ads1

Khamis, 17 Mei 2018

Situasi yang aneh! Kucing dan burung merpati yang seharusnya ‘bermusuh’ dirakam sedang bermain bersama seperti rakan karib

Kini, anda dapat melihat banyak adegan haiwan yang melakukan semua jenis tipu helah atau mempunyai kelakuan yang aneh. Anda juga boleh melihat pelbagai spesies haiwan yang jarang ditemui dan semua perkara ini hampir mustahil untuk diabaikan.
Untuk menambahkan lebih banyak memori anda berkenaan tingkah laku aneh haiwan yang selama ini pernah anda tonton, kini anda dapat melihat mangsa bermain dengan pemangsa mereka, bukan sebagai sumber makanan, tetapi sebagai refleksi persahabatan yang selama ini tidak dapat dilihat pada dekad-dekad sebelumnya kerana YouTube tidak wujud.
Salah satu daripada adegan itu, yang menunjukkan mangsa bermain dengan haiwan yang pada masa lalu adalah salah satu pemangsa yang paling ganas, kita dapat melihat dalam video hari ini, ia menunjukkan bagaimana seekor burung merpati berulang kali membelai seekor kucing dengan menggunakan paruhnya.
Bagi mereka yang biasa melihat kucing yang bersembunyi di tempat-tempat terpencil untuk menangkap pelbagai jenis burung, video ini mungkin kelihatan seperti dirakam di dunia lain, tetapi yang pastinya ia adalah dunia yang sangat lucu dan harmoni.
Kami menjemput anda untuk menonton video yang comel ini dan berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai kucing sebagai haiwan kesayangan atau, secara kebetulannya, merpati.
Kredit:Era Baru

(Video) "Ia Kotor Dan Tak Berkilat", Wanita Tak Sangka Cincin Dibeli RM47 Di Pasar Lambak Dibida Sehingga Mencecah RM3 Juta







Cincin berlian yang dibeli dengan harga 10 euro (RM47) semasa jualan garage pada 1980 telah dijual balik dengan harga lebih RM3 juta ringgit!

Pemilik cincin tersebut tidak pernah menyangka bahawa cincin yang dibeli dengan harga sangat murah itu adalah berlian 26 karat sebenar dan digelar sebagai 'The Tenner Diamond'.

Dia memakai cincin tersebut dengan kerap walaupun ketika menjalankan kerja harian.  Pun begitu, pada awal tahun lalu, dia memutuskan untuk memeriksa keaslian cincin tersebut selepas menyedari bentuk cincin itu sangat unik dan luar biasa.

"Cincin itu tidak berkilat dan agak pudar, tapi ia tidak seperti cincin berlian yang pernah saya lihat.  Ia istimewa."








Pakar telah mengesahkan bahawa cincin berbentuk kusyen itu adalah asli, ia merupakan berlian 26.27 karat serta dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.

Wanita itu terkejut dan mengambil keputusan untuk menjualnya.  Cincin itu telah dibawa ke London untuk dibida dan telah 'dirampas' dengan 65, 670 kali ganda daripada harga yang telah dibeli di jualan garage tersebut.

Sejarah cincin itu masih tidak diketahui, namun seorang pakar industri itu yakin bahawa cincin tersebut pernah dimiliki oleh keluarga diraja.




Sumber: Express UK
Kredit:Siakapkeli.my

Ingatkan bela anjing, rupa-rupanya beruang hitam!


Satu keluarga di Yunnan, China, memberi seekor 'anak anjing' dua tahun lalu dan baru menyedari haiwan itu sebenarnya seekor beruang hitam, lapor Shanghaiist. 

Difahamkan, keluarga berkenaan membeli haiwan itu di tepi jalan ketika melancong pada tahun 2016. Individu yang menjual haiwan itu mendakwa haiwan itu adalah anjing baka Tibetan mastiff. 

Berminat dengan haiwan itu, keluarga berkenaan mengambil keputusan untuk membeli dan membelanya. Namun, apa yang peliknya ialah, 'anjing' itu semakin hari semakin membesar. 


