasan 6. Kemudian Quigg pergi mendapatkan Berthe dan kemudian memperkenalkan kepada keluarganya. Quigg sempat meminta ibu dan adiknya menjaga teman wanitanya itu.
Pada mulanya Berthe tidak mahu menaiki bot itu tanpa Quigg bersamanya. Sebenarnya ada alasan mengapa Berthe tidak mahu menaiki bot itu. Berthe mahu kembali ke biliknya dan mengambil barangan berharganya.
Tetapi seorang penumpang bernama Molly Brown mendesak Berthe supaya berada sahaja di dalam bot itu kerana ia telah hampir penuh. Bot kecemasan 6 dikatakan bot yang pertama meninggalkan kapal Titanic yang akan tenggelam itu.
Kredit : Titanic Archives
Quigg Baxter tidak dilihat menaiki mana-mana bot kecemasan dan mayatnya tidak pernah dikenalpasti dan ditemui.
Kata-kata terakhirnya pada malam 15 April 1912 itu adalah,”Selamat tinggal, kuatkan semangat semua!”
Selepas tragedi itu, Berthe tinggal bersama keluarga Baxter selama beberapa bulan di Montreal sebelum akhirnya kembali ke Eropah. Berthe Antonine Mayne meneruskan karier nyanyiannya di sebuah kabaret di Paris, Perancis.
Anak saudaranya mengatakan yang ibu saudaranya tidak pernah berkahwin. Berthe Antonine Mayne telah kembali ke kampung halamannya di Beerchen-Ste-Agathe di Brussels, Belgium dengan menghabiskan masa tuanya di situ. Pada 11 Oktober 1962 , Berthe Antonine Mayne telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.
Sumber:Era Baru

Isnin, 28 Ogos 2017

GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!

Kalau  namanya saudara kembar, pasti mereka sentiasa bersama setiap hari. Dari makan, sekolah, bermain, tidur semuanya dilakukan bersama. Malah sifat, karakter serta selera mereka pun jadi sama semuanya.
Disebabkan mereka hidup tak terpisah, seringkali mereka menimbulkan kebingungan bagi orang-orang yang ada di sekeliling mereka.
Bahkan ada di antara mereka yang saat semakin dewasa, sama-sama mendambakan tubuh yang ideal, proporsional, idaman semua wanita. Akhirnya mereka mengikuti beberapa latihan pembentukan badan bersama. Hasilnya, bentuk tubuh mereka saat ini membuatkan orang ramai iri hati.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Jom berkenalan dengan pasangan kembar Jenny dan Lucy West. Dulu mereka bekerja di toko, kelab malam dan pernah bekerja di hotel bersama-sama. Namun sekarang mereka telah menjadi pelatih gym dengan bentuk badan yang menjadi idaman setiap wanita.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Pasangan kembar seterusnya lagi tak masuk akal. Apa yang paling pelik, ada di antara mereka yang  jatuh cinta pada 1 lelaki yang sama . Mereka juga bersedia untuk “berkongsi bersama” dalam hal ini. berkongsiboyfriend? Tapi di sisi lelaki, apakah ini benar-benar berkat yang didambakannya selama ini? Atau  sebaliknya,  adalah malapetaka terbesar di hidupnya?
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Kisahnya muncul dari pasangan saudari kembar bernama Anna dan Lucy DeCinque. Ceritanya, hati kedua saudari kembar ini berhasil dimiliki oleh Ben Byrne yang sekarang adalah teman lelaki mereka.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Lebih janggal lagi, Ben rela mengeluarkan duit sebanyak 3,6 M untuk melakukan operasi bagi kedua teman wanitanya (kembar)  itu agar nampak “lebih mirip” lagi, tanpa perbezaan yang terlalu ketara.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Alasannya melakukan hal ini, disebabkan dia ingin berlaku adil pada kedua makwenya itu, dia berusaha untuk tidak pilih kasih. Itulah kenapa dia rela mengeluarkan duit begitu banyak untuk menunjukkan ketulusan hatinya atas kedua saudari itu.
Ada lagi cerita di mana saudari kembar ini berkongsi kekasih dengan alasan yang begitu tak masuk akal. Pasangan saudari kembar ini bernama Victoria dan Amanda Hepperle.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Ceritanya bermula saat Victoria yangpada ketika itu berumur 27 tahun putus dengan pakwenya. Saat itu Amanda sedang bercinta dengan Ian. Akhirnya kerana tidak sanggup membiarkan kembarnya menanggung patah hati itu sendiri, dia pun mengatakan bahwa teman lelaki ku adalah teman lelaki mu juga.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Setelah menghibur kembarnya dengan perkataan itu, langkah selanjutnya yang dilakukan Amanda adalah memujuk Ian teman lelakinya untuk setuju menjadi kekasih kepada pasanga kembarnya itu. Hal itu pun disetujui oleh Ian. Kerana dia tau yang Amanda tidak mungkin dapat membiarkan kembarnya itu menanggung penderitaan itu sendiri.
GADIS KEMBAR INI MENGAKU “TIDAK BOLEH DIPISAHKAN”, SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN “HAL GILA” INI PADA TEMAN LELAKINYA, ASALNYA KEMBARNYA BAHAGIA!
Jadi, bagaimana menurut pendapat anda?
Sumber asal Cerpen.co