"Saiznya yang semakin membesar menampakkan haiwan itu seperti beruang hitam," kata pemiliknya yang dikenali sebagai Su yang masih enggan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa. 

"Walaupun saya agak gerun dengan beruang hitam, selepas membelanya selama dua tahun, saya agak menggemarinya," katanya. 

Bagaimanapun, haiwan itu tidak berhenti membesar dan mula menunjukkan kemampuannya untuk berjalan dengan dua kaki. Keluarga itu akhirnya terpaksa mengalah dan menghubungi pihak berwajib untuk datang membantu. 

Kakitangan di Pusat Penyelamat Hidup Liar Yunnan tiba di kediaman keluarga itu di Kunming untuk mengambil beruang berkenaan yang beratnya mencecah 200 kilogram dengan cara disuntik dengan ubat pelali. 




Meskipun keluarga berkenaan merindui ketiadaan beruang itu, sekurang-kurangnya perbelanjaan seisi rumah mereka tidak terbeban lagi. Su berkata, sebelum ini beruang itu diberi makan sekotak buah-buahan dan dua baldi mee setiap hari. 

Sumber:TheReporter

Masih Bernafsu Untuk Kahwin Walaupun Tak Mandi Selama 60 Tahun.

Naluri menyukai wanita memang sudah menjadi fitrah bagi lelaki normal tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, tampan atau hodoh mahupun bersih atau kotor. Begitu juga Amour Haji si jejaka tua berusia 80 tahun pemegang rekod paling lama tidak mandi ini tidak terkecuali. Atas sebab-sebab tertentu semasa berusia 20 tahun, Amou Haji kecewa dengan kehidupannya. Entah di mana silapnya sejak itu dia tidak pernah mandi. Pejam celik tidak sedar sudah 60 tahun dia berpatah arang dengan bilik mandi!
Apabila ditanya mengapa tidak mandi, alasannya cukup pelik! Kononnya dia alah kepada kebersihan diri. Kalau mandi dia akan sakit. Hidup dalam keadaaan daif, busuk, hapak dan selekeh tidak menjadi masalah baginya. Tapi hidup terasing bersendirian ternyata membuat dia kesunyian. Tidak ada tempat mengadu, tidak ada teman berbicara. Sepatutnya dalam usia senja begini dirinya harus dikelilingi anak cucu bersama isteri tercinta.
Masih Berafsu Untuk Kahwin Walaupun Tak Mandi Selama 60 Tahun.
Siapa tidak mahu kahwin? Semua lelaki mahu kahwin. Bagi Amou memang tipulah kalau tidak memiliki nafsu dan naluri ingin dibelai wanita atau sekurang-kurangnya teman berbicara dan bergurau senda. Dia mengaku ingin sekali mencari pasangan hidup yang dapat menerima keadaan dirinya.Tapi harus bersyarat! Bakal calon pasangan harus dapat menerima cara hidupnya. Jadi kalau ada yang berminat dipersilakan baca serba sedikit kisah hidup dan rutin hariannya. Semoga bermanfaat untuk dijadikan rujukan. Siapa tahu anda bernasib baik menjadi jodohnya.
Perkara paling utama dan mandatori, jangan sekali-kali menyuruhnya mandi. Soal mandi tidak ada kompromi baginya, sebab tubuh yang bersih akan membuatnya sakit. Marah betul dia kalau ada orang menyuruhnya mandi. Dalam soal makan dia tidak begitu cerewet. Sekadar makan ala kadar pun sudah mencukupi. Makanan kegemarannya pun cukup sederhana tapi mungkin sukar dimakan bagi orang lain… daging reput, terutama landak reput! Ya! Bagi Amou daging landak reput yang dipanggang sangat lazat.
Masih Berafsu Untuk Kahwin Walaupun Tak Mandi Selama 60 Tahun.
Kalau haus tidak menjadi masalah. Setiap hari Amou sentiasa memastikan bekas tin minyak berkarat 5 liter miliknya sentiasa berisi air. Pada waktu lapang masanya banyak diisi dengan melakukan aktiviti kegemaran; duduk berehat sambil menghisap paip tembakau istimewa yang dibuat sendiri dari najis kering binatang ternakan orang kampung!
Bersantai sambil menghisap paip memang mengasyikkan. Kadang-kadang teringat zaman remajanya yang penuh kekecewaan sehingga terjerumus hidup ke lembah daif dan terasing seperti sekarang. Dulu dia tinggal di kampung Dejgah selatan wilayah Fars, Iran. Pada suatu hari sekumpulan lelaki muda menawarkan diri untuk memandikannya – nasib menyebelahi dirinya apabila berjaya melarikan diri! Selepas itu dia tinggal di pinggiran kampung.
Pada waktu malam dia akan tidur di dalam lubang sebesar kubur atau berteduh di pondok bata dibina khas oleh orang kampung buat dirinya. Walaupun tidak mandi, jangan sangka Amou Haji tidak menjaga penampilan diri. Apabila ingin kelihatan kemas, dia menggunakan cermin kereta untuk mengemaskan penampilan wajah.
Rambut panjang tiada masalah. Cuma perlu gunakan api untuk membakar hujung rambut bagi memendekkannya. Kadang-kadang dia memakai helmet tentera terutama pada musim sejuk. Jadi buat para pembaca terutama wanita kesepian, apa pandangan kamu?
Kuasaviral.net

Rabu, 16 Mei 2018

Ahli silap mata ini melakukan sebuah pertunjukan yang hebat dan meyakinkan sehinggalah saat mereka ‘diserang’ oleh mercun dan semuanya berubah sama sekali!

Menjadi ahli silap mata di jalanan adalah salah satu pekerjaan yang paling sukar. Anda perlu melakukan helah sehingga segala-galanya kelihatan sempurna, memastikan semua aksesori anda berada dalam keadaan sempurna, dan kemudian menipu penonton sebelum mereka dapat melihatnya. Video ini menjadi tular sekelip mata di China sejak ia dipaparkan di laman Facebook JFOX.
Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila muslihat yang dilakukan seringkali terbongkar tidak seperti yang dirancang.
Tetapi kes arnab yang melompat dari topi sebelum ahli silap mata mengumumkannya tidaklah begitu memalukan seperti kes yang satu ini.
Ahli silap mata jalanan berbangsa Cina ini melakukan silap mata dengan bantuan pembantunya yang setia, yang telah dipotong separuh. Dia mengamalkan trik ini berjam-jam untuk menarik perhatian penonton, tetapi tiba-tiba mereka mula ‘diserang’ dengan beberapa butir mercun, yang pastinya ia bukan sebahagian daripada rancangan asal mereka!
Semoga kedua-dua pelakon malang ini berkongsi lebih banyak helah yang digunakan oleh para ahli silap mata di seluruh dunia. Ia benar-benar kelihatan hebat di permulaannya… sehinggalah suatu detik yang tidak disangka-sangka berlaku!
Kredit:Era Baru

Saksikan Pelbagai Peristiwa Ngeri, Wanita 129 Tahun Ini Anggap Umur Panjangnya Bukan Anugerah, Tetapi Hukuman Dari Tuhan


Seorang wanita di Rusia mendakwa dirinya adalah manusia paling tua di dunia, namun menganggap ulang tahun kelahirannya yang ke 129, bulan depan, sebagai 'hukuman' dari Tuhan.

Koku Istambulova yang berasal dari Chehnya berkata, dia tidak pernah merasa gembira menjalani kehidupan hariannya, dan tidak tahu bagaimana dia mampu hidup selama ini.

Istambulova mengakui dirinya tidak makan daging namun amat menggemari susu yang ditapai, percaya kesempatan untuk hidup setua ini adalah dengan keizinan Tuhan.


Dakwaan yang menyatakan Istambulova bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 129 dibuat oleh kerajaan Rusia berdasarkan kad pengenalan dirinya, yang menunjukkan dia dilahirkan pada 1 Jun 1889.

Jika dakwaan itu benar, ini bermakna Istambulova pernah menjadi saksi kepada Revolusi Rusia yang menggulingkan Tsar Nicholas II ketika umurnya 27 tahun. Pada umur 55 tahun, dia melihat Perang Dunia Kedua tamat. Ketika Kesatuan Soviet runtuh, Istambulova berusia 102 tahun.