Gelora hati ibu

Johor Bahru: “Biarpun berat hati, saya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak,” kata Siti, 21, yang tekad menjaga tiga anak kandungnya selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian.
Siti berkata, tiga cahaya matanya yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada awal Ogos lalu masih diberi perlindungan di bawah intitusi berkenaan sehingga 3 September depan.
Siti berkata, dia dan suaminya, Amran, 33, tidak sabar untuk membawa pulang anak mereka dan memulakan kehidupan baru.
Bagi tujuan itu, dia dan suaminya berusaha mendapatkan rumah sewa lebih selesa di bandar raya ini kerana sebelum ini hanya menyewa sebuah bilik di bangunan rumah kedai di Larkin Perdana di sini.
Katanya, dia dan suaminya dijangka berpindah ke rumah sewa baru pada akhir bulan ini.
“Kami menantikan pendapatan suami hasil bekerja kilang di Gelang Patah sejak sebulan.
“Kami mempunyai perancangan berpindah ke luar daerah seperti Segamat kerana mengambil kira kos sara hidup di luar daerah lebih rendah berbanding Johor Bahru namun mungkin pada tahun depan,” katanya.
Siti berkata, dia dan suaminya kerap mengunjungi ketiga-tiga anak mereka berusia dua hingga enam tahun yang masih mendapatkan perlindungan di bawah JKM.
Menurutnya, ketiga-tiga anaknya dalam keadaan sihat dan menyatakan tidak sabar pulang ke rumah.
“Kami merindui anak dan harap dapat membawa mereka pulang tanpa halangan,” katanya.
Pada 6 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan tiga beradik termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan enam tahun selain seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diselamatkan JKM selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa.
JKM menyelamatkan kanak-kanak itu selepas menerima aduan daripada jiran tiga beradik itu.
Mereka didakwa menjadi mangsa pengabaian apabila ibu bapa mereka keluar bekerja.
Kisah yang tular berkaitan kanak-kanak itu di laman media sosial menunjukkan mereka hanya ditinggalkan nasi bersama kicap untuk mengisi perut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 11:27 AM
Sumber:Harian Metro


Ahad, 27 Ogos 2017

【Video】Detik menyentuh hati apabila bapa menemani anaknya ke sekolah selepas 12 tahun