Malah wanita ini masih ingat bagaimana suasana perang ketika kereta kebal angkatan tentera Nazi melintasi halaman rumahnya.


Dia juga pernah melalui peristiwa dimana dia dan keluarganya serta seluruh bangsa Chechnya dihalau ke Kazakhtan dan Siberia oleh Stalin yang mendakwa mereka membantu Nazi ketika perang.

''Ia dengan izin Tuhan, saya tidak melakukan apa-apa,'' jawab Istambulova ketika di soal wartawan.

''Saya lihat mereka (berumur panjang) bersukan, minikmati juadah yang enak, kekal sihat, tetapi saya tidak tahu kenapa saya hidup selama ini.

''Saya langsung tidak gembira dengan hari saya. Saya sentiasa bekerja keras dan bercucuk tanam.

''Penat. Dipanjangkan umur bukan hadiah dari Tuhan, tapi ia hukuman,'' ujarnya lagi.

Walaupun Istambulova masih boleh berjalan dan menyara diri sendiri, namun penglihatannya semakin kabur.


Disepanjang usianya, dia sudah merasai kehilangan ramai orang tersayang. Beberapa orang anaknya sudahpun meninggal dunia termasuklah ada yang meninggal pada usia 6 tahun.

''Saya menempuhi pelbagai peristiwa, Perang Saudara di Rusia (selepas Revolusi Bolshevik), Perang Dunia Ke-2, perpecahan negara yang dialami Rusia pada 1944 dan dua Perang Chechnya.

''Dan sekarang, saya pasti hidup saya bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Saya masih ingat pengalaman menakutkan melihat kereta kebal Nazi melintasi rumah kami.

''Kami menyorok di dalam rumah, namun bagi saya, pengalaman hidup di Kazakhstan adalah yang paling sukar.

''Ketika dalam buangan, kami tinggal di Siberia dan Kazakhstan, namun orang-orang Kazakh amat membenci kami (Chechnya).

''Setiap hari saya bermimpi untuk pulang kembali ke negara sendiri. Saya meluangkan masa bercucuk tanam dan ia dapat mengurangkan sedikit kerinduan pada kampung halaman, namun jiwa saya tetap mahu pulang,'' ujarnya lagi.


Istambulova juga masih ingat bagaimana etika pemakaian Islam mula melonggar selepas tamatnya pemerintahan Tsar.

''Kami dibesarkan dengan peraturan yang sangat ketat dan pemakaian kami juga sopan.

''Saya masih ingat bagaimana saya dipukul oleh nenek kerana memakai pakaian yang menampakkan leher. Dan kemudian era Soviet tiba, wanita-wanita mula mengenakan pakaian yang lebih moden,'' katanya.

''Melihat kembali hidup saya yang tidak menggembirakan, saya berharap saya mati di usia muda. Saya bekerja setiap hari dan tiada masa untuk berhibur.

''Kerja saya kalau tidak menggembur tanah, saya akan menanam tembikai. Ketika saya bekerja, hari saya berlalu satu per satu. Kini saya tidak lagi 'hidup', tetapi 'diheret' melaluinya,'' rintih Istambulova.

Sumber : Dailymail
Kredit:Siakapkeli

Ketika Sedang Menyelam, Anjing Laut Ini Terus Menarik Tangannya Tanpa Henti Seperti Meminta Tolong, Saat Tau Apa yang Anjing tu Mahu, Penyelam Ini Terkejut!


Bagaimana reaksimu saat bertemu langsung dengan makhluk menakjubkan ini, iaitu anjing laut. Pastinya akan sangat menakjubkan bukan? Terlebih ketika kamu mula menyentuhnya, anjing laut tersebut mula berkelakuan seperti seorang anjing yang begitu manja dan comel.
Gary Grayson (55) adalah seorang yang begitu suka berpetualang yang berasal dari Salford, Inggeris. Pada tahun 2014, ia mendapat pengalaman yang gak pernah dibayangkannya sebelum ini kini sedang menyelam di kepulauan Scilly. Ia bertemu dengan seekor anjing laut di dalam laut yang dalam itu. Gak hanya menyapanya, tapi Gary juga tanpa sengaja cuba menyentuh haiwan itu. Pada masa Gary mula membelai tubuh anjing laut itu, ia pun mulai menggeliang imut dengan ekspresi wajah yang begitu comel. Bahkan saat Gary menyentuh tangannya, ia kelihatan begitu bahagia. Gary sampai berkata bahawa ia telah lama menjadi seorang penyelam, namun baru kali ini ia mendapat pengalaman yang begitu unik ini. Ia bahkan hampir tidak percaya dengan pengalamannya yang satu ini.
Bahkan makin menggemaskannya lagi, si anjing laut sering memberikan isyarat kepada Gary untuk membelai perutnya lagi. Banyak orang yang bertanya mengapa Gary begitu menyukai menyelam, dan inilah salah satu sebab mengapa dirinya begitu suka menyelam. LAGI Gambar Menarik Hubungan Keduanya sumber
Bagaimana reaksimu saat bertemu langsung dengan makhluk menakjubkan ini, iaitu anjing laut. Pastinya akan sangat menakjubkan bukan? Terlebih ketika kamu mula menyentuhnya, anjing laut tersebut mula berkelakuan seperti seorang anjing yang begitu manja dan comel.
Gary Grayson (55) adalah seorang yang begitu suka berpetualang yang berasal dari Salford, Inggeris. Pada tahun 2014, ia mendapat pengalaman yang gak pernah dibayangkannya sebelum ini kini sedang menyelam di kepulauan Scilly.
Ia bertemu dengan seekor anjing laut di dalam laut yang dalam itu. Gak hanya menyapanya, tapi Gary juga tanpa sengaja cuba menyentuh haiwan itu.
Pada masa Gary mula membelai tubuh anjing laut itu, ia pun mulai menggeliang imut dengan ekspresi wajah yang begitu comel.
Bahkan saat Gary menyentuh tangannya, ia kelihatan begitu bahagia.
Gary sampai berkata bahawa ia telah lama menjadi seorang penyelam, namun baru kali ini ia mendapat pengalaman yang begitu unik ini.
Ia bahkan hampir tidak percaya dengan pengalamannya yang satu ini.
Bahkan makin menggemaskannya lagi, si anjing laut sering memberikan isyarat kepada Gary untuk membelai perutnya lagi.
Banyak orang yang bertanya mengapa Gary begitu menyukai menyelam, dan inilah salah satu sebab mengapa dirinya begitu suka menyelam.
LAGI Gambar Menarik Hubungan Keduanya


Kredit:kakiviral.net

KISAH ISTERI YG MENGKHIANATI SUAMI & MELAKUKAN PERBUATAN “TERKUTUK” ANGKARA PENGARUH MEDIA SOSIAL !. ASTAGFIRULLAH !