Seorang penuntut kolej, Charles Brockman III memuji tindakan bapanya atas komitmen yang diberikan bapanya dalam membantu dan membimbingnya melalui perjalanan hidup yang penuh liku. Beliau memperingati satu peristiwa penting dengan berkongsikan gambar yang menyentuh hati seluruh pengguna internet.
Beliau menggunakan media sosial sebagai medium untuk memberikan penghargaan kepada bapanya dengan mengepos gambarnya bersama bapanya yang sedang berjalan kaki ke sekolah tadika.
Terdapat juga gambar satu lagi yang menunjukkan hari pertama beliau menjejakkan kaki ke kolej di Mississippi. Foto-foto itu mungkin telah diambil selama satu dekad, dan tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang antara kedua-duanya tetap sama.
Brockman telah berkongsi gambar di Twitterdengan kapsyen : “Daripada hari pertama saya ke tadika sehinggalah saya menjejakkan kaki ke kolej. Terima kasih ayah”.
Pos berkenaan pada mulanya untuk tatapan keluarga dan kenalan rapat sahaja. Namun, ianya telah disebarkan secara meluas bak ribut yang laju dan ia telah dikongsikan sebanyak 60 ribu kali.
Kredit:Era Baru

【Video】7 tahun selepas menyelamatkan anak singa, mereka bertemu kembali dan reaksi singa tersebut sangat mengejutkan

Kami tidak ragu-ragu melihat beberapa rakaman haiwan liar yang menakjubkan selama bertahun-tahun, tetapi tidak banyak yang dapat menyaingi rakaman video menggunakan GoPro ini di mana terdapat dua ekor singa betina yang sedang hangat di internet.
Kevin Richardson menyelamatkan dua anak singa betina yang diberi nama Meg dan Amy beberapa tahun yang lalu. Beliau mengatakan bahawa mereka tentu akan mati jika beliau tidak campur tangan dan sejak itu mereka telah menjalinkan ikatan yang sangat kuat.
“Meg dan Amy adalah jiwa saya, mereka seperti manusia – anda boleh bertemu ramai orang dalam hidup anda, tetapi hanya sedikit yang dapat menjalinkan hubungan dengan sepenuh hati,” kata Kevin.
Rakaman yang menakjubkan ini menunjukkan Amy dan Meg dibawa kembali ke alam liar dan berkelakuan secara semula jadi untuk memburu haiwan, walaupun tidak pernah belajar memburu ini semasa mereka kecil.
Saat yang menakjubkan pada minit 3:18 saat apabila salah seekor singa betina melompat ke dalam air dan terus ke lengan Kevin, ia benar-benar sesuatu yang sangat istimewa.
Video ini dipaparkan untuk menghormati Cecil, singa yang dibunuh oleh pemburu pada tahun 2015 dan jika bukan kerana Kevin, Amy dan Meg mungkin mengalami nasib yang sama.
Tonton video di bawah:
Sumber:Era Baru

Gaya 12 haiwan ini tidur dengan cara yang tersendiri cukup mempesonakan

Bukan manusia sahaja yang mempunyai pelbagai gaya tidur, haiwan pun ada gaya tersendiri. Jom lihat bagaimana haiwan-haiwan tersebut tidur yang kebanyakannya dengan gaya yang melucukan.
#1. Mungkin monyet ini tertidur akibat keletihan ketika memanjat patung itu.
Kredit: Yann Lamy|500PX
#2. Koala merupakan antara haiwan yang paling lama tidur.
#3. Kanggaru ini tidur terlentang selepas penat melompat ke sana ke mari.
#4. 3 ekor anak beruang ini tertidur selepas dimarahi oleh ibunya.
#5. Rubah ini tertidur dalam keadaan kesejukan.
#6. Comel. Hampir tidak perasan ada monyet tidur di kayu itu.
#7. Manja betul anak beruang ini sampai tertidur di belakang badan ibunya.
#8. Dua ekor harimau ini tidur untuk menghilangkan keletihan selepas penat berburu.
#9. Singa ini kekenyangan sehingga tertidur di atas pokok.
#10. Menunggu hasil tangkapan sampai tertidur.
#11. Beramai-ramai tidur pada waktu tengah hari .
#12. Agaknya inilah posisi yang paling selesa buat singa ini tidur.
Kredit:Era Baru