Ini adalah cerita pengakuan seorang istri yang menulis pada catatan facebooknya tentang dirinya yang terjebak perselingkuhan dan perzinaan akibat (sisi buruk) facebook, semoga bisa kita jadikan renungan dan bisa jadi pelajaran bagi kita semua ..
“Pernikahanku dengan Rudi (nama samaran) sudah memasuki tahun ke-10. Selama itu hubunganku dengan Rudi sangat harmonis. Apalagi dengan kehadiran tiga buah hati kami.
Namun, petaka di dalam keluargaku mulai muncul tatkala aku mengenal facebook (FB). Gara-gara jejaring sosial inilah impianku untuk membangun rumah tangga yang utuh berantakan. Aku yang sehari-hari hanya sebagai ibu rumah tangga tergoda dengan rayuan lelaki lain melalui FB.
Cerita ini berawal ketika 2009 lalu aku diperkenalkan oleh suamiku tentang facebook. Saat itu, aku yang hanya bekerja di dalam rumah seakan mendapat hiburan baru. Suamiku pun senang karena melihat diriku tidak bosan menjaga anak di rumah. Sebulan mengenal facebook, aku menilai tak ada yang istimewa pada jaringan sosial ini. Namun, setelah mengenal chat (ngobrol), aku mulai menikmatinya. Apalagi banyak yang ingin berkenalan denganku.
Baik itu laki-laki, maupun ibu-ibu. Wajahku memang ayu. Kulitku putih bersih. Saat ini usiaku sekitar 34 tahun. Aku memasang foto profil yang cukup menarik di facebook. Mungkin ini yang membuat banyak orang yang tertarik untuk berkenalan lebih jauh denganku.
Dari sekian banyak lelaki yang menyapa aku di facebook, ada beberapa lelaki yang mengaku tertarik kepadaku. Walaupun saat itu aku mengatakan bahwa aku sudah punya anak dan suami. Sehingga, mereka tidak pantas untuk menyukaiku.
Awalnya aku bertekad untuk tidak tergoda dengan bujuk rayu sejumlah lelaki di facebook. Namun, setelah aku mengenal Salam (samaran), semuanya berubah. Salam adalah salah satu pejabat di perusahaan BUMN di Sulsel. Salam betul-betul mampu menggoyahkan imanku. Bahasanya yang santun, dan caranya ia memerhatikanku di facebook telah membuat hati ini luluh.
Setiap hari kami ngobrol lewat facebook. Bahkan kami saling bertukar pikiran tentang rumah tangga kami masing-masing. Ya … boleh dibilang kami saling curhat-curhatan. Dari sinilah perasaan aneh muncul, baik saya maupun Salam. Akhirnya, Salam menyatakan sayangnya lewat chat dan ingin berjumpa denganku.
Aku yang sejak awal sudah tertarik dengan Salam tak mampu menolaknya. Namun, aku masih malu-malu menyatakan suka kepadanya.
Setelah sekian bulan hanya chat di facebook, kami pun sepakat untuk bertemu. Kami kemudian melakukan pertemuan di salah satu restoran di bilangan Makassar bagian barat. Saat itu Salam datang seorang diri, sementara aku membawa anak bungsuku.
Walaupun, aku menyukainya, aku tak ingin pertemuan kami menimbulkan fitnah. Perasaanku deg-degan saat bertemu dengan Salam. Ia pun menyapaku dengan suara berat. Ada yang lain muncul di dalam hatiku. Di tempat itu, Salam pun kembali menyatakan ketertarikannya kepadaku. Akupun menyatakan hal yang sama.
Pertemuan dengan Salam di restoran tersebut bukanlah hal yang terakhir. Sejak pertemuan itu, kami pun sering janjian untuk bertemu. Bahkan, kadang, aku bertemu dengan Salam seorang diri tanpa membawa anakku. Kebetulan di rumah aku memiliki seorang pembantu rumah tangga.
Rupanya, inilah awal dari keretakan rumah tanggaku dengan Rudi. Aku sudah mulai jarang di rumah tanpa sepengetahuan Rudi. Maklum, setiap hari Rudi bekerja mulai dari pagi hingga malam.
Sementara, kadang aku selalu bertemu dengan Salam dari siang hingga sore. Salam telah membuka mataku tentang indahnya dunia ini. Ia mengajak aku shopping, wisata kuliner, dan mendatangi tempat-tempat hiburan lain. Ini semua kulakukan tanpa harus mengeluarkan duit. Aku seakan-akan sudah terjebak dalam kehidupan foya-foya.
Walaupun aku sering foya-foya dengan Salam, sikapku di rumah tetap seperti biasa. Aku tetap melayani suamiku ketika ia baru pulang dari kantor, termasuk mengurus pakaian dan makanannya saat ia akan ke kantor di pagi hari.
Setelah jalan bareng dengan Salam selama dua bulan, aku pun tak mampu menolak ajakan Salam untuk bertemu di hotel. Saat itu Salam sudah membooking satu kamar di salah satu hotel berbintang di Makassar.
Sekitar pukul 11.00, aku datang menemuinya di kamar itu. Setelah kami berbincang-bincang selama beberapa menit, aku tak kuasa ketika Salam memeluk tubuhku. Akhirnya, aku pun terjebak, dan rela melakukan hubungan suami istri dengan lelaki yang bukan suamiku sendiri.
Sejak peristiwa itu, kami sering melakukannya, dari satu hotel ke hotel yang lain. Aku pun begitu menikmati kehidupanku ini. Namun, hatiku setiap hari berteriak. Aku tak rela mengkhianati suamiku yang sudah memberiku tiga orang anak. Apalagi ia begitu baik dan begitu mempercayaiku. Ia pun sangat disenangi oleh keluargaku.
Aku ingin lepas dari kehidupan Salam yang harus kuakui telah memberi warna baru dalam hidupku. Ia pun mengaku tulus mencintaiku. Di depanku juga ia mengaku berdosa telah mengkhianati istrinya. Tapi, ia pun tak bisa meninggalkanku.
Bulan berganti bulan, kehidupanku tak ada yang berubah. Aku pun dan Salam masih tetap jalan bareng. Bahkan, aku semakin takut kehilangannya. Namun, peribahasa yang mengatakan, “sepandai- pandainya tupai melompat pasti akan jatuh juga” telah terbukti kepada diriku.
Sepandai-pandainya aku menyembunyikan hubunganku dengan Salam, akhirnya ketahuan juga oleh suamiku. Aku ketahuan selingkuh setelah suamiku membaca SMS Salam yang berisi kata-kata mesra. Ia pun memaksa aku untuk mengaku. Aku saat itu tak bisa berbuat apa-apa. Apalagi suamiku langsung menghubungi nomor ponsel Salam. Awalnya Salam membantah, dan mengatakan bahwa ia dan diriku hanya berteman.
Namun, setelah diancam oleh suamiku, Salam mengakuinya dan meminta maaf. Namun, suamiku sudah terlanjur sakit. Ia pun langsung menceraikanku. Saat ini aku, dan Rudi masih dalam tahap perceraian.
Namun, dalam doaku setiap selesai shalat aku memohon maaf kepada Allah SWT, kepada suamiku, kepada anak-anakku dan kepada keluargaku karena aku telah menyia-nyiakan cinta mereka. Aku ikhlas menerima ini semua atas konsekuensi dari perbuatanku sendiri. Namun, aku masih tetap berharap untuk bisa kembali bersama dengan Rudi, dan akan aku buktikan untuk menjadi istri yang baik.”
Semoga dari cerita ini kamu dapat mendapatka hikmahnya!!
Sumber : Citemalaya

Sekumpulan banduan melepaskan diri dari penjara, bukan untuk bebaskan diri. Tetapi untuk menyelamatkan nyawa seseorang!

Selepas menonton rakaman litar tertutup ini, persepsi kita terhadap tahanan jenayah mungkin akan berubah. Melihatkan sekumpulan tahanan melepaskan diri dari sel penjara dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa seorang warden penjara.
Hampir setiap hari, jenayah pasti akan berlaku di suatu tempat diseluruh dunia seperti jenayah rompak ataupun jenayah bunuh. Membuatkan setiap tahanan ataupun banduan dilabelkan sebagai orang yang tidak baik.
Walau bagaimanapun, sekumpulan banduan di Texas menyatakan bahawa seorang warden di luar sel menghadapi masalah kesihatan. Mereka sekumpulan hanya mampu melihat warden tersebut sedang bergelut dengan nyawanya. Perkara terakhir yang mereka cuba buat adalah melepaskan diri dari sel tersebut untuk menyelamatkan nyawanya.
Tahanan tersebut menyedari sesuatu yang tidak kena, apabila melihat Gary Grimm tidak sedarkan diri di tempat duduknya. Mereka tahu bahawa mereka terpaksa bertindak dengan pantas.
Kredit:Era Baru

Selasa, 15 Mei 2018

Hari Guru. Cikgu Pelik Terima Cincin Buruk Dan Bedak Lama Dalam Bungkusan Comot. Cikgu Dedah Cerita Sebenar.

Gambar Hanya Hiasan
Alkisah Cikgu Ibrahim…
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan. Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya. Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini. Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy. Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot. Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya. Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah. Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.
Selamat Hari Guru.
Kredit:kuasaviral.net